Breaking News

Berita Duka Seorang Blogger


Assalamualaikum..

Sebelum balik kerja tadi belek-belek facebook kot-kot ada offer job yang boleh apply. Job ajer kan Cik Nor ni. Padahal job yang ada pun tak terbuat lagi, ada hati nak ambik job lain. Hehe.

Bukan nak cerita pasal job tapi nak cerita sedih seorang rakan blogger kita. Masa belek-belek facebook tu terpandang kisah yang dikongsi oleh blogger Cik Akak. Tengok rupa empunya tuan yang di kongsi macam kenal. Pergi dekat profil empunya kisah yang dikongsi, sah beliau seorang blogger tapi tak aktif sangat sejak beliau menjadi seorang guru.

Nama blogger tersebut ialah Abdullah Kadir dari blog fragmenbiru.blogspot.com. Memang agak terkejut bila tengok gambar beliau dengan tangan kanan dipotong hingga ke siku. Dari cerita blogger Cik Akak beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya. Di mana dan bila Cik Nor pun tak pasti. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi kerana semasa kereta beliau jatuh ke dalam gaung, beliau sedar dan boleh menghubungi pihak bomba dan abang beliau untuk memaklumkan kejadian yang menimpa. Alhamdulillah..semuanya selamat kecuali tangannya yang tersepit sahaja yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Dari apa yang blogger Cik Akak cerita beliau kita telah mula mengajar semula. Cik Nor doakan moga beliau tabah menghadapi dugaan hidup ini. Setiap insan yang diduga pasti ada hikmah disebaliknya supaya kita tidak lalai dan alpa dengan kenikmatan hidup sementara.

Semoga kita semua dibawah lindungan Allah...aamin

14 comments:

  1. Innalillahiwainailahirojiun... semoga beliau tabah dgn ketentuan Allah... sesuanguhnya apa yg berlaku ada hikmahNya.... dah lama flo dia tp x ingat....

    ReplyDelete
  2. Semoga segalanya dipermudahkan buat beliau

    ReplyDelete
  3. Allahu, semoga dipermudahkan buat blogger tu

    ReplyDelete
  4. Semoga dia tabah menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  5. innalillahhhh semoga Allah pelihara dia

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, innalillah. Kesiannya, Nad tak kena blogger tersebut. Tapi Nad harap sangat dia kuat dan tabah.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainailahirojiun... berat yang mendengar berat lagi yang menanggung namun Allah SWT tak akan uji di luar kemampuan. Moga terus tabah dan kuat!! Ameen

    ReplyDelete
  8. Ada terbaca post cik akak semalam. Tak sangka beliau blogger rupanya. Begitu tabah beliau hadapi ujian yang Allah bagi kepadanya. Semoga dipermudahkan semua urusan beliau.

    ReplyDelete
  9. Alahai siannya .... bukan mudah nak menerima dugaan Allah dengan redho, tp kalau kita redho maka besarlah ganjarannya. Allahu akbar. Moga blogger tu tabah hendaknya

    ReplyDelete
  10. Kesian. Harap dia tabah dlm meneruskan perjalanan hidup ini.

    ReplyDelete
  11. rs nyer br terbaca smlm kot... rupanya cikgu tu blogger ya... semoga beliau tabah dan pulih seperti sedia kala

    ReplyDelete
  12. mek tak sempat kenal tu.
    ujian menimpanya, semoga dia tabah menghadapi segalanya.
    insyaAllah.

    ReplyDelete