KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, March 22, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest


HAPPY BIRTHDAY TO LAZADA

selamat ulang tahun yang ke LIMA ( 5 ) buat LAZADA. Sungguh tak sangka dah 5 tahun Lazada bertapak di Malaysia. Cepat sungguh masa berlalu yer. Tup-tup dah 5. Bila erk kenal Lazada ni. Alamak lupa la pulak. Hehe. Sempena  Lazada Birthday Sale 22 – 24 March 2017, korang jangan lepaskan peluang untuk grab barang-barang yang korang idamkan selama ni. Ini kerana sempena Lazada Birthday ini potongan diskaun ditawarkan sehingga 90%. Wow...murahnya. Rugi tau kalau tak grab.

Jika korang seorang blogger jangan lupa sertai  “LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST”.  Wohaa.. banyak hadiah menarik yang ditawarkan. Rugi tau kalau tak join.


APA YANG AKU SUKA DENGAN LAZADA ?

Perghh.. soalan...cepu besi ni. hehe. Confirm lah jawapannya suka shopping online la. Just klik dan tengok harga. Kalau dah berkenan dengan barang dan harga just bayar. Tunggu barang sampai jer. Tak perlu keluar pergi kedai or shopping compleks. Jimat segala-galanya. Petrol, masa dan juga tenaga. Mudah sangat shopping kat Lazada ni, semua barang ada...gadget, living home, grocery dan macam-macam lagi barangan yang ditawarkan dengan harga yang paling murah dan mampu milik. Barangan yang ditawarkan sangat berkualiti dan servis yang ditawarkan memang tip top.

3 PILIHAN BARANGAN DARI LAZADA

Jom tengok barang apa yang masuk senarai impian Cik Nor untuk mendapatkannya. Tunggu harga runtuh dari Lazada.. terus Cik Nor grab..hehe


Yang pertama confirm lah laptop. Dah lama mengidam nak ada laptop sendiri. Tak dapat yang ni, dapat yang lain pun ok. Janji ada laptop sendiri. Senang nak blogging.
 


Yang ke-2 power bank. Bukan tak ada power bank langsung, ada tapi macam tak puashati sikt la. Faham-faham sahaja la bila ada power bank tak ada brand ni
 

Ini handphone idaman Cik Nor. Selama ni Cik Nor guna tab jer, susah la nak selfie. Kalau dapat handphone mesti cantik gambar selfie Cik Nor. opss.. bukan nak selfie sendirian tapi bersama barang-barang untuk di review.

 PENDAPAT SAYA UNTUK MENINGKATKAN LAGI LAZADA

Pada pendapat Cik Nor, Lazada patut mepertingkatkan lagi mutu perkhidmatan penghantaran barang kepada pelanggan. Ramai pelanggan mengadu barang yang di tempah lambat sampat atau menukar syarikat penghantaran cepat (kurier) yang lebih laju dan cepat. Lazada jugak perlu menambah produk supaya lebih banyak untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli-belah di Lazada. Jadi kan Lazada sebagai pusat shopping online terbesar di Malaysia dan di seluruh dunia. Atau mungkin Lazada mengeluarka produk sendiri yang berkualiti dan berjenama LAZADA MALAYSIA

UCAPAN SEMPENA BIRTHDAY LAZADA

Happy Bestday yang ke- 5 buat Lazada. Semoga Lazada lebih maju dan sentiasa memberikan diskaun kepada pelanggannya setiap masa. Moga Lazada menjadi pusat shopping online yang ternama di serata dunia.


Kepada kawan-kawan Blogger, jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk korang  merebut hadiah dari LAZADA.

Macam mana nak Join Contest dari Lazada?

Contest yang terbuka untuk para blogger ini sedang berlangsung 1 March sehingga 23 March 2017. Semakin ramai blogger yang join, semakin banyak dan lumayan hadiah Lazada tawarkan.
  Apa hadiahnya? Taraaa....lumayannya...:)

Kurang 50 Peserta (10 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 
Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 
Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang) 
1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 

Teruja tak??????
 
JOM KITA JOIN CONTEST NIE
ADA MASA LAGI 2 HARI YER !


KLIK SINI  CONTEST LAZADA 

Tuesday, March 21, 2017

Yeahaa..Traveloka Sale-abration! | Don't Forget

Assalamualaikum

Alahai..bila dengar cerita-cerita pasal travel ke bercuti ke memang sesuatu yang orang ecited nak tahu. Betul tak korang? Tambah-tambah pulak ada promosi yang balo memang berbaloi. Tak baik tau tahu sorang-sorang jer. Meh kita share bersama-sama agar nikmat kita dapat nikmati bersama. Betul tak? hehe. Yeahaaa.. THE TRAVELOKA SALE-ABRATION! Jangan lupa tau!
First time buka laman web TRAVELOKA, terpandang  THE TRAVELOKA SALE-ABRATION!Its Interesting! Mana boleh tunggu-tunggu lagi dah  macam travel fair tapi ini online travel fair. Kepada kaki-kaki travel Cik Nor harap mereka tak lepaskan peluang kemasan ini untuk penuhi cita-cita mereka untuk travel ke luar negara dengan kos yang memang bebaloi. Jom kita survey THE TRAVELOKA SALE-ABRATION ni. Mana tahu kot-kot tersangkut... Harap tak terlepas peluang ini.. rugi sangat kalau terlepas.

Dah kenapa Cik Nor ni  sibuk suruh orang survey  THE TRAVELOKA SALE-ABRATION? Bukan apa tau, korang tahu kan TRAVELOKA adalah sebuah laman web travel dengan kemudahan menyeluruh terbaik, harga terbaik dan harga jujur! TRAVELOKA memberikan penyelesaian secara menyeluruh di mana korang boleh menempah tiket penerbangan dan hotel murah di Asia Tenggara dan pada masa yang sama dengan penjimatan hebat. Harga yang ditawarkan pula adalah merupakan harga paling kompetitif untuk segala tiket dan hotel di Asia Tenggara. Apa yang best ialah  tiada caj sampingan, apa yang korang lihat itulah yang korang akan bayar.


Kerja Cik nor sekarang banyak jugak berkaitan dengan urusan tempahan tiket penerbangan staf-staf di tempat kerja Cik Nor. Oleh yang demikian Cik Nor tahu la sedikit sebanyak berkaitan urusan tempahan untuk bercuti. Mana yang ok dan mana yang tak Cik Nor dah tahu. So, Cik Nor nak ajak korang untuk sama-sama membuat tempahan tiket penerbangan, serta hotel untuk percutian korang melalui laman web travel TRAVELOKA ni.



Banyak sangat manfaat yang korang akan perolehi kalau korang memilih TRAVELOKA sebagai agensi percutian atas talian korang :
Transaksi Dalam Talian Yang Selamat
Keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh RapidSSL yang sah. Terima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam e-mel korang.
Hasil Carian Yang Paling Meluas
Perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah tidak pernah semudah ini. Cari hotel terbaik dari bajet hingga ke hotel 5 bintang, dan jenama seperti Tune Hotel, Ibis Hotel dan juga syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Tigerair, Firefly, AirAsia dan banyak lagi.
Kad Saya, Penempahan Pantas, Pembayaran Selamat
Jimat masa dengan mendaftar butiran kad korang sekali sahaja untuk tempahan akan datang. Jangan risau! Maklumat kad korang dilindungi sepenuhnya untuk keselamatan data.
Khidmat Pelanggan 24/7
Korang memerlukan bantuan? Jangan nak panik. Tengah-tengah malam pun boleh. Korang boleh hubungi pihak khidmat pelanggan TRAVELOKA melalui e-mel, telefon atau perbualan langsung.
Urus Tempahan Dalam Talian Anda
Log masuk untuk mengakses e-tiket / baucar hotel pada semua peranti korang, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian.

Jangan Lupa tau!!! Ingat betul-betul dan save dalam reminder telefon pintar korang supaya tidak ketinggalan sesuatu yang besar yang menanti korang. Tawaran berbaloi-baloi ini mula menemui korang pada 10 Mac sehingga 31 Mac 2017 untuk semua destinasi domestik dan juga antarabangsa. Kalau tak nak rugilah... jangan kata Cik Nor tak payung yer.Hehe. Baik kan Cik Nor share dengan korang pasal Traveloka ni. THE TRAVELOKA SALE-ABRATION bukan sekadar tawaran terbaik, berbaloi-baloi untuk semua tetapi termasuklah juga member-only discount (yang ni pasti lagi terbaik tawarannya kan?). Kepada yang mengimpikan percutian idaman tu bolehlah ambil peluang keemasan ni untuk mengabulkan impian korang yang masih belum tertunai tu.

Oklah..Cik Nor nak survey untuk percutian Cik Nor yer. Korang jangan lupa tau! THE TRAVELOKA SALE-ABRATION bermula pada 10 - 30 MAC 2017. Jangan nanti bila dah habis promosi korang pula terasa menyesal tak sudah. Bai bai

Untuk Maklumat Dan Informasi Lanjut:

Laman Web TRAVELOKA
Laman Facebook TRAVELOKA
Laman Instagram TRAVELOKA
Laman Twitter TRAVELOKA
Laman G+ Traveloka

Sunday, March 19, 2017

Nahu Rindu


Assalamualaikum..

Minggu lepas minggu akhir bagi drama Nahu Rindu. Kita punya lah tunggu ingatkan happy ending tapi sad ending rupanya. Drama ni tak sepopular drama patahnya sebelah sayap. Tapi boleh layan. Huhu

Masa episod ke berapa eh, Cik Nor lupa pulak, ingatkan  Fateh dah nak meninggal tapi rupanya makin sembuh. Yang paling mengejutkan bila Nazira pengsan, ingatkan dia pengsan sebab mengandung. Tapi rupanya dia ada penyakit kronik yang semua orang tak tahu.huhu. Tiba-tiba sahaja meninggal di akhir episod.

Apa yang Cik Nor tak puashati kenapa Ustaz Ridzuan tiba-tiba berhenti mengajar dari madrasah. Betul-betul rahsia tu. Tiada siapa yang tahu. Abang Nazira tu memang dari awal lagi ke ada sakit mental. Tengok muka macam baik dan take care pasal Nazira semasa kehilangan Kasyaf. Itu semua sementara, rupanya dia ada udang di sebalik mee. Hehe

Cik Nor dapat bagi 3/5 untuk drama ni. Boleh layan tapi tak se best Patahnya Sebelah Sayap. Hehe 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...