KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, April 8, 2017

Craft Comel Dan Menawan | AsmaFelt Box


http://asma-felt-box.com/
Assalamualaikum..

Pernah dengar tak produk felt? Confirm pernah kan. Produk dia comel sangat. Aduii..geramnya tengok. Kreatif tau orang yang buat produk felt ni. Korang jangan tanya Cik Nor. Cik Nor memang keras tangan dan tiada seni untuk menghasil benda-benda comel ni. Hihi.

Bagi korang yang kreatif untuk menghasilkan felt ni anda boleh dapatkan bahan-bahan felt nya di sini : http://asma-felt-box.com/. Mereka menjual barang-barang felt craft secara online. Macam-macam ada kat sini. Memang rambang mata kalau korang singgah kat website ni. Itu nak, ini nak adohaii.

http://asma-felt-box.com/

Kat website ni macam-macam ada korang jangan risau, semua lengkap. Ada kain felt, butang, keychain, brooch, peralatan menjahit dan macam- macam lagi. Produk utama yang mereka jual ialah polyster felt, starter pack dan butang-butang yang memang comel. Kepada wanita-wanita pecinta dan pembuat felt craft memang disini lah tempatnya.  Tak perlu susah mencari ditempat lain, semuanya ada disini. Just pilih, klik dan bayar. Tunggu sahaja barang sampai didepan pintu rumah anda. 


Bagi wanita atau guru-guru tadika yang memang meminati craft, diy dan jahitan disinilah tempat yang sesuai untuk anda. Tak percaya? Meh tengok antara jenis-jenis produk yang mereka jual. Confirm korang cakap ....ohh..wow..macam-macam ada

Ribbon Polkadot 

 Felt Butterfly Applique Embellishent

  Shank Button Cute Girl

Butang Mickey Mouse

Butterfly Buttons Cute

 Polyester Felt

Doll Eyes 6mm

Button Flowers 14mm

 Felt Lembut Suku Meter

Ribbon 9mm Lollipop


 Felt Ladybug

 
 Acrylic felt Lembut Pack 25 Colour

 Polkadot Felt Pack2


Star Buttons 16mm

Black Brads 5mm


Itu sebahagian sahaja yang Cik Nor tunjuk, banyak lagi kat website Cik Nor bagi tu. Klik jer link yang Cik Nor bagi tu. Ada berita baik untuk korang pembelian RM100.00 ke atas ( di website sahaja) akan mendapat free postage. Barang-barang yang di order akan di pos setiap hari kecuali sabtu, ahad dan cuti umum. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 12.00 tengahari dan barang akan dipos pada hari yang sama. 

Untuk keterangan dan maklumat lanjut sila lawati :

Link website : asma-felt-box.com
Facebook : facebook.com/asmafeltbox

Wednesday, April 5, 2017

24 April 2017 | Cuti Umum


Assalamualaikum..

Alahai..tadi kemain panjang Cik Nor tulis entry tiba-tiba jer entry tu hilang macam tu jer. Rasa nak campak jer tablet ni tapi sayang la pulak sebab dia lah satu-satunya gadjet yang boleh Cik Nor cari makan. Nak menangis pun tak ada guna. Maka bertabahlah mengumpul idea untuk menulis kembali.

Minggu ni kecoh pasal cuti umum sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong. Yeayy.. bukan main seronok bila dengar cuti. Masa tu tak tengok kalendar lagi. Sekali tengok kalendar 24 April tu jatuh hari isnin. Ambik ko, hari ahad tu kerja. Maka berkuak lentanglah Cik Nor di rumah sewa. Nak cuti hari ahad tu, kan apa pulak kata staf lain. Bertabahlah Cik Nor dapat cuti 1 hari ditengah minggu. Haha

Negeri luar dapat 3 hari terus tapi Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis terus 4 hari sebab diaorang cuti sempena israk & mikraj. Wah..korang tak plan apa-apa ke dapat cuti panjang jarang-jarang sekali. Hehe. Mana tahu nak g berkelah ke, mandi laut ke? Eh..mana boleh mandi laut, laut tengah bergelora sekarang. Huhu

Apa pun plan korang jangan lupa jaga keselamatan diri dan juga keluarga. Malang tidak berbau. Pesanan ini dibawakan khas oleh Cik NorπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€


Monday, April 3, 2017

Wajik Pulut | Resipi


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya Cik Nor tak share resepi dengan korang. Resepi ni rumit sikit sebab banyak step. Cik Nor sebenar tak pandai jugak buat tapi tengok mak buat jer wajik pulut ni. Terdetik nak share resepi ni sebab 2 minggu lepas ada orang datang tempah untuk majlis kenduri kahwin. Kalau kat Kelantan wajik ni kami panggil nasi manis.hehe

Bahan-bahan:

5kg beras pulut
1kg santan
2 paket gula melaka
1 kg gula
Sedikit garam
Daun pandan

Cara-caranya :

1. Rendam beras pulut sekejap kemudian kukus sehingga masak. Dah masak sejuk kan dulu.
2. Kemudian masakkan santan, gula melaka, gula, daun pandan dan sedikit garam. Masak semua tu sehingga likat.
3. Kemudia masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau sehingga sebati dan angkat agak-agak kering.
4. Sejuk kan dan sedia untuk dimakan.

Nota : Maaf Cik Nor terpaksa guna sukatan yang banyak sebab tak tahu nak agak sukatan santan. Hehe. Gula dan gula melaka tu boleh dikurangkan kalau anda tak suka manis. Orang Kelantan kan suka makan manis-manis. Tengok Cik Nor manis kan. Haha. Gula melaka tu untuk membuatkan warna wajik coklat kehitaman..hitam itu menawanπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Sunday, April 2, 2017

8share | 2 dalam 1


Assalamualaikum..

Terasa rindu pulak nak menulis blog. Hihi. Amboi Cik Nor macam-macam pulak kan. Dah macam 10 tahun tak menulis blog. Padahal baru 2 hari tak menulis. Oppss..dah kantoi tak menulis blog setiap hari. Sebelum ni berazam nak updates blog setiap setiap hari. Sekurang-kurangnya 1 entry sehari tapi janji tinggal janji.huhu

Malas nak membebel panjang back to picture. Sebenarnya dah lama Cik Nor mengidam nak tebus mata 8share ni dengan voucher kfc. Tapi bila time nak redeem mesti out of stock. Hadeii.. hangin tau. Yang available cuma tshirt dan sticker. Tshirt dah redeem tempoh hari. Malas nak redeem tshirt lagi. Kalau design lain nak jugak. Demand kan Cik Nor. Sticker pun nak buat apa, tampal kat kereta? Macam tak ada apa fungsi jer.haha

Orang kata sabar itu indah. Cik Nor tunggu jugak sampai voucher kfc tu available. Dalam pada sabar tu cuak jugak takut mata tu expired. Sebab sebelum ni Cik Nor rugi 800 mata sebab expired dan tak tahu fungsi mata yang dikumpul. Hehe. Mesti korang tertanya-tanya apa bestnya 8share ni?

Meh Cik Nor story, selain korang dapat duit hasil kawan-kawan klik iklan yang korang share tu, ada mata untuk setiap sharing. Sekali sharing yag baru, mesti dapat 1 mata. Kalau time iklan banyak, satu hari korang mesti dapat lebih dari 10 mata. Berbaloi kan. Tu Cik Nor panggil 2 dalam 1. Duit dapat, mata pun dapat.  Mata boleh redeem dengan voucher kfc, starbuck, tshirt,  sticker dan macam-macam lagi. Rugi la siapa yang tak join. Cik Nor dah banyak kali jugak cash out pendapatan 8share walaupun tak banyak. Janji time korang kekurangan sumber kewangan 8share boleh membantu.

Nak join sini link dia : SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...