Breaking News

Vietnam Mari


Assalamualaikum..

Asal hari minggu jer mesti entry blog Cik Nor tak updates kan? Bila balik kampung nak buka blog pun liat sangat. Tak tahu lah kenapa, hihi. Rasanya penyakit M dah menguasai diri. Susah la kalau penyakit M menguasai diri. Tapi bila dah balik semula ke rumah sewa secara automatik Cik Nor rajin pulak updates blog.hehe

Cenderahati dalam gambar kat atas tu Cik Nor dapat dari housemate yang pergi bercuti ke Vietnam sebelum bulan puasa. Memang tak tahu dia nak pergi bercuti ke Vietnam.Cik Nor tahu bila dia dah nak balik dah. Ingat kan dia pergi bercuti dalam Malaysia jer sebab nampak dia tak beria-ria kemas baju. Kalau Cik Nor nak g bercuti memang tak lena tidur la. Bukan apa takut ada yang tertinggal, macam-macam lah Cik Nor fikir. Nampak tak gelabahnya Cik Nor ni.haha

Ooo..baru Cik Nor ingat dia pergi masa cuti hari pekerja tempoh hari. Masa tu Cik Nor sibuk sebab ada food review kat hotel yang selalu Cik Nor pergi tu. hehe. Biasa ajak dia join tapi hari tu tak ajak la sebab dia nak fly keesokannya. Cian pulak kacau dia nak berehat. Kami kalau pergi food review bukanya sekejap. Hampir tak ada orang baru kami balik. Bukan  ramai pun team kami tapi bila dah borak macam-macam cerita keluar.haha

Makin bertambah la koleksi fridge magnet dan keychain Cik Nor. Terima kasih buat my housemate. Lain kali kalau pergi bercuti jangan lupa beli lagi yer..hihi

 

5 comments:

  1. cantiknya.. boleh buat kenangan kan

    ReplyDelete
  2. rugi tu tk kirim kain di vietnam. muroh

    ReplyDelete
  3. lawo tu..kalau tahu member ke Vietnam, boleh cik nor kirim kain kat sana..murah2..haritu en.suami belikan baju kurung moden dah siap, dalam RM40 je kalau tak silap...

    ReplyDelete