Breaking News

Ingat Dia Keluar, Aku Gembira

Gambar dari pakcik google

Assalamualaikum...

Korang mesti dah tahu krisis Cik Nor dengan roomate Cik Nor kan? Siapa yang friend dengan Cik Nor mesti tahu kisahnya. Lega hati Cik Nor bila dapat tahu dia dah nak pindah. Ye lah tak adalah lemas sngat dok menulis dalam bilik ni bila dia tak ada.

Kalau tidak sebelum ni memang agak berbahang dalam bilik ni. Nak menulis pun tak selesa. Sana sini penuh dengan barang-barang dia. Dia buat bilik ni macam dia punya, sedangkan kami sewa berdua. Dok dalam bilik ni muat-muat jer laluan untuk ke tandas dan juga nak solat. Korang bayanglah betapa banyaknya barang dia.

Dah beli almari kayu, beli lagi tempat gantung baju dekat ikea. Memang pakaian dia banyak tapi agak-agaklah nak membeli pun, sebab dia bukan menyewa seorang. Istilah sewa bilik pun dia kena faham. Bilik pula kena kongsi berdua, jadi kalau bawak barang janganlah melampau-lampau. Kalau beli barang banyak-banyak boleh tapi kena sewa rumah atau sewa bilik sendirian. Tak gitu korang?

Memang agak gembira jugaklah bila tengok dia angkut banrang-barang dia keluar dari bilik ni. Cik Nor pun masalas nak busy body tanya dia pindah mana. Sebenarnya Cik Nor dah lama tak bercakap dengan dia walaupun satu bilik. Tak tahu apa puncanya tiba-tiba dia tak nak bercakap dengan Cik Nor. Cik Nor pula ambil jalan mudah, tak nak cakap sudah. Cik Nor diamkan diri jer la. Kan bila tanya ada pula yang jadi perang mulut. Diam itu jalan terbaik.

Dia mula angkut barang keluar tengahari hari rabu. Masa tu Cik Nor pergi kerja, balik tu tengok dah tak banyak barang dia yang tinggal. Malam tu dia datang angkut almari kayu dia yang berat nak matikk tu dengan barang-barang lain yang dah dia packing. Lepas angkat almari, adalah sawang-sawang dadan habuk-habuk yang berkumpul dia belakang almari tu.

Oleh kerana barang dia ada lagi, sawang-sawang dan habuk tu Cik Nor sapu ke tepi supaya dia sapu dan bersihkan lepas dia angkut semua barang-barang dia. Ternyata sangkaan Cik Nor meleset sebab dia tinggal macam tu jer. Bila masuk bila rasa macam bilik tak berpenghuni pulak. Paling menyedihkan lagi dia siap tinggal sisa dalam mangkuk tandas. Memang menyumpah la Cik Nor tengok sisa tu. huhu

Balik tadi dah beli mentol lampu siap-siap. Mentol lampu dia juga yang buat mentol tu terbakar. Ambil tangga kat bawah terus pasang. Dah siap pasang mentol, sapu semua sampah sarap yang ditinggalkan. Sapu saja tak bersih, terpaksalah pula mop sebab tapak kaki dah hitam.huhu. Dah siap semua barulah hati  ni lega dan rasa rileks nak buat kerja.huhu.

Korang dah sewa bilik berdua, jangan lah buat perangai macam roomate Cik Nor ni. Nak keluar, keluarlah elok-elok dan bersihlah bilik sebelum meninggalkannya. 

13 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segalanya yer Cik Nor

    ReplyDelete
  2. wahhh,,,moga malam ni ciknor tidur lena.Jangan mimpi rindukan roomate pula yer.. ehehe

    ReplyDelete
  3. Nape teruk sgt perangai tu,, adoi sabaq jelah ciknor.

    ReplyDelete
  4. Hmmm macam-macam ragam. Sabar je lah cik nor. Moga ciknor dapat roomate yang lebih baik lepas ni

    ReplyDelete
  5. sebelum kawin dulu pernah duduk rumah sewa, sebilik berdua juga..dah dapat roommate ok, rommate kena pindah sebab tukar kerja..tukar rommate lain, mcm2 kerenah ada..paling teruk masa tu rommate panjang tangan..aduhai..bila dah kantoi, hari yg sama jugak dia pindah..hilang mcm tu je..

    ReplyDelete
  6. Aduhh....bukan senang nak tinggal dalam satu bilik berdua rupannyan kan Cik Nor. Tak perlah cik nor, lupakanlah kisah yg lepas. Dah pindah pun si room mate tu. Yang penting cik Nor rasa happy sekarang...

    ReplyDelete
  7. That Y masa bujang dulu saya suka duduk sorang-sorang. Alhamdulillah memang appartment kami ada 3 bilik dan kami cuma 4 orang, so sapa yang duduk master bed room je kena kongsi berdua, manakala yang duduk bilik kecik, tak perlu kongsi. So, saya pilih bilik kecik. duduk sorang-sorang. habis citer.

    ReplyDelete
  8. Sabar ye ciknor. Biasalah bila dah hidup menyewa. Macam-macam kerenah kita boleh jumpa dan itulah juga sebab kenapa ciktie lebih suka sewa sendiri 1 bilik tu walaupun kosnya mahal sikit hehe

    ReplyDelete
  9. alahai perangai. perempuan kot. kenapa camtu tah

    ReplyDelete
  10. dia terbaca blog cik nor kot.. terus angkut barang.. hehe.. yg penting masalah dah selesai. Memang susah kalau duduk bujang nie, pernah alaminya cik nor..

    ReplyDelete
  11. dia dah keluar, kira satu nikmat dah... lps ni ada org baru msk ke?

    ReplyDelete
  12. mek pun pernah gak duk menyewa blik.
    memang la rase semak bila roomate kita jenis tidak kemas.
    tapi nak tak nak kena hadap.
    harap ianya berakhir dengan cepat.
    dan thniah ciknor, episod duka dah berakhir.

    ReplyDelete
  13. lega dah laa cik nor lepas nii..lagi banyak entry la lepas ni..hihih...

    ReplyDelete