KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, February 4, 2017

Bila Cik Nor Jadi Kakak Kawasan


Assalamualaikum..


Seram tak baca tajuk entry Cik Nor kali ni? Confirm seram...haha. Tapi janganlah takut sangat sebab Cik Nor kakak kawasan yang baik hati. Tak ada lagi kes ugut atau gaduh. Cik Nor hanya jadi kakak kawasan dalam rumah sewa jer.hihi

Cik Nor terpaksa jadi kakak kawasan kali ni kerana dah tak sanggup tengok selipar dan kasut bersepah kata lantai depan muka pintu masuk. Kalau selipar atau kasut sahaja bersepah ok lagi, ni dengan pasirnya yang merata. Dah la malas susun kasut dan selipar, tolong sapu pasir apatah lagi. Memang hangin la kakak kawasan kalau macam ni. Haha

Hasil perbincangan dengan kawan-kawan yang sekepala dengan Cik Nor maka terhasil lah notis cantik kat atas tu. Jangan kecam tulisan buruk yang amat saya itu.haha. Kali ni memang tak bagi peluang dah, ada jer selipar atau kasut kat lantai memang Cik Nor campak kat luar la. Oramg dah sediakan rak.tolong susun sahaja bukan nk suruh beli rak bagai. Tak nak sapu pasir Cik Nor tak kisah, janji selipar atau kasut susun elok-elok atas rak. 

Baik kan kakak kawasan ni. Hehe. Tak marah orang cuma bagi warning jer. Haha.

Rumah sewa korang macam mana? Mesti penghuni dia baik -baik kan.

Thursday, February 2, 2017

Bila Hujung Minggu Menjelma

Gambar mintak dari pakcik google

Assalamualaikum..

Hari ni hari buntu Cik Nor. Nak menulis apa pun tak tahu ni.  Tengok blogger lain sehari 5 6 entry. Cik Nor nak lepas 1 entry pun tercungap-cungap. Alahai.. idea kemari lah dikau.

Malam ni macam-macam mana pun kena jugak updates blog sebabnya line clear. Biasa kalau malam minggu buat tak tahu jer. Faham-faham jer la bila balik kampung dengan line slow dan penyakit m pun datang. Haha

Minggu ni Cik Nor tak balik kampung sebabnya baru jer datang hari selasa ke Kota Bharu. Time petrol naik harga ni kena lah berjimat walaupun seminggu Cik Nor hanya peruntukan RM20.00 untuk petrol mr. Purple. Mesti korang kata... jimatnya Cik Nor. Tak jimat macam mana. Pergi kerja jalan kaki, kereta rehat bawah garaj kat rumah srwa jer. Hehe.

Biasa kalau hujung minggu korang pergi mana yer? Melepak kat rumah or pergi jejalan habiskan petrol kereta.hehe. Cik Nor kalau balik kampung memang tak kemana-mana. Just stay kat rumah tolong mak kemas rumah. Memang banyak kerja lah nak buat kalau balik kampung termasuklah tidur.hihi

Kalau tak balik dan stay kat Kota Bharu memang buntu sangat-sangat tak tahu nak pergi mana. Nak pergi shopping complex poket tak berapa nak tebal. Alih-alih pergi pasar Siti Khadijah beli lauk dan sayur untuk 5 hari, past tu balik melepak kat rumah. Alahai bosanya. Alangkah bestnya kalau dapat pergi tempat macam dalam gambar kat atas tu. Rasa macam tenang dan bebas kesibukan kerja harian. Sebenarnya nak tanya tak ada ke yang sudi taja untuk Cik Nor bercuti? Hihi

Kalau lah ada orang taja, berbunga-bunga hati Cik Nor ni. Tak nak jauh-jauh, dalam Kelantan jer.hehe. Tadi kata buntu tapi bila dah menulis tak mahi berhenti lah pulak. Ok stop dulu, hujan dah turun jom kita tidurπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Wednesday, February 1, 2017

Pengalaman Ke Kenduri Kahwin Paling Mencabar

Kenduri kahwin musim banjir


Assalamualaikum..

Ni Cik Nor nak tanya korang, cuti panjang sempena raya cina tempoh hari pergi mana? Cik Nor? Ni la nak cerita...tengok gambar mesti korang dah tahu apa yang Cik Nor nak cerita.

Hari jumaat sebelum raya cina, Cik Nor bersama dengan ayah, adik, adik ipar dan anak buah memenuhi undangan majlis perkahwinan anak bapa saudara Cik Nor merangkap sepupu Cik Nor. Masa nak pergi tu dah telefon makcik yang lebih awal untuk mengetahui keadaan di sana. Malam tu makcik kata jalan ok boleh dilalui kenderaan. Tengok muka masa dalam perjalanan kemain happy sebab tak tahu lagi keadaan macam mana.  Sekali sampai kat jambatan tengok pokok kelapa sawit dah nampak bahagian pucuk dah. Masa tu dah lain macam tengok air dah mulai naik.

Sepatutnya kenduri dibuat di rumah pakcik yang mana rumahnya terletak dikawasan pokok sawit yang nampak pucuk tu. Tetapi terpaksa di tukar venuenya kena rumah pakcik dah di naiki air. Nasib rumah makcik tak jauh sangat so, kenduri di buat dirumah makcik. Rumah makcik tu terletak dikawasan tinggi tapi masalahnya jalan masuk ke rumahnya rendah dan ada anak sungai.

Korang tengok gambar yang no.3 tu. Itulah jalan yang sepatutnya kami lalui untuk ke rumah makcik.  Takut kan?hehe. Sebenarnya ada jalan alternatif nak ke rumah makcik tapi jauh dan lagi berisiko. Dimana kami kena melalui jalan keretapi. Buatnya masa kami lalu tu ada keretapi tak ke haru di buatnya. 
Bincang punya bincang ayah Cik Nor decide nak naik sampan jer. Katanya dekat sikit dari jalan kaki melalui landasan keretapi. Cik Nor ikut jer la. Masa naik tu rasa pucat dan tak de darah jugak. Dengan berbaju kurung bagai. Buat-buat berani jer la walaupun pada hakikatnya tidak.haha. Yang bawa sampan tu bukan orang lain, sepupu Cik Nor jugak.

Gambar pengantin jangan di tanya sebab kami agak tergesa-gesa takut air makin naik. Siap makan dan penganti lelaki dah sampai kami terus beransur meninggalkan majlis. Memang betul jangkaan kami, naik dah naik. Penduduk di kawasan rendah dah mula berkemas untuk berpindah. Kat mana tempat ni?  Kat hulu Kelantan, Limau Kasturi nama tempatnya. Dulu ada cerita pasal tempat ni, kalau tak salah tajuknya Cikgu Limau Kasturi lakonan arwah Harun Salim Bachik.

Hakikatnya air tu sebenarnya tak de la dalam sangat, cuma paras peha jer. Tapi dah pakai lelawa tak kan nak harung kot air tu.haha. Lepas ni kalau dah datang kenduri lagi kat sini musim hujan kena fikir 2 3 kali jugak la.huhu

Apa pula pengalaman korang?

Tuesday, January 31, 2017

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin



GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...