Breaking News

Resepi Sira Labu Kelantan

sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Kalau kat kenduri kahwin berebut orang nak makan sira labu ni terutama kenduri kahwin di Kelantan. Kalau tuan rumah sediakan banyak sempat la makan. Kalau sikit tengok bekas jer la.haha. Untuk tidak kempunan jom la kita buat sendiri dirumah. Puas hati nak makan banyak mana pun.

Resepi Sira Labu Kelantan

Bahan-bahan
1. 1 biji labu yang sedang-sedang
2. Gula melaka (ikut kemanisan yang korang nak)
3. Gula pasir (ikut kemanisan yang korang nak)
4. Daun pandan
5. Kapur makan (untuk rendamkan labu supaya dia pejal dan tak mudah lembik)
6. Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Kupas kulit labu dan potong mengikut citarasa korang. Kemudian rendam labu yang telah dipotong tadi dengan air kapur. Ini untuk memejalkan labu apabila dimasak nanti
2. Setelah beberapa jam labu direndam didalam air kapur, basuh dan toskan labu tersebut.
3. Masukkan labu ke dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir, garam, dan daun pandan. 
4. Tak perlu masukkan air kerana labu tu akan mengeluarkan air.
5. Masak dengan api yang perlahan. Masak lebih kurang 1/2 atau satu jam @ bila nampak labu tu dah lembut dan masak boleh tutup api.
6. Sedia untuk dihidang. Mudahkan cara membuatnya. Jom la cuba sendiri dirumah

8 comments:

  1. mudahnya nak buat, nak try lah nanti :D

    ReplyDelete
  2. Husband saya suka ni tapi saya kurang sikit sebab manis. Tapi kalau buat cekodok labu tu feveret sangat la hai..kalau ada buat, hantar sini sikit ye CikNor :P

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tapi sejenis pemalas nak cuba.

    ReplyDelete
  4. nampak sedapnya sira labu kelantan ni..tak pernah makan..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah rasa lagi sira labu ni. nampak cam sedap sebab suka juga makan labu.

    ReplyDelete
  6. aida x pernah buat or rasa ni lagi, cik nor.
    manis mulut org pantai timur ekk :)

    ReplyDelete