KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, April 13, 2017

Bila CiK Epal Komen Entry Blog Cik Nor

Assalamualaikum..

Ingat hari ni nak buat slot review lagi. Tapi bila fikir-fikir balik cian korang yang singgah blog Cik Nor asyik baca review jer. So hari ni balik kepada kehidupan Cik Nor semula.haha. Cewaahh..kenapa sebelum ni di awan-awangan ke Cik Nor?Berangan jer lebih Cik Nor ni, cepat lah cerita. Nak cerita apa tadi sebenarnya Cik Nor Oii?hehe

Sebenarnya Cik Nor nak cerita pasal blogger fames komen kat salah satu entry Cik Nor. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Cik Epal. Tak Kan korang tak kenal kot Cik Epal. Kalau nak kenal jangan lupa klik link yang Cik Nor bagi tu. Blog dia best tau. Cara dia menulis tu tak boring, santai jer jer cerita dia. Paling best cerita dia pergi bercuti bersama family dia. Memang santai tau gaya penulisan dia. Kira kalau kita baca memang tak puas. Bila sampai ayat last tu..alaaa dah abis ke? Tang-tang tu rasanya nak suruh dia sambung entry dia. haha. Melampau lah tu kan.

Sungguh tak sangka tiba-tiba Cik Epal singgah dan komen kat salah satu entry Cik Nor. Masa mula-mula tu rasa macam tak percaya. Siap refresh takut silap ke apa. hehe. Tapi memang betul la dia yang komen. Memang bangga la bila blogger femes komen kat blog picisan Cik Nor ni. Mesti korang kata,..alah Cik Nor ni itu pun nak kecoh ke? Memang Cik Nor kecoh la sebab dia punya followers puluh-puluh ribu mana nak kenal blogger yang ada followers 1k ni .hehe

Blog korang ada tak blogger femes yang singgah dan komen? Meh la share dengan Cik Nor kalau sudi.hehe


Tuesday, April 11, 2017

Koleksi Baju Raya Terkini Di Lovely Suri

Assalamualaikum

Sekarang dah bulan April, hujung bulan Mei dah start puasa. Pertengahan bulan Jun dah raya. Korang dah beli or tempah baju raya ke? Apa? Belum lagi? Kalau nak tempah memang tak sempat dah kot sebab sesetengah tukang jahit dah tak ambik tempahan. Al- maklumlah seorang buka sepasang buat baju raya. Sekurang- kurangnya 3 pasang seorang. Betul tak?hehe

Bagi korang yang selalu beli yang baju yang dah siap or ready made Cik Nor ada tempatnya. Lovely Suri menawarkan pelbagai koleksi baju raya yang begitu menarik dan cantik dengan tawaran harga yang begitu berbaloi. Tak percaya? Jom tengok antara koleksi baju raya yang mereka jual. Oppss..sebelum terlupa untuk yang bersaiz plus saiz jangan bimbang Lovely Suri ada koleksi juga untuk anda.

Sebelum Cik Nor terlupa, kat website diaorang ada menyediakan ukuran untuk anda supaya senang korang mencari saiz baju korang. 

Jom ushar😊


Kurung moden pendek Sereni Grey ini bakal menyerlahkan kehadiran anda.
Dengan kain crepe lembut, dihias lagi dengan lace dan manik jahitan tangan, Sereni ialah busana kurung moden premium terbaik anda.
Dengan Sereni, anda bakal tampil berseri di setiap majlis rasmi.
  • Manik eksklusif jahitan tangan
  • Zip di lengan/wuduk friendly
  • Lace grey
  • Not see through
  • Skirt potongan mermaid


Kurung moden pastel Renee berwarna Dusty Purple ini datang dengan warna lembut yang mempesona.
Dengan corak geometrik dan baju labuh yang sopan, Renee cukup sempurna sebagai busana ke pejabat sehari-hari.
Praktikal? Tentunya ya. Kainnya mudah digosok dan zip di lengan memudahkan anda untuk berwudhuk.
  • Kain separa getah di pinggang
  • Bahu padded
  • Kain mermaid cut
  • Zip di tangan baju

Baju Kurung Moden Safiyya — Black menampilkan potongan sopan yang evergreen dengan ciri berikut :
  • Special hanya untuk plus size
  • Border lace merah
  • Not see through
  • Zip di sisi baju

Kurung Pastel PaddlePop warna Peach ini datang dengan warna lembut tapi ceria.
Dengan kemasan lace di tangan dan potongan kurung doll terkini, anda bakal trampil bergaya walaupun anda seorang ibu muda.

  • Kain getah di pinggang
  • Bf friendly. Wudhuk friendly
  • Kain mermaid cut

Baju kebarung Estrella Turquoise ini menampilkan gaya kurung moden yang simple tetapi classy.
Selain kain crepe yang sejuk dipakai, Estrella juga tampil dengan hiasan keemasan menghiasi baju. Gabungan potongan kebaya dan kurung moden pula memastikan anda sentiasa mempesona dalam apa jua majlis.
  • Zip di lengan/wuduk friendly
  • Kain potongan mermaid
  • Not see through

Kurung moden songket Maryam dengan warna purple ini cukup anggun untuk majlis istimewa.
Potongan bajunya ringkas lagi moden. Tetapi kainnya mengekalkan tradisi songket Melayu dengan keselesaan kain cotton.
Dengan Maryam, setiap langkah anda pasti memikat.
  • Kain A cut. Cotton songket gold liner
  • Bf friendly. Wudhuk friendly
  • Getah di kiri kanan pinggang

Untuk pelbagai lagi koleksi yang cantik, menarik dan memukau mata anda, jangan lupa lawati :



Emage Style Empowerment


Assalamualaikum..

Apa yang dimaksudkan dengan Emage Empowerment? Jom Cik Nor jelaskan kat korang semua. Emage boleh disamakan maksudnya dengan image. Manakal Empowerment bermaksud kuasa atau pihak berkuasa. Atau dalam erti kata yang lain untuk menunjukkan kuasa melalui undang-undang atau secara rasmi. Gabungan kedua-dua perkataan membawa maksud bagaimana kita boleh menjadi yang terbaik dengan cara memberi kuasa kepada imej perniagaan yang kita miliki pada hari ini.

Program ini akan membimbing kita terutamanya peniaga, usahawan dan bakal usahawan diluar sana untuk datang dan menyertai seminar ini. Dua orang speaker yang sangat berpengaruh telah dijemput untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ceramah mereka tentang bagaimana untuk membina konsep 3E :  memberi, meningkatkan dan menambah Power dari segi rupa, kelakuan dan juga komunikasi. Program ini adalah dibawah (HRDF) - Human Resouce Development Fund yang diilhamkan oleh International Award Image & Etiquette Consultant - Cik Everlyn Ching dan Selebriti Image Consultant, Cik Wawa Idris. Dua nama yang tidak asing lagi kerana kedua-duanya wanita yang hebat. Cik Everlyn juga merupakan anggota untuk AICI ( Association Images Consultants International) dan Cik Wawa adalah pengasas Imaan Suci Wipe, yang terkenal dikalangan blogger tempatan.

Dari gambar banner, anda akan belajar (6H); bagaimana untuk diterokai. bagaimana untuk mengenal pasti, bagaimana untuk membina, bagaimana untuk menggilap dan bagaimana untuk menguasai  semangat dalaman dan nilai-nilai anda untuk menjual produk / perkhidmatan, tahap keyakinan anda, cara untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan pelanggan, personaliti anda seperti cara atau bahasa badan dalam etika perniagaan apabila bertemu pelanggan, Walaubagaimana pun, anda juga perlu belajar merapi wajah terutama bersolek dan dandanan rambut. Yang paling penting, apabila anda meletakkan diri anda dalam pakej SUPERSTAR secara automatik anda akan mendapat makan malam secara PERCUMA



Speaker Empowerment. Speaker bermaksud orang yang sesuai untuk memberi ceramah kepada orang lain. Oleh yang demikian orang yang berhak untuk memberi ceramah sudah tentu lah orang yang berani berdepan dengan orang ramai. Orang berniaga, usahawan dan netpreneur adalah orang yang sesuai untuk memberi ceramah. Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai aspek. Untuk menjadi orang perniagaan, kita perlu mempunyai pengetahuan yang cukup untuk berdepan dengan pelanggan dan orang awam.  Untuk urusan berkaitan dengan pelanggan atau mana-mana pihak pengurusan acara, mana-mana ahli perniagaan mestilah sentiasa senyum dan bertindak dengan bijak.

Mungkin anda kini hanya orang biasa sahaja. Tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi pemimpin. Tiada siapa tahu kan? Jadi anda hanya perlu menjadi seorang yang positif dan berfikiran yang baik. Dalam banner no.3 apa yang anda boleh pelajari untuk menjadi speaker empowerment dan sebagai penutup kemahiran yang dipelajari anda akan diajar menggunakan (5P) untuk mewujudkan satu sistem yang dipanggil Million Dollar Speaking.





Untuk maklumat lanjut jangan lupa hubungi :  012 3927848 or 019 236 3907.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...