Breaking News

5 Tips Mengurangkan Stress

Gambar dari google

Assalamulaikum..

Sejak akhir-akhir banyak berita yang mengaitkan kematian dengan stress. Rasa macam takut pulak nak menghadapi hari-hari mendatang jika keadaan ni berterusan. Apa akan jadi pada anak cucu kita nanti bila stress tidak ditangani dari awal.

Jom Cik Nor kongsikan cara Cik Nor atasi stress.

1. Jangan tinggal solat lima waktu

- Sebagai seorang muslim solat adalah tunjang dalam kehidupan kita. Kalau tiada tunjang bagaimana sepohon pohon itu hendak hidup dengan subur. Walau sibuk macam mana pun kita ambil masa sekejap untuk menunaikan solat. Dalam setiap sujud pasti ada ketenangan.

2. Mengaji al-Quran

- Mengaji adalah satu cara untuk mendapat ketenangan. Stress macam mana sekali pun, ambik wujud dan mengaji. InsyaAllah..sikit demi sikit stress tu hilang. Tak perlu banyak cuma sehelai selepas solat pun sudah memadai. Kalau rasa macam tak sempat nak mengaji setiap kali selepas solat, cukup selepas solat magrib dan subuh sudah memadai. Jangan tinggal al-Quran. Dia lah penyelamat kita di akhirat nanti dan penawar segala penyakit.

3.  Tidur

- Hobi Cik Nor memang tidur, tak stress pun Cik Nor suka tidur. hehe. Tapi bagi korang yang stress teruk sangat dah tak boleh buat apa dah. Jalan paling selamat ialah tidur. Tidur lah selama mana korang nak, janji bila bangun tu segala stress korang hilang bersama mimpi-mimpi indah korang. Yang panting jangn telan ubat penenang itu sangat merbahaya. Cukup dengan tidur macam biasa sahaja.

4. Cari Kawan

- Kita bukan tak ada kawan tapi kena berhati-hati pilih kawan. Ramai kawan zaman sekarang ni talam 2 muka. Sini dia cerita lain, sana dia cerita lain. Ini lagi menambahkan stress korang. Cari kawan yang boleh simpan rahsia dan boleh sama-sama meluah perasaan yang terbuku di hati. Selagi kita tak luahkan selagi tu kita akan rasa stress.

5. Pergi Bercuti

- Cadangan Cik Nor yang terakhir ilah pergi bercuti. Pergi lah kemana-mana pulau dan tinggalkan hutan-hutan batu yang penuh dengan kepalsuan. Tengok keindahan alam ciptaan Allah yang begitu mengagungkan. Dengan cara ini stress korang akan beransur hilang dan ada sinar keceriaan terpancar. Tak percaya cubalah pergi bercuti disaat korang stress. Tak perlu jauh, dalam Malaysia banyak pulau-pulau yang cantik.

Itu lah tips yang mudah dari Cik Nor. Kalau korang ada cadangan lain boleh tambah kat ruangan komen yer..hehe

12 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian Cik Nor, Zumal stress tak hilang lagi ni... nanti nak praktik apa yang dicadangkan tu...

    ReplyDelete
  2. terbaek tips ni. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsiannya.. selalu jugak stress dgn kerja, belajar :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  4. betul-betul..kalau tak dikawal ntah apa pulak jadi nanti..thank you cik nor :)

    ReplyDelete
  5. Samalah terapi stress kita CikNor. Tapi sejak dah kahwin ni, no4 dan 5 dah hilang. Ganti dengan pergi pantai dan me time :D

    ReplyDelete
  6. tidur jalan yg terbaik. hehehe.. boleh lah hilang sekejap. busyra slalu mcm tu ja. tidur dlu. tq cik nor for the tips. :)

    ReplyDelete
  7. semua tu berguna. tp yg lastu mcm susah sikit. cerita dekat orang antara tearpi tp kena btol btol plih orang

    ReplyDelete
  8. Gud info ciknor. Tapi kalau kita yang stress memang tidur jelah ubatnya. Malas nak fikir dan malas nak pentingkan lagi kepala hehe

    ReplyDelete
  9. tambah 1 lg. main games smpi lebam heheheh

    ReplyDelete