Breaking News

Bila Nafsu Menguasai Diri

Gambar dari pakcik google

Assalamualaikum..

2 3 hari lepas viral pasal TMJ belanja pelanggan kat sebuah pasaraya terkemuka kat Johor. Tak pasti la seorang dia bayar berapa. Tapi apa yang Cik  Nor baca, semua barang-barang yang dibeli pelanggan yang ada dalam pasaraya tu dibayar sepenuhnya oleh Tuanku.

Alhamdulillah...moga murah rezeki Tuanku. Tapi paling mengejutkan Cik Nor, diorang ni mentang-mentang ditanggung ikut suka jer nak ambik barang apa. Sampai melimpah ruah troli. Aduss..memang la orang bayarkan tapi ambil barang tu biarlah ikut keperluan jangan ikut nafsu.

Kalau ikut nafsu satu pasaraya tu pun nak beli. Apa salahnya kalau ambik jer barang-barang yang kita selalu guna contohnya beras, gula, minyak masak, sabun dan lain yang wajib ada dalam kehidupan kita seharian. Ini tidak aiskrim, susu yogurt, susu berdozen-dozen dan macam-macam lagi yang tak wajib ada setiap hari. Sebab bukan kita seorang yang Tuanku bayar. Beratus orang dia bayar, bagilah merasa sikit seorang agak tidak berlaku pembaziran.

Kalau Cik Nor orang belanja macam tu memang ambil barang wajib ada dalam rumah seperti barang-barang dapur. Barang-barang sampingan tak perlu kot sebab kita boleh beli sendiri jer. itu 20 persen pendapat Cik Nor jer la. Mungkin pendapat korang berbeza dari Cik Nor.


9 comments:

  1. betul tu cik nor, malu kite tgk org malaysia buat gini, nmpk xbermoral..
    mna hilang budaya beradab kita ni..

    ReplyDelete
  2. rasa marah tengok tang aiskrim tu

    ReplyDelete
  3. Betul tu Cik Nor, dengar kata orang belanja beli macam tak nak keluar rumah setahun...

    ReplyDelete
  4. Itulah orang kita.
    Sebab tu tak pernah cukup

    ReplyDelete
  5. Oh..ingatkan cerita ni auta je, rupanya memang betul TMJ bayar ye? Patutlah sakan diorang..

    ReplyDelete
  6. sama lah ambil yang mana perlu je. Nak pula kalau parents yang ada anak kecil, better ambik pampers dengan susu. Tahan setengah tahun. Nak scan pun tak lama.

    ReplyDelete
  7. viral sudah cerita ni.. itulah manusia. hmm

    ReplyDelete
  8. Allahu....sikap manusia zmn skrg ni. =(

    ReplyDelete
  9. tu baru belanja RM3k kalau RM30k? xtau laa cm ne

    ReplyDelete