Breaking News

Resepi Sambal Limau Kasturi

Sumber gambar pakcik google

Assalamualaikum..

Dalam entry sebelum ni Cik Nor janji nak bagi resepi Sambal Limau Kasturi. Hari terlebih rajin pulak maka terciptalah resepinya.

Resepi Sambal Limau Kasturi

Bahan-bahannya :

Cili padi (ikut banyak mana korang nak buat)
Cili merah
Bawang besar holland (dibakar sehingga masak) -ikut banyak mana cili
Bawang putih (dibakar sehingga masak) - ikut banyak mana cili
Limau kasturi (diambil airnya)
Gula, garam dan perisa secukup rasa

Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan-bahan diatas dan biarkan selama beberapa jam supaya semuanya sekata sebelum di blend atau ditumbuk.
2.  Setelah semuanya sekata bolehlah diblend atau ditunbuk. 
3. Cuba rasa, cukup masin dan manis. Jika semuanya rasa bolehlah dihidangkan.
4. Untuk sambal tahan lebih lama jangan masukan sekali kulit asam limau kasturi. 

Sambal Limau Kasturi ini sesuai dihidangkan dengan nasi putih, gulai daging bersama kentang dan acar timun kelantan. Tambah pulak ikan ada ikan kering. 3 kali tambah pun tak sedar weh..hihi


12 comments:

  1. aduh..kecur kak nor oii tengok sambal ni ha

    ReplyDelete
  2. sedap gila sambal nii cik nor,lapo dah nih

    ReplyDelete
  3. ini kalu ada, memang ye, couple dgn ikan kering dan nasi putih panas pun dah ohsem!

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. boleh cubalah nanti

    ReplyDelete
  5. abe kie gak kalu make sambal meme ttitik peluh sokmo!

    ReplyDelete
  6. fuhh lama sangat dah bercuti sambal ni ..

    ReplyDelete
  7. menggelupo ni tengok ni ya ampun...
    since tak letak belacan leh cuba untuk suami sbb dia resdung allergik truk kalo belacan

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ciknor..nak buat la

    ReplyDelete
  9. ni dengan ikan bakor keee ayam panggang ke trangkat ni CikNor..

    ReplyDelete
  10. ikan masin mn? ikan masin? lapo dah ni!

    ReplyDelete