Breaking News

Resepi Lempeng Sempoi


Assalamualaikum

Malam ni ingat nak siapkan review tapi apakan daya gambar tak snap lagi. Ku pendamkan dulu yer..hihi..Esok lah yer review, nanati korang bosan pulak asyik buat review jer kan? So, malam ni Cik Nor kongsi resepi lempeng sempoi. Biasalah menu bujang yang sentiasa lapar tapi malas masak. hihi. Siapa macam Cik Nor sila angkat tangan.hihi

Resepi Lempeng Sempoi

Bahan-bahan

1. 1 cawan gandum (ikut ramai mana nak makan)
2. 1 biji telur
3. air garam
4. sedikit gula
5. sedikit minyak

Cara-cara:

Masukkan semua bahan 1-4. Kacau sebati kesemua bahan tu. Air garam tu jangan la masin sangat dan jangan letak banyak air tu takut cair pulak adunan tu. Pastikan adunan tu tak cair sangat dan tak likat sangat nanti susah korang nak goyang-goyang dalam kuali tu. Korang buat macam adunan kuih ketayap tu. lebih kurang macam tu. Masak dalam kuali leper or non stick. Kalau tak semua tu, kuali biasa pun boleh janji letak minyak sikit supaya tak melekat. CikNor suka dia garing ala-ala roti canai tu..hehe

Dah masak tu korang boleh la cicah dengan kuah kari atau sambil bilis. Kalau Cik Nor sempoi jer, gula atau susu pun boleh jer. Janji boleh alas perut sebelum tidur. hehe. Bagi korang yang rajin memang pandang sebelah mata jer resepi macam ni. Tapi bagi Cik Nor yang terlebih rajin ni, faham-faham jer la. Susah yanga amat weh..haha

Selamat mencuba. Lempeng makanan masa terdesak Cik Nor..hihi

13 comments:

  1. Lama juga x buat lempeng ni...
    sbb weekend xde rumah..selalu sempat buat time weekend je,,

    ReplyDelete
  2. dpt cicah ngan sambal ikan bilis perghhh sedap ni!

    ReplyDelete
  3. rindu pulak nak makan lempeng mcm ni

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa. Lagi ngam kalau ada sambal bilis. Fuhh 😊

    ReplyDelete
  5. kena dengan asam pedas..fuih...merecik hawau la kisahnya..hehehe

    ReplyDelete
  6. layan je cik nor..tambah2 kalau time lapar2, dpt lempeng ni mmg licin piring..haha..

    ReplyDelete
  7. Walaupun nampak sempoi tapi mesti sedap lebih2 lagi bila Cik Nor masak.. =)

    ReplyDelete
  8. dah bertahun tak makan lempeng.. huhu.masak memang tak reti ler. hahaa

    ReplyDelete
  9. Sejuk2 macam ni pekena lempeng ni, alahai.. sedapnya.. ;)

    ReplyDelete
  10. lempeng cemni ceq suka.. simple je tapi sedap. makan saja boleh.. tapi lagi best ade sardin n sambal ikan bilis. yang ade kelapa kurang suka sket..

    ReplyDelete
  11. suka juga makan lempeng macam ni. hidangkan sekali dengan sambal tumis.memang sedap!

    ReplyDelete
  12. Terer nampak masak lempeng hihi....
    Lama oii tak buat lempeng... teringin pulak

    ReplyDelete
  13. macam senang je nak buat lempeng ni..nak try buatlah guna recipe cik nor share ni

    ReplyDelete