Breaking News

5 jenis pekerjaan yang anda tidak ketahui sebenarnya menggunakan WD-40



Hampir ditemui di setiap garaj atau bengkel di seluruh dunia, WD-40, bermaksud Water Displacement Formula (Menghilangkan kelembapan) yang berjaya disempurnakan pada percubaan ke-40, sering dikaitkan dengan penjagaan dan penyelenggaraan automotif, sebernanya mempunyai beribu kegunaan.



Salah satu fungsi utama, seperti namanya “Water Displacement”ia bertindak sebagai pencegah kelembapan dan kakisan, ia juga boleh digunakan sebagai pembersih gris dan kesan gam yang melekit, pengilat, dan juga pelarut (untuk melarutkan bahan jenis polikarbonat atau lilin).

Fungsi – fungsi ini menjadikan WD-40 produk yang hebat untuk tukang emas, ahli sukan, pengumpul duit syiling, pembuat kasut, dan pemuzik!



Untuk tukang emas, WD-40 berfungsi sebagai pengilat untuk barang perak supaya kembali bersinar, dan membantu membersihkan dan mencegah karat pada barang kemas.



Untuk ahli sukan, senarai perkara yang boleh dilakukan oleh WD-40 boleh mencapai beberapa halaman. Iia boleh melincirkan dan membersihkan peralatan sukan (sama ada golf, raket atau tongkat kayu) dan melindunginya daripada berkarat, menyingkirkan kelembapan (rantai basikal, peralatan menyelam skuba dan bahagian bot) membantu melancarkan brek kasut roda, sekali gus menghentikan gangguan pada mesin sukan anda, dan banyak lagi.



Untuk pengumpul syiling, WD-40 telah digunakan selama bertahun-tahun untuk membantu membersihkan syiling lama dan mengembalikan kilauan asalnya, tanpa menghakis permukaan atau merosakkan reka bentuk syiling terbabit.




Untuk pembuat kasut, WD-40 membantu menyingkirkan kesan lilin yang digunakan pada kasut, melincirkan cangkuk kasut, menjadikan kasut kulit yang lama lebih lembut dan lentur semula, mengembalikan kejernihan kasut plastik, membaiki peralatan pembersih kasut dan melincirkan gandar (roda) pada penggilap kasut.


Untuk pemuzik, WD-40 amat popular di kalangan pemuzik untuk penjagaan alat muzik. Menurut pengguna yangsudah tertahun-tahun menggunakannya untuk penjaggaan instrumen menyatakan bahawa tali instrumen boleh tahan lebih lama jika dirawat dengan WD-40. Ia juga membantu melincirkan skru penala 'halus' pada instrumen bertali, mencegah tali piano daripada berkarat, dan membersihkan rak muzik.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WD-40, sila layari https://wd40.asia

10 comments:

  1. beso jugak guna goni dlu dlu, tp loni lamo dah tk tengok. arwah papa mek guna untuk cuci senapang dio.

    ReplyDelete
  2. Memang sentiasa ada kat umah,maklumlah ex technican so mmg tahu kegunaan nya hehhehe

    ReplyDelete
  3. batu tahu WD40 ni ada banyak kegunaan

    ReplyDelete
  4. tq share cik nor. selama ni tak pernah ambil tahu pun pasal ni

    ReplyDelete
  5. hehe inila first time dengar benda apa ni CikNor =P

    ReplyDelete
  6. ha'ah x terfikir pulak alatan muzik memerlukan WD40 ni

    ReplyDelete
  7. WD40 serbaguna. kat rumah pun wajib ada satu

    ReplyDelete