KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, February 16, 2017

Kalau Tak Mampu Jangan Jadi Penaja

Gambar hiasan

Assalamualaikum...

Wah..malam ni terpanggil pulak untuk menulis pasal penaja yang tidak tunaikan janji. Masa GA atau segmen belum bermula, kemain nak taja itu ini. Syarat dia kemain banyak. Folliw blog, ig, fanpages dan macam-macam lagi.

Mana-mana blogger yang join GA or segmen tu follow la semua syarat. Tak ada satu pun skip. Eh..macam kata diri sendiri jer.hihi. ye lah..nanti penganjur check tak ikut syarat nanti tak dapat hadiah. Betul tak?

Masa yang ditunggu pun tiba untuk pengumum pemenang. Excited kan bila tahu kita menang. Tang-tang tu jugak nak hantar detail kepada penganjur supaya bagi kepada penaja. Ye lah nak dapat hadiah cepat. Hurmm.. penaja pulak buat hal. Ada yang diamkan diri dan buat macam tak ada apa-apa janji. Banyak kali dah kena macam tu. Tapi Cik Nor malas nak besarkan dan panjangkan cerita. Cik Nor bukan taksub sangat nak hadiah tu. Kalau dapat itu kira rezeki Cik Nor. Kalau tak dapat.. maknanya tiada rezeki Cik Nor.

Nasihat Cik Nor kepada para penaja GA or segmen kalau tak mampu jangan jadi penaja. Kesian blogger yang menang mengharap untuk dapat hadiah tapi kekecewaan yang diorang dapat. Cik Nor juga pernah menjadi penaja tapi Cik Nor tanya dulu apa yang boleh ditaja. Kalau sesuai dengan budget Cik Nor teruskan. Kalau agak-agak membebankan awal-awal lagi Cik Nor tarik diri. So, sebelum jadi penaja nilai dulu kemampuan kewangan kita. Takut nanti mengewakan orang  lain dan mungkir janji.

Wednesday, February 15, 2017

Nasib Tak Kena Tipu


Assalamualaikum..
Macam mana nak mula Cik Nor pun tak tahu. Rasa macam masih bingung lagi ni. Tahu kan Cik Nor dah start berniaga balik. Cik Nor kalau berniaga mesti masuk kan iklan kat mudah.my.  Nak di jadikan cerita iklan tu dah lulus. Tiba-tiba ada nombor dari luar negara whatsapp tanya pasal tudung. 

Cik Nor layankan aje sebab customer mesti di utamakan. Dia cakap nak beli 5 helai tudung. Nak hadiahkan kepada kawan dia kat Sabah. Kononnya nak buat suprise la. Cik Nor on je. Orang nak beli..Kita apa lagi. Excited la. Malam tadi dia dah nak buat pembayaran tapi line internet slow so, dia cancel dulu. Tiba-tiba hari ni dia berjaya membuat pembayaran tetapi bayarannya terlebih. Cik Nor dah cuak tengok amount yang tecatat dalam email.


Cik Nof macam dah pelik, so balas whatsapp dia tanya lah kenapa transfer RM600. Dia cakap harga tudung yang Cik Nor bagi tu kecil nilainya, tak boleh nak transfer. Eh.. kat situ Cik Nor dah pelik..suka hati kita la nak transfer berapa kan. Duit kita..tak kan bank nak halang kan? Tak tahu la kalau kat oversea tak boleh. 

Dia whatsapp lagi katanya Cik Nor kena dahulukan bayaran sebanyak RM480.00 baru transfer tu diluluskan. Eh. Apa kes ni. Aku tak dapat duit sesen tiba-tiba nak kena bayar kat dia. Kalau RM10.00 tak per la. Ni RM480.00...zaman gawat ni tiba-tiba senang jer nak bagi orang. Giler ke haper?  Masa dia dok suruh bayar tu Cik Nor teringat kes exroomate Cik Nor dulu. Apa lagi...whatsapp dia tanya. Dia kata ignore kan saja. Kita bukan dapat duit pun dari dia. 

Cik Nor bukan tanya dia seorang tapi ramai orang. Semua cakap jangan layan tu tektik dia nak menipu kita. Serik nak berniaga kalau macam ni.huhu. 

Kalau korang kat tempat Cik Nor apa korang buat?

Tuesday, February 14, 2017

Tudung Bawal 3D


Assalamualaikum

Dah lama kan Cik Nor tak berniaga tudung. Rasa macam bosan tak berniaga. So, Cik Nor start balik la. Hehe. Cuba-cuba cari pasaran dulu. Dah lama tak buka kedai. Customer pun dah beralih arah gamaknya. Harap-harap tak lah yer. InsyaAllah...


Cik Nor start dengan tudung bawal  ni dulu lah yer. Banyak lagi yang terkini. Cuma korang kena tunggu lah yer. Cik Nor akan buat entry untuk setiap tudung yang terkini. Korang jangan risau lah yer.hehe


Tudung bawal 3d yang Cik Nor jual ni bidangnya 45. Kita stardard la ni. Tak besar dan tak kecik. Kira ok-ok jer la.







Sebenarnya Cik Nor saja jer masuk kan banyak gambar supa senang customer nak tengok corak dengan lebih jelas. Mana yang manarik dan berkenan dihati jangan lupa contact Cik Nor.

Whatsapp/sms/call : 0199791081
Fb: puteri.impianshop
Ig: ciknor80

Sunday, February 12, 2017

Bawa Bekal Atau Makan Dikedai?

Gambar ambik dengan pakcik google.

Assalamualaikum..

Sejak ekonomi gawat ni, jarang bebenor Cik Nor makan kat luar di waktu lunch. Bukan kedekut tapi amat jimat kalau kita masak sendiri di rumah. Bukan Cik Nor reka-reka cerita yer. Ini adalah kisah benar dari pengalaman Cik Nor sendiri.

Memang tak dinafikan kalau kita bawa bekal, masa lunch makanan yang kita bawak tu dah sejuk. Tapi Cik Nor tak kisah sebab kita tahu makanan tu kita masak sendiri dan tahu condition makanan tersebut. Cik Nor biasa start masak jam 6.30 pagi dan siap dalam 7.15 pagi. Cik Nor masak simple sahaja. Janji nasi tu ada partner dia lauk dan sayur. Lauk tu ikan masin pun Cik Nor tak kisah. Hehe

Kat mana jimatnya Cik Nor oii? Meh nak tolong kira kan. Korang g pasar seminggu sekali sebab nak beli lauk dan sayur yang fresh. Korang beli sayur rm1.00 seikat. Bukan korang habiskan untuk sekali masak jer kan. Mesti dua kali sebab korang masak untuk seorang. Jimatkan kat situ. Kalau beli lauk contohnya ikan 1kg. Bukan korang 1kg kan, paling tidak pun korang masak seekor jer untuk korang bawak bekal. Balancenya korang boleh masak sehingga gaji pun boleh.hihi. Biasa Cik Nor beli sayur or lauk kat kampung. Nanti kalau sayur atau ikan tu banyak sangat boleh lah tinggal kat mak. Kat kampung tak apa, ramai orang. Kat rumah sewa tak boleh bawa banyak-banyak takut membazir.

Kalau korang makan kat kedai, start dengan breakfast lepas tu  lunch dan last sekali dinner. Korang try kita contohnya breakfast paling murah RM2.00, lunch paling murah RM7.00 dan dinner RM3.50. Try korang tambah semua tu then g beli lauk dan sayur, tengok berapa lama bahan-bahan tu bertahan? Lamakan? Lebih kurang 3 atau 4 hari jugak kan.

Tu pada pendapat Cik Nor jer, terpulanglah kepada korang. Antara rajin dan malas jer sebenarnya. Hehe. Cik Nor dulu pun malas jugak. Tapi bila tengok ekonomi kian gawat ni terpaksa rajinkan diri untuk berjimat. Janji lepas hutang, aman rasanya hidup.hehe. 

Korang tak per makan kat kedai, gaji besau. Cik Nor gaji ciput jer...alhamdulillah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...