Breaking News

Jalan-Jalan Cari 100 Piza | Betul Ke Dominos' Bagi Piza Percuma?



Assalamualaikum...

Korang peminat piza tak? Mesti lah kan ? Pada 27 Januari  2018  bertempat di Domino's Pizza Kubang Kerian Cik Nor dan rakan-rakan blogger Kelantan telah menjayakan kempen Jalan-jalan Cari 100 piza dan pemberian piza percuma kepada 100 pengunjung terawal.  Memang sangat meriah kempen ini kerana pengunjung sudah mula beratur bermula pukul 2.00 petang, sedang piza percuma akan mula diagihkan pada pukul 3.00 petang.


Domino's bukan sahaja memberikan 100 piza percuma malah mereka juga boleh menyertaikan pelbagai aktiviti yang aturkan oleh Domino's Pizza Kubang Kerian. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk mereka yang bertuah. Kempen ini lebih meriah lagi dengan kehadiran 2 orang DJ THR Gegar Permata Pantai Timur iatu Iwe & Naz. Para pengunjung juga berpeluang merasai Cheese Tarik Crust yang baru diperkenalkan.


Jalan-jalan Cari 100 piza merupakan usaha Domino's yang unik untuk mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang sedia memberikan sokongan yang berterusan. Pihak Domino's Pizza ingin mendekati pelanggan di pelbagai lokasi dan mereka amat gembira bila melihat sambutan yang memberangsangkan di Kubang Kerian.

Extravaganza Pizza.


Antara piza yang ada di Domino's Pizza. 


Inisiatif Jalan-Jalan Cari 100 Piza dari Domino's Pizza memberikan 100 piza personal secara percuma di kedai-kedai terpilih di Semenajung Malaysia yang berlangsung mulai 13 Januari sehingga 3 Februari 2018. Kalau di Kelantan 2 cawangan Domino's Pizza telah dipilih untuk menjaya-jayakan Jalan-Jalan Cari 100 Piza ini. Dua cawangan tersebut ialah Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

Chicken Pepperoni


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini berlangsug.Memang meriah dan kecoh yang amat kerana pelanggan dan peminat sporting menjayakan aktiviti yang dianjurkan. Tak kira tua atau muda, semuanya turut serta.  Aktitivi yang diajurkan oleh pihak Domino's Pizza Kubang Kerian memang terbaik.


Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi akan datang, lawati laman Facebook Domino's @DominosMY

Untuk membuat pesanan piza jangan lupa ke cawangan Domino's Pizza berhampiran anda atau pesanan secara online di http://www.dominos.com.my / hubungi 1300-888-333.


Terima kasih buat Blogger Pantai Timur dan Domino's Pizza sebab menjemput Cik Nor untuk menyertai kempen Jalan Jalan Cari 100 Piza ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat especially Sis Hawa  dan semua rakan blogger yang hadir. InsyaAllah...ada rezeki kita bekerjasama lagi.

13 comments: