Breaking News

Bila Ko Tempah Kad Nama Terlajak Banyak


Assalamualaikum..

Setiap maalam kalau Cik Nor tak membebel kat blog memang tak sah. Tak tahu lah kenapa. Kalau tak menulis blog, asyik teringat-ingat jer kat blog. Eh ye ke? Entah-entah Cik Nor tipu ni. Orang mana tahu.hihi. Tapi betul la kalau tak updates blog sehari terasa lain jer. Rasa macam setiap hari ada jer cerita yang nak dikongsi dengan korang semua.

Ni hah nak cerita yang Cik Nor tempah kad nama kemain banyak lagi. Berapa? 200 keping ko. haha. Ambik hah, nak bagi siapa pun tak tahu la tu . Seingat Cik Nor sejak buat kad ni baru satu keping jer bagi kat orang. Yang selebihnya ada jer tersimpan rapi dalam beg balik kampung Cik Nor. hihi

Korang mesti tertanya -tanya Cik Nor tempah dekat mana? Siapa yang design kat nama Cik Nor tu? Kad lama tu Cik Nor tempah kat gogoprint.com. Sebenarnya Cik Nor dapat voucher bernilai RM120.00 kerana review dia punya website. Oleh kerana voucher ini tidak ditebus maka PR dia email ingatkan balik supaya tebus voucher ini. Cik Nor pun macam ingat-ingat lupa sebab tarikh yang dia bagi tu dah tamat tempat.

Rupanya PR dia bagitahu Cik Nor voucher tu boleh guna bila-bila masa sahaja. Apa lagi, Cik Nor tempah lah 200 keping kad nama dan satu digital book. Digital book tu dia tak approve sebab tak sama saiz yang dia nak. Cik Nor pun malas nak edit, biar jer la. haha. Yang kad nama ni alhamdulillah, diterima.

Design kad nama tu kawan Cik Nor yang buat. Dia seorang grafik desingner. Mintak tolong dia buat yang biasa-biasa jer. Tapi bila dah siap design dia, wow mengancam jugak tu. Terima kasih amoy sebab tolong kawan ko yang mengada-ngada ini. InsyaAllah..aku bagi upahnya. hehe.

Korang ada kat nama tak? Berapa keping korang tempah. hihi.  Dah guna ke belum? Amboi banyaknya soalan Cik Nor ni.

Review  Gogoprint : Apa Itu Gogoprit.com.my


16 comments:

  1. Assalam..
    Waaa simpan buat stok, macam Sis dulu, kemas-kemas jumpa kad nama lama. sekotak ada, cuma nama link blog je dah berubah, dr blogspot dh ke dot com, nsb bt redirecting, so bole guna...

    ReplyDelete
  2. hihi banyaknyer name card cik nor..

    ReplyDelete
  3. wahh banyaknya..boleh bagi dekat rabia satu..

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya dapat namecard, boleh luaskan kuasamu la lepasni. Jumpa orang, salam, genggam tangan selit kad okay..

    ReplyDelete
  5. banyak tu..meh sini 10 keping!! Haha!

    ReplyDelete
  6. takde lg kad nama.. hehe belum terfikir lagi nak buat

    ReplyDelete
  7. wow banyaknya tapi nanti berguna jugak entah2 kena repeat order :P

    ReplyDelete
  8. Wah.. Banyak tu kad nama.. Senang nak hulur nanti..

    ReplyDelete
  9. wahh cantik la cik nor.. sngt berguna untuk para blogger.

    ReplyDelete
  10. baguslah banyak macam ni ciknor.Tak rugi pun..ia satu pelaburan di masa akan datang..Ehehehe

    ReplyDelete
  11. kemain bnyk dia nya name kad tuuu..
    hehe xpe.bole guna lama slgi info diatas kad tu xtukar..tul x =)

    ReplyDelete
  12. aida xde kad nama :)
    blogger suam suam kuku aje, cik nor.
    kekadang sejuk beku ha ha ha ha

    ReplyDelete