KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, March 4, 2017

Ingatkan Rosak....

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum

Dah lama betul Cik Nor tak cerita pasal mr. Purple sejak dia kena langgar lari 2 tahun lepas rasanya. Hehe. Nak buat macam mana orang berkenan dengan bontot mr. Purple Cik Nor terus la di cium dan yang paling tak best dah la cium tanpa kebenaran, lari pulak tu. Nasib la tak teruk mana tapi Cik Nor doakan moga kereta yang cium bontot mr. Purple Cik Nor dicium oleh kereta lain lebih teruk lagi. Jahat kan. Haha

Dah-dah, Cik Nor nak cerita pasal lain sebenarnya.hehe. Dah 2 3 minggu jugak bawak kereta, stereng kereta macam berat jer. Cik Nor buat tak peduli jer. Mungkin angin kurang kot. Cik Nor tak arif sangat pasal kereta ni. Tahu naik dan isi petrol jer. Haha. Segala isi perut kereta jangan tanya, satu benda pun tak tahu.  Sekali kakak pula drive kereta Cik Nor, dia tanya kenapa stereng berat. Cik Nor cakap mungkin angin kuranf kot. Dia cakap tak mungkin, nampak tayar ok jer. Cik Nor dah cuak, suruh adik check minyak untuk stereng. Baru Cik Nor tahu myvi automatik tak guna minyak stereng tapi menggunakan electronic power stereng(eps).

Akibat terlalu cuak, Cik Nor telefon produa services tanya dia apa masalah.  Pegawai kat perodua tak dapat bagi jawapan kecuali Cik Nor bawak kereta pergi check. Hari Cik Nor bawa la mr. Purple untuk pergi check mana tahu ada sakit serius. Tengah menunggu tu, mekanik perodua panggil Cik Nor, ingatkan mr. Purple ada sakit yang serius rupanya tidak. Diaorang dah check semua, ternyata tiada masalah. Cuma kurang angin jer. Cakap kat dia kenapa simbol eps tu lambat padam setelah enjin di start. Dia kata tu normal. Kalau tak normal bila simbol eps tu menyala tak padam-padam. Oo..baru Cik Nor tahu..hehe. dah termalu disitu sebab tak tahu tengok angin kereta.haha

Tapi moral of the story kalau tak tahu sangat pasal kereta jangan pandai-pandai buat andaian sendiri. Lebih baik serah pada yang pakar. Satu lagi kalau boleh, jangan pergi check kereta di bengkel yang kita tidak ketahui apa kelebihan dan kelemahannya. Nanti tak pasal-pasal kereta tak rosak tapi duit melayang sebab macam-macam yang ditukarnya. Betul tak? Tadi pun Cik Nor kena bayar rm21.20 sahaja untuk check masalah kereta.

Korang pernah ada masalah kereta macam Cik Nor tak?

Thursday, March 2, 2017

Ary Malik Dan Dato Jins Shamsuddin Dalam Kenangan

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum...

Semalam kita dikejutan dengan berita kehilangan pelakon, penyanyi dan pengacara iaitu Ary Malik buat selama-lamanya kerana kanser ovari tahap 4. Beliau tiba-tiba koma dan menghembuskan nafasnya yang terakhir juga dalam keadaan koma setelah beberapa hari dimasukan ke hospital. Sungguh mudah beliau pergi menemui Penciptanya.

Ary adalah kepada penyanyi Min Malik. Min telah lama menyepi setelah mendirikan rumah tangga. Ary pun baru sahaja membuat come back menerusi Master Chef Malaysia. Suka sangat tengok beliau dalam program tu. Sentiasa ceria dan senyuman tak pernah lekang dibibir. Rupanya dalam keceriaannya itu ada duka yang orang lain tidak mengetahuinya.

Sumber dari google.

Sehari selepas pemergiaan arwah Ary Malik, kita dikejutkan dengan pemergian aktor tersohor Dato Jins Shamsuddin buat selama-lamanya keranak sesak nafas. 

Masih ingat lagi filem lakonannya Tiada Esok Bagimu. Memang menyentuh hati dan perasaan setiap kali menonton filem tersebut. Filem-filem yang beliau lakon memang berkesan dan sentiasa menjadi ingatan setiap peminat beliau.

Al-fatihah...semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..aamiin

Wednesday, March 1, 2017

Ingatkan Shuib Sepahtu Kahwin Lagi...

Gambar ambik dari google.


Assalamualaikum...

Kalau hari sabtu kecoh pasah Jep Sepahtu kahwin dengan Sari Yanti. Malam tadi penuh timeline kat facebook, tengok Shuib Sepahtu bersanding. Cik Nor pun rasa pelik jugak. Tak kan lah Shuib kahwin lagi. Anak pun dah 2 orang, Cik Nor tengok bahagia jer.

Rupanya sangkaan Cik Nor tu meleset. Tengok gambar eh..Sarah Raisuddin kat sebelah. Shuib menyatakan hasratnya untuk bersanding sekali lagi bersama Sarah Raisuddin sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke -6 kalau tak silap Cik Nor. Hehe. Aduhh..sweet nya kalau dapat suami macam ni. Confirm wife sayang lebih ni.

Bagi Cik Nor bagus juga buat majlis macam ni sempena ulangtahun perkahwinan. Ini boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri walaupun dah lama berkahwin. Ni idok sesetengah pasangan tu tarikh kahwin pun tak ingat.hihi

Amboi Cik Nor lebih-lebih pulak, macam lah dia dah kahwin. Kemain komen orang punya. Huwaa..doakan Cik Nor cepat kahwin. Nak la jugak sweet macam korang yang dah kahwin. Jeles tau tengok korang bahagia bersama pasangan masing-masing.

Nak jugak sanding atas pelamin macam Shuib dan Sarah Raisuddin. Cantik kan pelamin diaorang tu? Agak-agak korang berapa kos dia erk? Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...