Breaking News

Bila Rakyat Malaysia Tiada Kerja


Assalamualaikum

Sejak Pilihan Raya Umum ke 14 berakhir bermacam caci maki, tomahan dan fitnah Cik Nor baca di laman sosial. Rasa macam dah rosak minda bila baca cerita-cerita yang tak tahu kebenarannya. Asal boleh jer sharing kat laman sosial. Kebenaran  dan kesahihannya tak tahu. Ingat korang kalau benda yang tak pasti korang jangan kongsi takut itu fitnah. Korang tanggung la di akhirat nanti.huhu

Ada satu isu lagi, pasal seorang anak aibkan mak sendiri. Tak tahu nak cakap apa lah kan bila anak aibkan mak sendiri. Buruk- buruk perangai mak kita biar kita sendiri yang tahu jangan hebahkan kepada orang lain. Berdosa besar tau tak? Bila dia dah sharing kata laman sosial ramai pulak yang tukang sharing. Dah satu dunia tahu keburukan keluarga kita. Huhu. Hati-hati lah yer bila nak kongsi sesuatu yang ada kaitan dengan keluarga. Keluarga kita harta kita dunia dan akhirat.

YDPA juga tak lari dari ditomah dengan bemacam-macam ucapan yang tidak elok dimuat naik ke laman sosial kerana kelewatannya memperkenan Perdana Menteri baru Malaysia. Tuanku bukan sengaja untuk menangguh-nangguhkan upacara tersebut. Banyak perkara Tuanku kena fikir kerana ini melibatakan negara. Lagipun beliau baru balik dari menunaikan umrah. Jangn main tuduh jer, 

Paling tak boleh tahan bila Tuanku letak phone kat kocek baju melayu semasa upacara tersebut berlangsung. Ada pulak rakyat Malaysia yang zoom dan kaji phone brand apa Tuanku guna. Ya Allah, korang kalau dah tak ada kerja sangat  la, bagi yang beragama islam pergi la kaji Al-Quran tu. Banyak faedah dan manfaatnya dalam kehidupan. Suka hati Tuanku la nak guna nokia 3310 pun. Bila meninggal phone tu tak bawak masuk kubur pun. Yang dibawa cuma kain kafan dengan amalan kat dunia jer.

Bawak-bawak lah mengucapkan dan istigfar banyaknya wahai rakyat Malaysia. Jangan taksub sangat dengan permainan dunia. Dunia hanya singgahan, akhirat jua kekal selamanya. Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.

7 comments:

  1. org malaysia kn mmg mcm tu suka bende remeh temeh dan tak ada faedah....

    ReplyDelete
  2. memang sah xde keje.. kejenye sibuk jaga tepi kain orang..

    ReplyDelete
  3. Saya pun tahan je nafsu dari nak mengata pada yang bash tu. Takut kena catat amalan kat buku kiri pulak..

    ReplyDelete
  4. aihh tu la psl kan.....
    kdg skit tliga pla dgr..dri sdri xnk jga kelakuan,dok sibuk ngata hal org mcm dri tu smpurna sgt..hmm entahla

    ReplyDelete
  5. Manusia ada jer nampak salah org kan cik nor

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. Ada yang siap mengeluarkan ayat-ayat tak best mengenai Agong kita.. Tak ada adab langsung..

    ReplyDelete