Breaking News

Bila Ramai Penjual Haram


Assalamualaikum..

Malam ni lewat sikit bersiaran sebab tadi keluar pergi Mydin Mall dulu beli fail untuk pejabat. Nak buat macam mana, kita ni kuli. Kalau bos-bos cakap nak guna barang esok terpaksalah pergi cari jugak walaupun dah malam. Dengan duit nya tak bagi, terpaksalah kita dahulukan duit kita. Kalau bayar cepat tak apa juga. Kadang-kadang sampai masuk dalam gaji baru bayar. Dah lagi gaji kita ciput. Yang bergaji besar buat senyap jer kalau kena keluar duit untuk beli barang pejabat. Bertabah wahai hati, semoga cepat kaya dan resign dari situ..aamiin.

Eh..panjang pulak meluah perasaan. Harap korang tak bosan dengan coloteh kosong Cik Nor ni.hehe. Ni hah nak cerita, korang kalau pergi mana-mana pasaraya pernah tak terserempak dengan orang-orang jual barang? Kat sini rasanya semua tempat boleh jumpa orang jual barang. Kalau cuma tawarkan kepada kita tak apa lagi, ni siap paksa-paksa kita beli pulak.

Kalau kat Mydin Mall, Kubang Kerian, aduh..memang tak habis ayat nak larikan diri dari membeli barang-barang yang dia jual. Si penjual tu pulak berbangsa India, cuak juga bila dia datang dekat kita. Pernah sekali pergi Mydin Mall sesorang waktu malam, si penjual tu dah macam tak nak berganjak kalau tak nak beli barang dia. Nak tak nak..terpaksa juga beli dua barang dia. Harganya RM35.00.  Barang untuk kegunaan kereta iaitu polish tayar dan pemudar calar halus.

Bukan kat Mydin Mall jer diorang tu ada. Kalau hari cuti diaorang ada kat dalam bandar Kota Bharu. mana ada parking kat situ lah diaorang ada. Naik rimas pulak kalau diorang ada. Cepat- cepat lagi masuk kereta atau buat layan tak layan jer dari kena paksa beli barang diaorang yang mahal nak mampos.huhu.

Selepas dari beli 2 produk tu, kalau dia approach mesti cakap saya dah beli tapi tak guna pun. Kalau tak pun, cepat-cepat masuk kereta dan lock. Tak kuasa nak melayan. Tadi masa pergi beli fail ada budak jual keropok, dia macam paksa jugak  Keraskan hati tak layan penjual-penjual tu. Bukan tak kesian tapi kalau dah tahap memaksa kita pun rasa nak marah.huhu

Korang pernah tak alami macam Cik Nor ni? Meh la kongsi.

12 comments:

  1. Kerja macam dorang hanya makan komisen sebab tu sampai ada paksa-paksa tu...

    ReplyDelete
  2. ada pernah ekin larik cepat2 mengelah hahahaha

    ReplyDelete
  3. pernah juga kena macam ni..tapi ina buat keras..malas layan ke penjual tu

    ReplyDelete
  4. Tak suka betul style nak memaksa beli ni. Fiza kalu jumpa jenis macam ni fiza terus cakap taknak, pastu terus jalan.

    ReplyDelete
  5. Selalulah jugak kena dulu tapi sekarang dah mahir, bila diorang approach terus buat muka garang sambil cakap taknak dengan gaya tangan pastu blah..haha..

    ReplyDelete
  6. Kalo dapat yang suka paksa2 ni memang saya tarik muka ketat jea.terus tak jadi nak promote..hehe

    ReplyDelete
  7. sy mmg x suka kalau paksa memaksa ni rs nk mrh je... tp sabar... dia pn nk cr rezeki jg kan...

    ReplyDelete
  8. Sebab dah ada pengalaman dulu walau bukan dengan orang macam tu tapi kalau ada menjual macam tu memamg takkan layan. Takde nak berlama2. Kesian tu memang kesian tapi lagi kesian dekat duit sendiri.

    ReplyDelete
  9. sini kat mall, ada org jual krim pemutih
    suka hati calit2 kat tgn pastu tarik kite g booth dia..
    kna jegil sikit mta bertegas xmau, baru dia takuttt..

    ReplyDelete
  10. rasanya boleh buat report tu ciknor

    ReplyDelete
  11. mmg ramai mcm ni cik nor.. smakin brleluasa.. huhu

    ReplyDelete
  12. biase tu kakk..
    tp yaya biasa buat xnmpk or tolak dgn cr baik...lntak p la dorng tgu ka apa ka..
    kang nti yg terbng duit kita..nk beli brg lain kang xdpt pula..huuu

    ReplyDelete