Breaking News

Resepi Ikan Singgang


Sumber gambar dari pakcik google



Assalamualaikum.

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar kita dah masuk hari ke 12 berpuasa. Ya Allah, sekejapnya hari berlalu. Dalam tak sedar itu, ramai lagi mencari menu yang simple tapi menyelerakan. Jom Cik Nor kongsi resepi ikan singgang. Lauk ni kalau makan dengan nasi panas memang terangkat. Kena pula ada budu dengan ulam, mak mentua lalu kat belakang pun tak sedar weh..hihi

Ikan Singgang

Bahan-bahan diperlukan:

  • Ikan tongkol / Ikan yang korang suka & rasa sesuai untuk dibuat singgang
  • Bawang putih dan lengkuas - dihiris
  • Asam keping
  • Budu ( tak nak letak pun tak per)
  • Air dan garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus semua bahan ke dalam periuk sehingga pekat dan air menjadi coklat.  Biarkan seketika supaya bahan tadi meresap masuk ke dalam isi ikan. Sedia dihidang.

7 comments:

  1. Paling senang... time sahur tak ada lauk..buat jer singgang..cepat siap

    ReplyDelete
  2. menu ni paling sedap lagi tau.Hari2 makan mcm ni pun tak apa,wow ada budu lagi sedap.

    ReplyDelete
  3. dok minat sangat hehe.. tapi ritu duduk ganu skejap hari2 kat kedai makan ade lauk ni..

    ReplyDelete
  4. lauk ni mengingatkan saya ms belajar kt kelantan dulu... budak2 x amik ikan tp cedok kuah bermangkuk2 hahahaha

    ReplyDelete
  5. seriously cik nor.
    aida pun da jatuh cinta dgn ikan singgang couple with budu tau.
    now budu da abis stok plak.
    next week asben ke kelantan, da suh dia beli.

    ReplyDelete