KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, March 18, 2017

Sampel Percuma Anlene

Assalamualaikum..

Ingat dalam hati nak updates blog hari-hari tapi apakan daya banyak halangan yang menghalang. Hehe. Halangan tu korang tak perlu tanyalah. Korang mesti tahu lah bila Cik Nor balik kampung. Hihi. Sekarang musim cuti sekolah, korang tak balik kampung ke?

Dah lama sebenarnya Cik Nor dapat sampel susu anlene percuma ni tapi kena dahulukan job review dahulu la. Hehe. Cik Nor tahu dari mana pasal sample percuma susu anlene ni. 2 3 minggu lepas kot Cik Nor belek-belek facebook then terpandangla status blogger Mama Jue suruh isi form kalau nak sample susu anlene ni. Cik Nor apa lagi bila dengar barang free cepat-cepat la isi. Hehe. Siap isi kat adik-beradik lagi. Dah nama percuma siapa tak nak oiii..hihi

Wah tak sangka...bila dah cuba susunya. Sedapnya..rasa vanila dan krim bersatu menjadikan ia lebih berkrim dan lemak. Mula lah rasa teruja nak beli anlene yang diperbaharui ni. Korang yang nak rasa kelainan susu anlene ni jangan lupa dapatkan di pasaran.

Apa-apa pun terima kasih buat mama jue a.k.a mamajue.com sebab bagi link sample susu anlene percuma ni. Kalau tak, memang Cik Nor  tak merasa la susu anlene yang diperbaharui ni.hehe


Thursday, March 16, 2017

Ini Baru Betul Meroket


Assalamualaikum..

Kemain tajuk entry Cik Nor kali ni. Ada roket-roket giteww. Korang hadoo.. tak hadoo kan? haha. Sejak google chrome bermasalah kat tab or phone Cik Nor jadi masalah nak updates blog. Tulisan jadi kecil. Ko dah kenapa chrome? Merajuk dengan siapa sebenarnya? Ke ko kena sumpah?haha

Dah-dah.. back to the entry la Cik Nor.Sebenarnya Cik Nor join segmen oleh Bro Hasrul Hassan. Entry yang Cik Nor join tu kat SINI. Tajuk Segmen tu Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket. Cik Nor join last minute dah. Lagi 2 jam nak tamat baru join. Nasib sempat. Alahai..hehe

2, 3 hari jugalah dok tengok traffic blog. Aikk.. Bro HH ni biar betul ke? Tak ada perubahan pun trafik blog. Sama je. Tak ada roket-roket pun. haha. Lepas tu tengok dia updates kat FB rupanya 13hb baru dia lancarkan roket untuk blog Cik Nor. Perghh.. memang betul-betul meroketlah.. Setengah hari dah cecah 1k. Teruja sangat masa tu. Mana taknya trafik blog nak capai 1k penat sangat. merangkak tu pun belum tentu capai. 

Apa-apa terima kasih Bro HH kerana meroket trafik blog Cik Nor. Lain kali jangan lupa anjurkan lagi. hihi Buat hari-hari pun ok jugak.haha

Tuesday, March 14, 2017

Jatuh Cinta Rasa Pertama| Susu Kambing Vachoc I-Sihat


Assalamualaikum..

Korang suka minum susu kambing tak? Tak? Ok sep kita geng. Hehe. Tu dulu la tapi sekarang tidak la setelah Cik Nor diperkenalkan dengan susu kambing produk dari i-sihat. Mula-mula nak minum tu ragu-ragu jugak takut bau hamis. Sangkaan Cik Nor meleset sama sekali. Tidak ada sedikit pun bau hamis, malah rasanya lebih sedap apabila susu kambing bercampur dengan coklat dan vanilla. Walaweh..kenapa baru perkenalkan kat Cik Nor. Kalau tahu susu kambing sedap macam ni sekali memang dari awal Cik Nor peminat tegar susu kambing.

Perisa coklat vanila sudah semestinya menjadi pilihan Cik Nor. Hantu coklat memang sukar untuk dipisahkan.hehe. Gabungan rasa coklat dan vanila serta 10 makanan seperti folate, DHA & ALA, iron, calcium, protein, minerals, zinc, energy, vitamin A, B, C dan omega 3, 6, 9 menjadikan rasanya lebih walla. Sekali cuba,berkali-kali nak minum Cik Nor habaq.



Korang tahu tak apa khasiat susu kambing ni? Apa tak tahu? Meh sini Cik Nor terangkan.

1. Menambahkan tenaga dan stamina tubuh badan
2. Meningkatkan daya ketahanan badan ( imunisasi) dan fungsi tulang, gigi, otot, srl kulit serta saraf.
3. Baik untuk penghadaman dan usus
4. Meningkatkan daya ingatan, kepekaan dan kecerdasan minda (IQ-EQ)
5. Bersifat alkali, mudah hadam, tidak menyebabkan alahan
6. Menjana lebih banyak susu ibu yang berkualiti.
7. Membantu masalah kulit & membuat kulit lebih cantik, cerah serta sihat.
8. Mencegah anak dari demam kuning, ekzema, sembelit dan pembentukan lendir.
9. Untuk kesuburan pasangan yang telah berkahwin
10. Membantu penyerapan kolestrol dan sistem penafasan
11. Membantu pengidap penyakit seperti gastrik, ulser perut, insomia, obesiti, kolestrol berlebihan, sakit sendi, tulang rapuh, alzheimer, menopous, adropaus, asthma, sakit kulit, resdung lendir berlebihan, deman selsema, kencing manis, jantung, HIV/AIDS dan lain-lain.

Seandainya korang ada masalah di atas meh la kita cuba minum susu kambing dari i-sihat ni. Mana tahu dengan izin Allah masalah tu selesai. InsyaAllah..

Opss.. lupa nak bagitahu cara bancuhnya. Senang jer..tak perlu air panas just guna air suam or air sejuk. Kalau guna skop, masukan 4 skop (30g) ke dalam 200ml air suam atau air sejuk. Kalau guna sachet..satu sachet untuk satu cawan. Nak guna shaker pun boleh tapi air letak sikit jer yer. Nanti hilang rasa kaw susu kambing tu. Nak sedap lagi boleh tambah ais. Yummy...ikut citarasa sendiri yer. Hehe

Bila boleh minum susu kambing ni? Kalau Cik Nor satu cawan waktu pagi dan 1 cawan waktu malam. Jangan tak tahu 1 cawan ni cukup keperluan dan sumber tenaga tubuh badan kita untuk kekal sihat dan cerdas.

Kalau korang tak suka perisa coklat vanila atau  premium berry jangan risau perisa asli. Dijamin sedap dan berkhasiat. 

Korang jangan bimbang susu kambing dari i-sihat ni rasanya lazat, 100% organik, kaya dengan nutrisi, tanpa bau hamis dan paling penting tanpa perasa dan pewarna tiruan.


Tak suka jugak perisa asli dan coklat vanila jangan bimbang perisa premium berry ada. Perisa premium berry diperkaya dengan minuman kolagen serta 15 bahan aktif semulajadi dan terbaik dari seluruh dunia.

Lupa nak bagitahu susu kambing ni sesuai untuk :
*  bayi 6 bulan ke atas dan kanak-kanak
* pelajar sekolah & universiti
* dewasa dan warga emas
* wanita mengandung dan menyusu anak
* pasangan ikhtiar hamil
* sesuai untuk seisi keluarga
* untuk mereka yang cintakan kesihatan


Tiada ketetapan masa untuk menikmati susu kambing dari i-sihat ni. Di waktu petang pun boleh diminum bersama dengan makanan kegemaran anda. Suka kan?hehe

Jom tengok testimonial mereka yang telah mengamalkan susu kambing dari i-sihat ni. Amboi-amboi Tun Mahathir, Datin Maznah, Nasir Bilal Khan, Mira Filzah dan ramai lagi  selebriti tanah air yang menggemarkan susu kambing dari i-sihat ni. 








 

Pengalaman Cik Nor sendiri setelah hampir seminggu mengamalkan susu kambing dari I-sihat memang mengujakan. Cik Nor kan tengah diet sekarang. So malam Cik Nor dah tak makan nasi dah. Sebelum ni Cik Nor minum cereal dengan biskut je tapi still lapar jugak. Bila dah kenal susu kambing dari I-sihat ni tidur malam sangat lena walaupun hanya dengan secawan susu kambing perisa vochoc dan beberapa keping biskut sayur.  Tak percaya? Cubalah sendiri dan rasai sendiri perbezaannya.


Dah bebel panjang-panjang ni lupa nak bagi contact i-sihat ni : 

Web : www.isihat.com.my

Careline : 019-2020911

FB : I-sihat Susu Kambing HQ

IG : www.instagram.com/isihat_susukambing_hq

CARELINE: 019-2020 911C
WEB: www.isihat.com.my
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2017/03/Jatuh-Cinta-Pada-I-Sihat-Susu-Kambing-Vachoc-Kami-Berjodoh.html?showComment=1489395870218#c8942046534196719383
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2017/03/Jatuh-Cinta-Pada-I-Sihat-Susu-Kambing-Vachoc-Kami-Berjodoh.html?showComment=1489395870218#c8942046534196719383

Sunday, March 12, 2017

Hadiah Lagi..Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Haishh..banyak betul entry tertangguh 2 3 hari ni. Bukan busy kerja tapi tuan blog ada penyakit M. Haha. Tapi macam-macam mana sekali pun Cik Nor kena langsaikan jugak minggu ni. Coming soon penuh dengan entry job review. Bertabahlah korang membaca entry job review di blog Cik Nor. Hihi

Udah-udahlah  merapu Cik Nor oii. Tudung bawal kat aras tu  Cik nor dapat dari blogger mummy Alin sempena menang Giveaway yang dia anjurkan. Tak sangga jugak menang sebab join tu nak memeriahkan keadaan jer.Alhamdulillah... ingat nak letak link Mummy Alin tapi sejak google bermasalah nak tulis blog terpaksalah letak macam ni jer....www.azlindaalin.com. Biasa senang orang tekan link Cik Nor bagi terus ke blog tersebut.huhu

Yeayy dah pakai. Cantik tak? Senang dan mudah terbentuk. Abaikan muka tuan blog yang dah bulat dan penuh satu gambar.haha.


Hadiah kedua iaitu keychain Cik Nor dapat dari Suria Amanda a.k.a www.suriaamanda.com sempena top 3 pengomen tegar di blog dia. Ini kali ke 2 Cik Nor dapat hadiah dari dia. Sebelum ni Cik Nor dapat keychain dari Medan, Indonesia. Wow, makin bertambahlah koleksi keychain Cik Nor. Nak kena buat tempat khas ni untuk keychain-keychain yang Cik Nor terima.

Apa-apa pun terima kasih atas hadiah yang diberikan. Moga lain kali dapat lagi. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...