KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, February 11, 2017

Selamat Hari Lahir Nur Izzah Athirah

Assalamualaikum..

Semalam last minute buat majlis harijadi anak buah Cik Nor yang ke 15. Pagi-pagi kakak dah kejut supaya teman dia pergi pasar. Dengan terpaksa bangun lah Cik Nor. Hehe. Ingat hari minggu nak bangun lewat sikit, almaklumlah hari cuti kan. Bila lagi nak bangun lewat. Kihkih. Opps..kantoi kalau bakal mak mentua baca blog Cik Nor.haha

Keluar rumah bukan main awal tapi balik rumah dekat pukul 12.00 tengahari jugak. Cari barang untuk masak dimajlis hati jadi dan sambil-sambil tu tunggu anak buah balik tuisyen. Sempat la shopping apa yang patut.hehe


Balik dah lewat, then ready untuk masak tengahari. Dah penat tu rehat dulu kejap. Ingat mak dah start buat kuah laksa. Untuk pengetahuan semua, family Cik Nor decide buat laksa dan laksam jer. Laksa dan laksam kami beli yang dah siap, just siap kuah kat rumah. Alahai mahal nya barang-barang sekarang ni. Santan pun dah RM11 sekilogram.  Start buat kuah pukul 3.00 petang, dekat pukul 5.00 petang jugaklah baru siap. Tu pun buat berdua dengan mak jer. Mak buat kuah laksa Kelantan manakala Cik Nor buat kuah laksa penang. Kuah laksa kelantan yang mak buat confirm sedap. Yang Cik Nor buat tu jangan tanya la..hihi


Dah siap tu dalam pukul 5.30 petang majlis bermula. Jemputannya hanya jiran-jiran tetangga. Alhamdulillah laksa dan laksam yang kami sediakan 10kg tinggal sikit jer. Hehe. Di samping laksa dan laksam kami juga sediakan kek, nugget dan fries.  

Apa-apa pun selamat hari lahir yang ke 15 buat Nur Izzah Athirah aka kakak semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang solehah. Maafla kakak, acik tak sempat nak ready kek SR untuk kakak. Hehe

Friday, February 10, 2017

Apa Cerita King Coco Sekarang?

Gambar ambik dari pakcik google

Assalamualaikum..

Wah lama sungguh tak dengar cerita terkini tentang king coco. Apa cerita dia sekarang erk? Tu la muka King Coco yang korang nak kenal selama ni. Gambar tu Cik Nor ambik dari pakcik google. Hehe. Dengar-dengar cerita dia dah pregnant. Berapa bulan tu tak tahu la. Yang pasti dia dah pregnant. Hehe. Apa pun doakan yang terbaik untuk dia. Harap-harap anak dia nanti  tak de lah cakap slang omputih macam dia. Jangan jadi omputih celup.hehe

Wah kemain hot lagi orang perkatakan pasal dia jadi artis undangan dalam rancangan meja bula sepahtu. Perghh..dia punya slang omputih memang mengalahkan Mat Dan.  Mat Dan tu kalau dia cakap dia orang Terengganu memang orang percaya lah. Dia punya slang Terengganu tu pekat sangat. Suka sangat tengoj rancangan dia kat Astro. Semuanya dalam bahasa Terengganu.

Berbalik kepada King Coco tadi, yang tak tahan dalam rancangan meja bulat sepahtu, si Shuib pandang tempat lain nak gelakkan King Coco. Yang si Rahim dan Jep muka cover gelak. Adoii. Mat Dan lagi la. Dia menyampah sebenarnya tapi layankan ajer.haha

Walau dimana kita berada jangan lupa bahasa ibunda anda. Jangan lupa budaya kita. Kita orang timur jangan utamakan bahasa asing kecuali melibatkan kerja yang berkaitan dengan orang asing. Saya bangga jadi rakyat Malaysia.😀😀😀

Wednesday, February 8, 2017

Resepi Fetuccini Carbonara Versi Cik Nor


Assalamualaikum

Hari ni macam tiada idea nak tulis apa. So, jom Cik Nor share dengan korang resepi express bagi orang malas tapi nak makan.hehe

Resipi Fetuccini Carbonara

1 paket fetuccini 
1 tin sos carbonara prego
2 ulas bawang merah dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
Sedikit isi ayam/ sosej ( masukan kesemuanya ok jugak)
1 sudu minyak zaiton
1 sudu minyak masak 
Garam dan perisa tambahan secukup rasa

Cara- caranya:

1. Rebus fetuccini sehingga lembut ( jangan lupa masukan sedikit minyak & garam) 
2. Panaskan minyak zaiton, kemudian tumis bawang merah & bawang putih. Dah naik bau masukan isi ayam / sosej. 
3. Agak-agak dah masak isi ayam/ sosej masukan sos carbonara prego mengikut kemahuan anda. Cik Nor masuk separuh jer sebab Cik Nor rebus separuh jer.
4. Kalau agak pekat boleh masukan sedikit air. Kalau nak lebih sedap bolehla tambah garam dan perisa tambahan. Kawan Cik Nor suggest supaya letak lada hitam. Ada rasa pedas-pedas sikit.
5. Agak-agak dah sedap dan masak..jom kita makan. Mudahkan resipi orang malas macam Cik Nor. Hihi

Tuesday, February 7, 2017

DotCom vs BlogspotDotCom



Assalamualaikum..

Sekarang ni ramai blogger menggunakan domain sendiri. Alah yang ada dotcom kat belakang tu. Nampak gah sikit kalau guna domain sendiri. Kalau blogspot macam Cik Nor guna ni apalah sangat. Orang pandang gitu-gitu jer.hihi

Kalau guna domain sendiri ni banyak kelebihannya. First sekali orang mudah nak ingat. Contohnya CikNor. Com. Cewahh gitu. Perasan kejap.hehe. Bila orang search kat carian google confirm blog kita terus keluar. First ranking di carian google wa cakap lu. Hehe. Satu lagi pr lebih percaya untuk menggunakan khidmat blogger ada domain sendiri kerana mereka yakin akan keberkesanan  untuk mempromosi sesuatu produk atau barangan. Korang boleh tengok sendiri ramai blogger yang ber domain sendiri mendapat job berbayar berbanding yang ber domain blogspot.

Cik Nor masih setia untuk menggunakan blogspot.hehe. Rakyat marhein macam Cik Nor ni masih belum mampu untuk membayar fee tahunan.hihi. Cik Nor bukan tak tukar domain tapi kan Cik Nor ni part time blogger. Kadang-kadang tu blog tak updates hampir seminggu. Macam tak berbaloi jer bayar mahal-mahal. Ramai jer blogger yang menggunakan domain blogspot yang berjaya contohnya Cik Epal. Siap jadi duta nuffnang lagi. Hehe.

Tak kisahlah korang guna domain free or berbayar yang penting korang rajin. Rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk.  Mungkin kita tak di pandang secara umum tapi secara private ada yang memandang blog kita. Macam zalora yang sentiasa berkolaborasi dengan Cik Nor. Hehe. Sebenarnya nak seru zalora ni supaya offer kolaborasi dengan Cik Nor.

Sekian. Terima kasih😀😀😀

Monday, February 6, 2017

Bukan Orang Bersalin Jer Meroyan...Cik Nor Pun Boleh Meroyan Dengan Sikap Rakan Serumah


Assalamualaikum..

2, 3 hari lepas negara kita dikejutkan dengan berita sedih mengenai seorang ibu mengelar anaknya sendiri. Kalau dibaca berita itu didada-dada akhbar memang sangat kejam. Tiada siapa menduga dan menyangka ibunya itu menghidapi penyakit kemurungan atau meroyan. Bagi yang dah berkahwin dan telah mendapat anak mereka akan tahu apa itu meroyon. Cik Nor nak terang panjang lebar pun Cik Nor tak kahwin lagi dan tiada pengalaman. Hehe.

Tu la kan, kalau tak ada orang tua disisi semasa berpantang memang agak rumit jugak lah. Semua kerja kena buat sendiri. Tambah-tambah lagi dapat pula suami yang sentiasa sibuk walaupun isteri tengah berpantang. Ingat lagi masa kakak-kakak Cik Nor bersalin, semua balik duduk dengan mak selama 44hari erk? Hentam jer ni. Hehe. Dah lepas 44hari tu barulah mereka balik ke rumah masing-masing. Kira masa tu mereka dah betul-betul sihat dan boleh melakukan kerja rumah sendiri. Yang jadi mangsanya adik-adik yang tak kahwin lagi la...huwaaa. siapkan makan, basuh baju baby. Semuanya Cik Nor pernah alaminya.

Amboi panjangnya membebel, lain tajuk yang ditulis lain cerita dia bebelkan. Kalau orang bersalin meroyan sebab semua kerja nak kena handle sendiri. Macam Cik Nor ni bukan tahap meroyan tahap sakit jiwa pun boleh jadi bila tinggal serumah dengan orang tak faham bahasa dan tak tahu menghormati orang lain.

Sebelum ni Cik Nor ada membebel kat Sini pasal housemate tak reti nak susun selipar/kasut atas rak. Malam tadi punya cerita housemate yang suka-suka hati buang sampah dalam tong tanpa meletakan plastik sampah terlebih dahulu. Mana Cik Nor tak hangin, pagi-pagi bila sampah penuh Cik Nor tolong buang. Nak tolong letak plastik sampah dah tong tu pun tak boleh. Takut patah tangan ke apa? Kadang-kadang kalau Cik Nor balik kampung 3 hari, maka menimbunlah sampah kat dapur tu tak de siapa yang sudi untuk membuangnya. Si tua ni lah jugak yang akan datang membuangnya.huhu.

Nak kata budak-budak lagi, semuanya dah ber couple dan ada yang dah kahwin. Tak kan lah semuanya nak diberikan arahan. Fikirlah sendiri. Masing-masing dah tuakan. Huhu. Dengan rasa busuk hati Cik Nor sorokkan tong sampah tu. Biar padan muka, rasakan. Saper suruh jadi insan pemalas dan pengotor? Jahat tak Cik Nor?haha

Uikk..panjangnya membebel. Stop dulu ya😀

Sunday, February 5, 2017

Eumora Classic Facial Bar | Sesuai Untuk Semua


Assalamualaikum

Uwaa..cepatanya masa berlalu. Hari ni dah masuk minggu ke dua di bulan Februari. Wahai Cik Nor tolonglah rajin updates blog agar kamu dapat lebih banyak job review berbayar di bulan ini. aamiin.

Untuk tidak membuang masa lagi meh sini Cik Nor perkenalkan sabun pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Nampak saja kecil cinonet tapi sangat berkesan, Kenapa berkesan? Jom baca kenapa...



Eumora Facial Bar adalah sabun pencuci muka yang di formulasikan dari 100% bahan-bahan yang bermutu tinggi yang di import dari Europe dan di sensasikan dengan HMA (Hydration microalgae factor). Sesuai untuk digunakan setiap hari oleh semua jenis kulit.Ia dapat memberi kesan bersih, lembab dan segar. 
Eumora Facial Bar telah terjual berjuta unit di 60 buah negara. 

Disebabkan Eumora Facial Bar adalah yang tengah laris macam goreng pisang cheese, jom kita tengok 10 sebab kenapa perlu guna Eumora Facial Bar ini.


Perkara Yang Perlu Tahu Tentang Eumora Facial Bar

Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Di formulasi untuk mengimbangi kulit yang berfungsi pada kulit berminyak, kulit kering, dan kulit sensitif; di kedua-dua kulit cerah dan gelap. Ini diperolehi melalui HMA dan Moor bekerja bersama-sama untuk menyahtoksik dan memulihkan melembapkan kulit dan keseimbangan pH; untuk membawa kembali seri semula jadi dan cahaya kulit yang sihat.

Tiada Kandungan Terlarang

Ia adalah produk ESABEE di mana semua produk ESABEE dibangunkan untuk menjadi berkesan, selamat dan lembut untuk kulit kita dan mesra kepada alam sekitar. Kedua-dua NMA, pemakanan faktor mikroalga dan HMA, penghidratan faktor mikroalga adalah bahan-bahan proprietari kuat berasal dari produk semula jadi untuk membantu menyuburkan dan melindungi badan kita terhadap tekanan gaya hidup moden.


Boleh Guna Pelembab Lain Bersama Eumora Facial Bar


Yer. Boleh guna pelembab lain bersama Eumora tapi pastikan yang lembut dan natural. Ini kerana kulit muka akan menjalani proses detox apabila menggunakan Eumora Facial Bar.


Kesan Selepas Penggunaan Eumora Facial Bar

Ya memang kulit akan bertindakbalas selepas menggunakan Eumora Facial Bar tetapi ia adalah di sebabkan toksik yang sedia ada dan sensitivity kulit. Ia di panggil proses penyembuhan.


Bolehkah Menggunakan Eumora Bar Melebihi 3 Minit?

Tidak di galakkan dan perlu mengikut arahan yang terdapat dalam kotak atau bungkusan Eumora Bar.

Proses Penyembuhan

Kesan-kesan yang boleh dilihat awal proses detoksifikasi yang dialami oleh minoriti yang sangat kecil, kerana organ kulit mengusir toksin yang mungkin telah terkumpul di bawah kulit dari masa ke masa. Contoh yang paling biasa setempat kekeringan, gatal, kemerahan, mengelupas atau jerawat yang secara beransur-ansur akan hilang sebagai menyembuhkan organ kulit anda dan adalah satu tanda pasti bahawa Eumora bekerja.

Berbeza dari seorang ke seorang bergantung kepada keadaan semasa kulit. Ia boleh terdiri daripada beberapa hari untuk beberapa minggu. Ia akhirnya akan menyebabkan pandangan yang lebih berseri dan muda!

Bagi mengurangkan kesan ketika proses penyembuhan, boleh guna pelembab yang kandungannya adalah dari bahan-bahan natural dan perlu berhenti dari menggunakan produk lain. Ini adalah untuk mengelakkan kesan menjadi lebih teruk.

Perubahan Kulit Muka Cik Nor Selepas  Menggunakan Eumora Facial Bar

Taraa..tengok kulit muka Cik Nor selepas menggunakan Eumora Facial Bar. Nampak begitu licin, halus dan flawless.  Apa yang pasti parut jerawat lama dah makin pudar.

Walaupun ber make up nipis, muka Cik Nor tetap nampak berseri dan menawan. Pendek kata memang neutral habis la.  Dengan Eumora Classic Facial Bar Cik Nor tak perlu tepek bedak tebal-tebal lagi. Memang berbaloi walaupun kecil tapi kesannya memang menakjubkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...