Breaking News

Resepi Tapai Pulut

sumber gambar dari google


Assalamualaikum..

Walaupun Syawal hampir ke penghujung, tidak salah rasanya kalau Cik Nor kongsi Resepi Tapai Pulut. Tapai ni bukan hanya boleh dimakan hari raya sahaja. Nak makan setiap hari pun boleh. Itu pun kalau korang rajin la.hehe

Jom Cik Nor kongsi kan resepi dengan korang. Mana tahu kot korang ter rajin nak membuatnya.

Resepi Tapai Pulut

Bahan-bahannya :

1. 1kg beras pulut
2. 1 biji ragi (mesti korang kenal kan)
3. Daun pisang/daun getah yang telah layu (jangan lupa bersihkan dulu daun tersebut sebelum menggunakannya dan pastikan kering yer)

Cara menyediakannya :


1. Cuci beras puluh sebersihnya dan rendamkan seketika.

2. Agak-agak dah lama boleh la dikukus beras pulut tersebut. Kukus pulut sehingga naik wap dan buka tutup kukusan, kemudian kacau untuk memastikan ianya telah masak sempurna.

3. Sekiranya masih ada pulut yang mentah boleh di renjis-renjis kan air dan tutup kukusan. Biarkan sehingga pulut masak sempurna.

4. Setelah plut masak sepenuhnya, angkat dan sejuk kan di dalam bekas yang besar seperti talam supaya cepat sejuk.

5.  Sementara menunggu pulut sejuk boleh la panas ragi. Nak panaskan atas dapur gas berlapikkan tudung periuk pun boleh. Atau letak diatas tutup kukusan semasa mengukus tadi pun boleh. Ini untuk mengaktifkan yis.

6. Apabila pulut sudah sejuk boleh lah digaul dengan ragi. Ragi tersebut hendaklah diramas sehingga hancur dan ditapis menggunakan tapis teh supaya tiada ragi yang tidak hancur. Gaulkan biar sekata supaya tapai yang kita buat semuanya manis.

7. Setelah sekata boleh lah dibungkus didalam daun pisang/daun getah mengikut citarasa korang.
8. Dah siap membungkus tapai tersebut hendaklah dimasukan ke dalam kedalam periuk dan periuk tersebut hendaklah diletakkan ditempat yang gelap untuk proses peraman. 

9. Peraman hendaklah dibuat selamat 24 jam untuk mendapatkan tapai yang cukup manis dan masak sempurna. Harus diingat tapai tidak boleh diperam didalam peti selagi ianya belum masak sempurna.

13 comments:

  1. kin tak makan tapai pulut, tp husband mmng suka sangat. tq untuk resepi ni tau.

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blog-list-segment-august-edition-by-da.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan tapai pulut... Rindu laaa...

    ReplyDelete
  4. sedap ni,,ehehe. MY pebret betul..ragi macam mana ciknor?

    ReplyDelete
  5. Rabia tak makan tapai pulut ni.tapi my parents suka makan tau.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tapai...my fav nih..:)

    ReplyDelete
  7. senang sangat nak buat tapai pulut ni.

    ReplyDelete
  8. kalau x reti nak adunkan ragi, tapai boleh jd masam / 'terlalu msk' dan trs x leh mkn

    ReplyDelete
  9. sedapnya tapai pulut. jarang jumpa dah sekarang.

    ReplyDelete
  10. sedap nyer :)
    feveret.
    kalau kenduri kendara, tapai pulut ni antara yg wajib ada atas meja kan.
    gojes.

    ReplyDelete
  11. Nak buat tapi takut tak jadi sayang pulak, tapi saya memang peminat tapai :D

    ReplyDelete