Breaking News

Akhirnya..Dapat Juga Shaker Pilihan


Assalamualaikum..

Semalam punya entry cerita pasal makanan murah kat Giant. Hari nak cerita pasal Cik Nor dapat jugak la cari shaker pilihan hati. Hehe. Sudah macam jakun sangat dah Cik Nor ni. Orang lain punya lah bersepah shaker, dia dah dapat satu dah kecoh masuk blog. kihkih

Sebenarnya dah lama cari shaker yang warna transparent ni. Asyik jumpa yang berwarna jer. Tak menariklah pulak kalau guna yang berwarna bila buat apa-apa review terutama sekali buat review makanan tambahan yang jenis cecair. Sebelum ni Cik Nor juga gelas biasa jer dan kacau guna sudu untuk sebatikan semua. Macam agak leceh jugak lah sebab ada juga yang berketul-ketul. Bila ambik gambar warna gelas tu tak menarik langsung. hehe

Kemainkan demand Cik Nor ni. Semua nak perfect. Yelah tengok orang lain buat video cuma shake jer. Kita Kacau dah gelas macam kacau teh o. Memang tak menarik langsung. Kalau ada shaker ni rasa semangat sikit nak buat video review nanti. Eh. sejak bila Cik Nor buat video ni? Rasnya dia pemalu, tulis blog jer kerjanya. hehe


Satu lagi yang memarik tentang shaker ni dia dah siapkan sukatan air. Tak perlu lah korang susah nak sukat air sebanyak yang diperlukan. Menarik kan. Meh la siapa nak suruh Cik Nor review makanan yang jenis minuman. Cik Nor dah ada shaker cantik ni. hihi. Edisi perah santan yang tak boleh blah.

Sebenarnya shaker ni Cik Nor beli shaker ni kat Mr. DIY jer. Kebetulan masuk, survey punya survey jumpa pula yang di idamkan. Macam orang mengantuk di sorongkan bantal lah jadinya. Harganya tak mahal cuma RM2.50 jer. Edisi jimat duit belanja. Selagi ada yang murah selagi tu lah Cik Nor akan beli.hihi

Korang ada shaker yang macam mana? Meh la sharing dengan Cik Nor yang jakun shaker ni. hihi

Entry review yang tak guna shaker :

15 comments:

  1. Dulu beli minuman collagen pearl mutiara.. ada free shaker. Shaker tu lah yang kak shaz guna skrg... heheh...brg pcuma kan.. haha

    ReplyDelete
  2. orang lain bersepah shaker..i satu pun takdok cik nor oiii..velanje satu!kikikikiki

    ReplyDelete
  3. hehe..ciktie tak nak dah yang transparent. Suka yang ada design comel-comel hehe

    ReplyDelete
  4. kekadang beli supplements dapat shaker free gak

    ReplyDelete
  5. olohhhh tok royak rumah ni ada 5 6 shaker trabsparent hahaha hadiah beli susu la,beli mnuman organik la hahahhaha loni humaira wat main rata

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Cik Nor nak bancuh air ape guna shaker baru tu yer...

    ReplyDelete
  8. Eh mcm sama je shaker kita hehehe

    ReplyDelete
  9. kita pun ada gak hahahha lama dah pakai zaman ank dara hahahha

    ReplyDelete
  10. Tiba-tiba rasa menyesal sebab dah guna bekas shaker jadi bekas letak sabun untuk baju yang hantar dobi. Japgi nak pi basuh balik la..

    ReplyDelete
  11. ephyra punya shaker dpt free... tp jarang guna hahaha

    ReplyDelete