Breaking News

DIA - Episod Akhir


Assalamualaikum..

Siapa peminat drama bersiri Dia yang dok tayang kat TV3 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 9.00 malam. Siapa peminat setia macam Cik Nor kita geng. haha. Kemain main lama menunggu episod akhir drama ni. Nasib la tak meleret-leret macam sinetron Indonesia. Kalau macam tu malas juga nak menunggu.

Kalau tak silap Cik Nor drama ni 60 episod semuanya. Tapi tak terasa 60 episod tu panjang sebab asyik dok tengok si Aira tu mencari cinta sejati dia. Alahai..tu lah orang kata, kalau dah jodoh memang tak kemana.  Si Adit dah berapa ramai gadis cuba menggoda, cintanya tetap utuh pada Aira seorang.

Zaman sekarang ada lagi ke lelaki macam Adit tu? Rasanya kalau ada 1 dalam 1000. Yang dah beristeri pun ada yang mengaku belum. Tak gitu korang? hehe. Tapi best la drama ni happy ending walaupun bermacam dugaan yang di tanggung,

Drama ni sedikit tergantung la sebab dia tak tunjuk apa yang terjadi pada Herman Yopi. Tahu-tahu Ferdi dah dapat balik rumah agam dia. Mungkin dia nak cepat habiskan drama ni. Kalau dalam buku cerita mesti panjang lagi ni kan? Cik Nor tak jumpa buku ceritanya, kalau tak memang dah baca. hehe

Cik Nor dok tunggu drama tu bukan nak tengak sangat Aira & Adit tu tapi nak tengok si Micah. Kenapa sweet bangat muka dia. Aishh..kalaulah dapat boyfriend macam Micah tu diawan-awangan hidup..haha. Berangan tak salah kan?

Patut episod akhir kena tunjuk jugak Tina kahwin dengan Micah dan Airil kahwin dengan Zelma. Baru happily ending. haha. Watak Bella pun hilang macam tu jer. Apa kesudahan dia dengan Ustaz Nasir. Amboi, Cik Nor dah macam pengarah drama pulak kan. hehe

Siapa yang tengok mesti puas hati dengan pengakhiran drama ni. Pengakhiran yang baik tanpa ada pemusuhan.

17 comments:

  1. kita memang jarang layan cerita ni,lama sangat nak habis,..

    ReplyDelete
  2. cik nor bleh geng dgn mama sy sbb gk drama ni hahahah

    ReplyDelete
  3. awal-awal saja ikut lepas tu tak ikut dah...hehhee

    ReplyDelete
  4. sampai episod 40 dah tak tengok
    hahaha
    nak kena tengok balik nih

    ReplyDelete
  5. Eh dah abes ye? Saya follow separuh jalan je pastu dah give up nak tunggu..macam panjang je

    ReplyDelete
  6. tengok jarang2 aje citer ni..tapi memang best citer dia kan!

    ReplyDelete
  7. yeay.. dah nak abih... xsabar nk tgk drama lain pulak. DIA ni boringg hihih

    ReplyDelete
  8. Mula2 CR layan drama ni, di pertengahan stop dah sbb stghess tgok Aira asyik stress je.huhu
    CR lagi suka ending Aira dengan Zaid ,huhu

    ReplyDelete
  9. Tak mengikuti drama ni. Tapi rasa macam panjang ceritanya dan banyak episod. Tak sangka 60 episod untuk cerita ni..Hebat sapa yang rajin menonton lama.

    ReplyDelete
  10. tak berpeluang nak tengok drama ni..anak conquer tv

    ReplyDelete
  11. layan cite ni masa awl2 je,pas tu tak larat nak layan sbb pjg sgt episodnya.haha

    ReplyDelete
  12. Masih belum terjebak dengan drama. Hehe...

    ReplyDelete
  13. haha...nasib tak follow citer ni..tak berapa berkenan dengan Janna Nick tu..

    ReplyDelete
  14. Tak follow cerita ini.. Kenkadang je tertengok.. kikiki.. Suka tengok janna nick rambut pendek.. comel je..

    ReplyDelete
  15. Saya pon jarang2 tgk crita ini. Dulu awal2 ada tgk. Panjang crita ni smp 60 episod rupanya.

    ReplyDelete