Breaking News

Tambah Duit Poket


Assalamualaikum..

Sedar tak sedar kita makin menghampiri Ramadan. Rasa baru semalam Ramadan berlalu kini kita menghitung hari lagi untuk sama-sama menghayati dan menambah pahala di bulan mulia tersebut. Bila sebut bulan Ramadan mesti terbayang hari raya. betul tak? Kalau dah rasa mesti banyak belanja yang nak dikeluarkan.

Macam Cik Nor awal-awal bukan puasa terpaksa keluar duit dah. Buat apa? Bayar roadtax Mr. Purple. Walaupun dah masuk tahun ke 5 Cik Nor tetap sediakan duit lebih. Paling kurang RM1k. Kurus la Cik Nor raya ni. Kena ikat perut.haha. Ada can pakai kebaya merah kalau macam ni.hihi.Berangan jer lebih, tengok badan dah macam anak badak kan.haha


Alang-alang duit banyak kena keluar. Ada jugak terfikir nak cari duit poket lebih. Nak berniaga tudung macam dulu, tak dah kot. Sebab ramai dah berniaga. Lagi pun kawan Cik Nor pun berniaga tudung jugak, kalau ada permintaan tudung Cik Nor past jer kat dia. Nanti dia uruskan. Sedang kerja Cik Nor sekarang.hehe

Ingat nak berniaga kerepek macam dalam gambar tu. Dekat-dekat nak raya mesti ramai yang nak kan? Belum cuba belum tahu. Dah cuba mesti seronok berniaga. Hehe. Tempat jual kerepek secara borong dah jumpa cuma belum sempat bincang dengan kakak lagi tentang pasaranya. InsyaAllah minggu ni baru nak bincang dengan dia. Sample kerepek pun dah siap beli,


Untuk permulaan niaga ni ingat nak cari pasaran dekat-dekat jer dulu. Kalau ada yang mintak pos kan InsyaAllah Cik Nor cuba. Harap-harap percubaan untuk berniaga kali ni berjaya. Cik Nor mintak berniaga tapi fail bab marketing. Mungkin Cik Nor ni jenis pemalu nak war-warkan peniagaan Cik Nor kot.hehe. 

Harap-harap dapat la tambah duit poket sebelum raya menjelma. hehe. Kalau korang pula, macam mana korang tambah duit poket? Musim-musim raya mesti nak guna duit lebihkan. Mana nak bagi duit raya, mana nak beli juadah dibulan puasa lagi. Banyak banyak pulak nak guna duit bila menjelang hari raya. Malas nak fikir.haha. Jom kita fikir macam mana nak tambah duit poket.


10 comments:

  1. Kitorang pun suka beli kerepek time raya tapi biasa cari kat bazar time lelong..dapat harga murah sikit..semoga berjaya CikNor :)

    ReplyDelete
  2. Selamat berniaga cik nor. Semoga dipermudahkan urusan cik nor

    ReplyDelete
  3. NK buat bisnes semua org dah jual.. Kat perumahan 3 rumah dah jual..

    ReplyDelete
  4. gee suka kerepek ubi pedas tu!!sedappp

    ReplyDelete
  5. Selanat berbisnes.. semoga berjaya

    ReplyDelete
  6. Sama la ciknor saya pon nak sgt berniaga sbb perlu duit tambahan.. sedehhh. Ayuh kita usahaa

    ReplyDelete
  7. apa2 pun selamat maju jaya cik nor dan jgn lupa kasi duit raya eh ehhh ;-)

    ReplyDelete
  8. Dah lama x mkn kerepek pisang .Sedapnya !

    ReplyDelete