Breaking News

5 Jenis Kuih Popular Di Kelantan

Sumber gambar dari google

1. Kuih Akok

Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan dan jugaTerengganu terutamanya pada bulan puasa. Terdapat 5 jenis kuih akok,antaranya ialah kuih akok nisan, akok daun pandan, akok kemboja, akok berlauk, akok jagung dan akok pisang.Pada kebiasaannya, kuih akok ini boleh didapati dengan 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini berlainan akibat dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.Kuih akok ini asalnya daripada Pattani yang merupakan tempat yang berhampiran dengan Kelantan.


Sumber gambar dari google

2. Butir Nangka

Kuih Butir Nangka ini dibuat seperti pengat yang mempunyai kuah. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan dan juga Terengganu. Kuih butir nangka ini dibuat dengan menggunakan beras pulut,santan dan nisan (gula melaka).Untuk mendapat warna hijau, daun pandan akan dikisarkan tetapi pada masa kini, kuih butir namgka ini bukan sahaja menggunakan warna hijau malahan dibuat dengan pelbagai warna. Kuih butir nangka ini mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya digelar kuih butir nangka kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir biji nangka.


Sumber gambar dari google

3. Kuih Onde-Onde/Kuih Buah Melaka
Apabila tiba bulan ramadhan, kuih ini kelihatan banyak sekali di bazar-bazar ramadhan dan gerai-gerai di tepi jalan. Cara nak buat kuih ini sangat mudah tapi memerlukan kesabaran yang lebih. Kalau buat seorang diri rasanya panas hati nak siapkannya..hihi. Langkah paling selamat beli kat kedai.

                                                           Sumber gambar dari google
4.  Sangumpal
Kalau kat Kelantan kuih ni di panggil sangumpal tapi kalau belah luar orang panggil asam gumpal. Kuih yang sama tapi nama yang berbeza. Kuih ini boleh di dapati juga walaupun bukan pada bulan puasa. Tetapi jika pada bulan ramadhan, ramai orang mencarinya. Mungkin budayanya begitu. Kuih ini merupakan sejenis kuih tradisional melayu yang lemak manis yang di hasilkan menggunakan sagu mata ikan dan di masak menggunakan santan.
Sumber gambar dari google

5. Kuih Nekbat
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

15 comments:

  1. Salam Ramadhan Cik Nor..
    Nampak sedap kuih-muih Kelantan.. Butir nangka, sangumpal dan kuih nekbat saya tak pernah jumpa.
    Mungkin bila ke Kelantan nanti boleh rasa..

    ReplyDelete
  2. cik nor yg baik hati lg cun meletops.... tlg pos kn sy kuih akok yg pemes tu... yg bakar gn sabut kelapa tepi jln tu plsssssssssss ;-)

    ReplyDelete
  3. memang sedap2 kuih2 tu semua tapi tak mampu nak makan hari2 :D

    ReplyDelete
  4. No.4 & 5 tu tak pernah jupe...kuih akok tu biasa nampak, kdg ada org jual gak kat sini..tapi tak penah try..sedap ke?

    ReplyDelete
  5. Jujur gtahu pernah makan no.3 je.hehe. xtahula nak cari kat mane kueh ni kat johor. Biasa jumpa lauk je.. haihh mungkin xperasan

    ReplyDelete
  6. Semua sedapppp! ><

    Anyway, do visit me back sis! Heeee

    http://koxtau.blogspot.my/2018/05/kurung-cotton-meletop.html

    ReplyDelete
  7. Bulan puasa ciktie suka nekbat dengan buah tanjong ! Tapi onde-Onde pun ok jugak

    ReplyDelete
  8. Kuih #1 dengan #3 favourite saya :)

    ReplyDelete
  9. Kuih onde-onde dengan biji nangka je Sha pernah makan.. Yang lain tak pernah cuba..

    ReplyDelete
  10. bulan ramadhan pasti jumpa macam2 kuih yang tak de pun bulan biasa. kalau ada pun, susah nak cari.. Kann?

    ReplyDelete
  11. mercikkk dengan cik nor hahahah uwaaa nekbatttttt

    ReplyDelete
  12. sangumpal dgn nekbat tu pe rasa...huuuu

    ReplyDelete
  13. sangumpal n nekbat tak pernah rasa.. CT ok juga dengan akok tapi tak boleh makan bnyak2..

    ReplyDelete
  14. wah. onde2 glamer di kelantan ?
    bangga sebagai org melaka hi hi hi hi...

    ReplyDelete