Breaking News

Resepi Taufu Fa

sumber gambar dari google

Assalamualaikum

Masa bulan puasa hari teringin sangat nak makan taufu fa. Dah cari kat pasar ramadan tapi ramai yang jual ni. Diorang lebih senang jual air soya dari buat benda ni. Rezeki Cik Nor sebab nak makan sangat akhirnya dapat juga kat pasar ramadan kawasan rumah sewa Cik Nor ni. Alhamdulillah..

Untuk bulan ramadan tahun depan (insyaAllah dipanjangkan umur lagi) Cik Nor buat entry siap-siap kat blog. Bila nak buat sendiri buka jer resepi ni. Kan senang tak perlu nak google bagai. Blog sendiri pun ada resepi okey. hehe. Tak nak membebel panjang, jom kita tengok apa resepinya dan bagaimanakah ianya dibuat.
Resepi Taufu Fa

Bahan-bahannya :

1. Dua kotak air soya (tak kira jenama apa pun)/ Nak kisar kacang soya sendiri pun ok dan lagi sedap.(kalau rajin la)
2. 1 Paket agar-gar tali (yang gram dia sikit tu)
3. Air untuk memasak dan menghancur agar-agar (agak-gak sendiri yer, jangan kering pulak airnya)
4. Daun pandan ( kalau ada, kalau tak ada pun tak apa)
5. Gula melaka/ gula biasa (dicairkan )

Cara-caranya :

1.  Masak agar-agar sehingga hancur. Jangan lupa masukkan daun pandan.
2. Bila agar-agar dah hancur/larut, masukkan 2 kotak air soya tadi. Biarkan ia mendidik sekejap.
3. Sebelum masukkan ke dalam bekas atau acuan yang korang inginkan, jangan lupa tapis yer. Mana tahu kot ada agar-agar yang sempurna hancur/larut. Tak best pulak nak makan bila ada ketulan yang mencurigakan.hehe
4. Biakan sejuk seketika sebelum dimasukkan didalam peti sejuk.
5. Dah siap dan boleh dihidang bersama air gula melaka/air gula biasa.

Taufu fa ni tak semestinya hanya boleh dimakan dibulan puasa jer. Musim panas macam ni pun sesuai sangat dimakan. hehe. Yang penting rajin buat sendiri. Nak cari yang orang jual, susah la sikit. hehe.

8 comments:

  1. Sha memang suka makan ni time puasa hari tu.. Kebetulan jumpa gerai yang jual sedap.. Memang mengulang jelah.. Sha beli perasa pandan.. Puas makan.. Nanti boleh cuba buat sendiri..

    ReplyDelete
  2. wife ejulz suka mkn ni.. nk try buat la nanti. hehe

    ReplyDelete
  3. suka jugak mkn taufu fa ni. sellau beli pasar malam je, tak rajin nak buat sendiri hehe

    ReplyDelete
  4. dulu abah selalu belikan sbb dia cakap elok makan ahahaha skrg taklalu dah adoi

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa, nanti nak try lah buat sendiri jugak.

    ReplyDelete
  6. wahh.. TQ sharing resepi.. boleh jg cuba nti..:)

    ReplyDelete
  7. suka sgt tau fu fa yg betul2 ada bau soya..wangiiiii

    ReplyDelete
  8. ohsem ni.
    feveret.
    ramadhan ari tu, selang 2-3 hari beli seberkas.

    ReplyDelete