Breaking News

Resepi Agar-Agar Sirap

Sumber Gambar pakcik Google

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, hari ini dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu. Mesti banyak dah resepi yang korang kongsikan. Cik Nor pun ada juga resepi yang nak dikongsi. Walaupun nampak mudah tapi kalau ada penyakit malas tak menjadi jugak kan? haha


Agar-Agar Sirap

Jom kita lihat apa bahan-bahannya :

1 paket agar-agar sebuk/ yang macam tali tu..hehe
7 gelas air (bergantung kepada jenis agar-agar yang kita gunaa. Cik Nor biasa guna serbuk agar-agar dari negara Thai. Kalau guna serbuk agar-agar yang biasa 5 gelas pun dah cukup takut dia lembik nanti)
Daun pandan
Sirap ros
Gula (ikut tahap kemanisan yang korang inginkan)
Secubit garam.

Cara-cara membuatnya :

1. Air dan serbuk agar-agar dimasak sehingga sebati dan tiada ketul-ketul.
2. Masukan daun pandan, gula, sirap ros dan secubit garam.
3. Biarkan sehingga mendidih. Tutup api dan tuang adunan tadi ke dalam loyang atau bekas yang korang ingini.
4. Sejukkan seketika dan masuk kan ke dalam peti sejuk.
5. Hidang ketiga berbuka. Memang layan..hihi

9 comments:

  1. ni orang dulu2 panggil lengkong kan hehe. kalau dapat time sejuk2 tu laju jer masuk perut kan.

    ReplyDelete
  2. ni orang dulu2 panggil lengkong kan hehe. kalau dapat time sejuk2 tu laju jer masuk perut kan.

    ReplyDelete
  3. time bulan pose femes...hehe

    ReplyDelete
  4. Agar-agar mok suka hahaha tapi ekin kurang nanti nak kena buat gak ni

    ReplyDelete
  5. smlm tertengok kt ig 1 resepi baru agar2 merah ni racik halus2 n msk kn ke dlm air bandung. tambahkan ais krim vanila, cendol (hijau) dan biji selasih dan x lupa ais...perghhhh

    ReplyDelete
  6. Sedap makan agar-agar sejuk macam ni. Lega tekak..

    ReplyDelete
  7. Buat agar-agar untuk berbuka pun best juga..

    ReplyDelete
  8. resepi klasik ni.. canggih mana pun agar2 yang merah ni jugak laju dimakan. lagi2 kaloo sejuk ^^

    ReplyDelete