Breaking News

Bila Laptop Dah Ada


Assalamualaikum..

Malam ni rasa nak membebel la kat blog kesayangan hamba ni. hehe. Kalau tak membebel kat blog memang tak sah lah. Itu bukan seorang Cik Nor la namanya. Mesti korang tertanya -tanya pasal gambar laptop terbalik tu. Ermm.. mesti Cik Nor nak tunjuk laptop baru kan? Riak betul Cik Nor ni kan. haha

Sebenarnya laptop tu adik Cik Nor yang punya. Dia dah lama tak guna, jadi keypad dia dah rosak. Cik Nor kadang-kadang pinjam jugak nak updates blog. Ye lah guna tab selalu adakala menyakitkan mata. Ada sekali tu urgent nak buat task berbayar. Sekali nak guna, hampa. Ada certain huruf tak boleh tekan. Alih-alih guna tab juga la jawabnya. Suruh dia baiki, tak mahu la pulak. Haishh ..geram pulak Cik Nor ngan dia.

Boleh dia cakap kalau nak guna baiki lah. Dia dah tak nak guna dah. Kalau Cik Nor baiki laptop tu secara automatik ianya menjadi milik Cik Nor. Fikir punya fikir, baiki jer la. Nanti senaang nak buat kerja. Kos tukar keypad baru termasuk format dan install semula berjumlah RM120.00. Kira murah ke mahal tu? Cik Nor pejam mata jer bayar tu.huhu

Masalahnya bila dah ada laptop, Cik Nor pulak yang malas nak update blog. Macam-macam alasan pula ada. Idea tak mari la, bateri low la. Banyak betul alasannya. Padahal job dia terima bersepah tak buat. hehe. Minggu depan nak start lunaskan hutang-hutang review. Nak kena ambik gambar cantik-cantik. Kat bilik sewa ni tak ada port cantik nak ambik gambar. Sepah jer lebih.huhu

Oklah done membebel untuk malam ni. Pada korang senang update blog guna laptop, tab  or smarthone jer?

13 comments:

  1. Kinah suka guna phone lagi. Boleh buat sambil baring-baring. Kadang-kadang bila ada job berbayar tu memang kena guna laptop jugak. Laptop kita sama la cik nor. Dell kaler punk juge

    ReplyDelete
  2. prefer pc..ehehehe. Laptop pon okay.Smartphone payah..,nak kna zoom in.Zoom out.. enset ina lahh. hiuuuhhh

    ReplyDelete
  3. Ciktie guna phone je lebih mudah. Tapi sesekali teringin juga nak guna letop tapi ni dua tiga hari tak boleh on. Nak kena gi hantar kedai juga la nampaknya

    ReplyDelete
  4. Haha depends, kalau ada topik nak membebel, tulis kat phone terus. Kalau tak, mesti nak melukis so kenalah juga buka laptop.

    ReplyDelete
  5. busyra dulu time study guna laptop, skrng dkt rumah guna pc.. busyra jenis tak reti guna phone walaupun tringin nk guna sbb mudah kan, dekat mana2 pun boleh update.. hehe

    ReplyDelete
  6. saya lebih suka update di laptop..ada jea ipad..tapi rasa tak puas update blog di ipad

    ReplyDelete
  7. idea lebih mencurah2 dengan laptop sbb boleh bawa ke mana2..kalau pakai pc menghadap dinding jer

    ReplyDelete
  8. wahhh sama lah laptop kita
    Dell juga
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Teringin nak ada laptop, 6 tahun dah berblog dengan fon. Sedihnya...

    ReplyDelete
  10. laptop saya sekarang pun dah hidup segan mati x mau.. tunggu masa je nak angkat laptop baru.. hehehe

    ReplyDelete
  11. dulu gn mac, sng nk update. trasfer gmbr pn gn blueetooth je. skrg gn pc biasa. nk upload gmbr plg leceh sbb usd selalu 'xlekat' kalu update dgn hp, gmbr kn upload 1 per 1. so kesimpulannya, semua ada pro n cons. tp lg teruk kalu mls nk update hahahahahh sy laa tu

    ReplyDelete
  12. mek lebih suka pc.
    boleh jugak laptop.
    tapi mungkin sbb pc kena hadap kat situ
    laptop boleh angkut ke sana ke sini

    ReplyDelete