KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, January 20, 2017

Kronologi 3 | Kawan Datang Bercuti Di Kelantan


Assalamualaikum.

Lama kan nak tunggu Cik Nor sambung part 3. Hehe. Musim hujan kembali lagi kat sini. Line tenet pun macam suram sikit. Hehe. Alasan jer tu sebenarnya.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Padahal dia malas.

Hari ke 3 diorang kat sini sempat la bermain air banjir. Tengok kawan Cik Nor, Maya sempat lagi melawat kawasan. Ehem2.. solo lagi tu..kot ada yang nak berkenalan bagitahu Cik Nor. Kalau malu, email jer kat Cik Nor nombor contact nanti Cik Nor pass kat dia. Haha. Apa ko melalut ni Cik Nor oii.

Pagi sabtu ni diorang dah cuak. Sebab flight diaorang esok hari. Takut hujan tak reda jer. Tengok sawah tu sikit lagi nak jadi macam sungai. Masa banjir tahun 2014 tempat yang si Maya bergambar tu air nya mencecah paras pinggang.huhu. Pukul 12 tengahari kami bertolak ke Kota Bharu semula takut air makin naik menutup laluan keluar ke bandar.


Before balik ke Kota Bharu sempat lagi diorang bergambar dengan kak long dan mak Cik Nor. Cik Nor tak sempat dah nak join wefie sebab kalut dok fikir jalan boleh dilalui atau tidak. Asyik berfikir sampai telefon Cik Nor tertinggal kat kampung. Seminggu la dia berkampung.hehe.

Masa keluar tu air dah naik kat jalan raya. Rasanya dah mencecah suku tayar kereta tapi masih boleh di lalui lagi oleh kenderaan ringan. Dah sampai Kota Bharu Cik Nor telefon rumah bertanyakan telefon takut tercicir kat mana-mana, masa tu la kakak cakap jalan yang kami lalu tadi telah ditutup kepada kenderaan ringan. Alhamdulillah..nasib kami baik.


Sampai di Kota Bharu cuaca ok dan hujan pun tak de lah lebat sangat. Singgah rumah sewa dan solat zohor kemudian keluar semula ke Pasar Siti Khadijah. Diorang nak shopping sikit sebelum balik.  Berkampung kat pasar tu sampai pukul 4 petang rasanya. Hehe. Dia siap shopping lepak jap kat D'Apple Cafe..lama shopping perut pun dah lapar. Tak boleh lama-lama takut hujan turun lagi.

Lebih kurang pukul 5 petang balik ke rumah sewa. Rehat, lepak dan selepas solat isyak keluar semula ke Wakaf Che Yeh. Kat sini kami tak shopping pun just cuci-cuci mata jer. Kenapa tak shopping? Harga mahal dan memang tak boleh nak tawar. Huhu. Cik Nor yang memang anak jati Kelantan pun dah tak boleh tawar apa lagi orang luar macam kawan-kawan Cik Nor tu. Huhu. Kalau tak silap diorang just beli sabun kopi jer

Balik rumah dah pukul 12 tengah malam kot. Malam tu tahun baru so meriah la sikit kat bandar. Pergi makan kat kfc pun still ramai orang lagi.

Itu sahaja untuk part 3. Jumpa di part 4  yer. Hihi. Panjangnya Cik Nor mengarang malam ni. Jalan malas untuk membacanya.πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Pstt..dua-dua kawan Cik Nor tu solo lagi. Ada yang berkenan tak?hiihi

Thursday, January 19, 2017

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

Wednesday, January 18, 2017

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?




Memory Card telefon full, laptop pulak slow loading. Adoii..masalah ni.. huhu Mana tak  penuhnya macam-macam ado-ado.  Blogger katakan mesti suka selfie, Cik Nor suka ambil gambar makanan, ambil video dan macam-macam lagi untuk di upload ke instagram atau facebook. langkah berjaga-jaga  sebelum terjadi apa-apa tidak diingini seperti telefon buat hal atau ada kena virus, apa kata kita pindahkan semua gambar dan video ke Hard Disk. Tempat paling selamat untuk backup semua benda. Apa-apa punu, mestilah kita nak tau ciri-ciri Hard Disk yang macam mana?


Apakah Ciri Hard Disk Terbaik??

Hard Disk satu benda penting yang semua orang perlu ada. Setiap hari, pasti akan ada je gamabr, atau video atau dokumen yang kita akan buat dan perlu disimpan.Hard Disk sangat berguna sekali untuk tujuan menyimpan fail-fail atau data-data, sama ada dalam bentuk dokumen, gambar ataupun video yang ada dalam simpanan kita.Lagi bagus untuk mereka yang suka tengok cerita, bolehlah download dah masukkan dalam hard disk ni. Kalau nak beli, bukan beli sesuka hati je kena tengok ciri-ciri dia dahulu..ni antara ciri Hard Disk terbaik..

1) Harga Yang Berpatutan

Pertama sekali mestilah kita tengok harganya dulu. Berbaloi ke idok..hehe .Yela kadang bajet lari kalau kita beli yang mahal dengan kelebihan yang ada pada hard disk tu tak berbaloi dengan harga. Inilah sebabnya kita perlu lakukan perbandingan harga. Pastikan harga yang dibayar itu adalah setanding dan setimpal dengan kualiti barangan yang kita beli. Cik Nor ushar satu Hard Disk ni dekat Lazada, memang menarik..harga pun menarik hati.

2) Mempunyai kapasiti storan yang besar

Pertama kali nak beli Hard Disk mestilah tengok kapasiti storan dia kan. Macam Cik Nor walaupun guna tab sahaja, tapi kalau dah ambil beribu gambar, mestilah memerlukan ruang yang besar.Dah nama pun gambar mesti lah memerlukan storan yang besar. Nak tak nak kena cari jugaklah sebab kerja blogger ni berkaitan dengan gambar. Kalau tak de gambar untuk satu-satu entry mesti nampak tak berseri kan?


.
3) Proses Pemindahan Data Laju

Benda ni la kita kene tengok juga. Proses pemindahan file sangat laju dan tidak lambat. Sangat menjimatkan masa dan tenaga kita. Ni kang kalau tunggu berjam, habis masa je. Kalau nak tengok kelajuan, boleh cek dekat USB kabel. kalau ada 3.0, hah tu bermakna sangat laju semasa proses pemindahan data.

4) Hard Disk Yang Tahan Lasak,
Nak beli sesuatu barang baru , mesti nak yang tahan lasak dan selamat. Kalau boleh barang tu nak dipakai lama. Tak mola baru pakai kejap dah rosak sana sini. Lagi bagus Hard disk yang mempunyai kalis air dan habuk. Yela, kadang tempat kita berhabuk atau banjir mana kita tak tau, mestilah kita nak barang kita selamat kan? Benda paling gerun bila terjatuh menghempap lantai..Haru di buatnya.huhu



Teknologi terkini iaitu Teknologi sensor G-Shock bagi membantu melindungi data. Terknologi G-shock ni ia akan berhenti secara automatik sekiranya berlaku satu kejutan untuk data corruption, dan menyambungkan semula kerja sekali kejutan telah reda. Ia menggunakan cahaya petunjuk warna berkod negeri bagi setiap operasi yang berbeza untuk penghantaran maklumat yang mesra pengguna supaya anda sentiasa tahu apa yang sedang berlaku.


5) Mudah Di bawa Kemana sahaja

Kalau yang suka travel atau selalu jalan sana sini, mestilah nak bawak benda yang ringan dan kecil, serta mudah dibawa ke mana sahaja. Hard disk ni pun salah satu benda penting untuk dibawa ke mana sahaja. Yela kot-kot tengah ambil gambar, penuh pulak, gamabr sebelum ni lupa nak transfer atau padam, hah masa ni lah hard Disk jadi penyelamat. Masuk jer dalam handbag korang yang besar gedabak tu..haha


6) Rupa bentuk Yang Menawan

Kadang rupa bentuk pun Cik Nor ambil perhatian ..biasalah wanita suka barang-barang cantik dan menarik. Confirm la lain dari orang lain.hehe. Mesti orang lain jeles tengok kan....Kena tengok rupa, tengok juga pada kekemasan. Manalah tahu kot dapat kabel USB berselirat macam ular kena palu. Kesian oo.. Kalau ada USB yang memang terletak elok dekat Hard Disk kan memang itulah yang dicari dan diidamkan selama ini.hehe



7) Warranty
 
Ini sangat penting. Kalau boleh nak membeli sesuatu barang tu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan gadget, sebolehnya pastikan mempunyai waranty atau jaminan sekurang-kurangnya 2 tahun or lebih lagi bagus.Semua ciri-ciri ni ada dekat Hard Disk ADATA HD720 2TB USB 3.0 Water/Dust/Shockproof IP68 Ruggedized External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR. Ada macam-macam hard disk Adata. Kalau korang nak boleh klik link nama produk tu yer. 

Macam-macam ado di  Lazada.

 

Tuesday, January 17, 2017

Kronologi 2 | Kawan Bercuti Di Kelantan


Assalamualaikum..

Jom Cik Nor sambung kisah bestfriend Cik Nor datang bercuti ke Kelantan. Mesti korang tertunggu-tunggu part 2 kan? Apa? Tak tunggu? Malunya Cik Nor..😣

Malam pertama diorang datang Cik Nor dah bawa diorang balik kampung. So, pagi-pagi sebelum bertolak pergi Rantau Panjang sempat la diorang meneroka kawasan rumah Cik Nor. Apa lagi habis kebun cili abang ipar Cik Nor diaorang kerjakan. Bukan buat apa pon..welfie dalam kebun jer.hehe. Tapi ralat sikit la diorang tak sempat bergambar dalam sawah padi sebab balik dari Rantau Panjang dah lewat dan hujan pulak.huhu


Kitaorang bertolak ke Rantau Panjang lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Sampai kat sana pukul 1.00 petang macam tu la. Diorang apa lagi tak habis-habis dengan selfie. Jangan marah.hehe. Dah penat selfie, apalagi cuci mata pulak kat Pasar Siti Fatimah. Sempatla diorang grab baju dan jajan untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Penat dah pusing pasar-pasar yang ada kat situ apa lagi cari makanan ringan lah dulu alas perut. Mula-mula tu cuba aiskrim baba dan aiskrim kelapa. Beli, tapau dan makan dalam kereta. Before keluar dari kawasan bebas cukai tu sempat beli baby nenas dan buah mangga. Maaf yer gambar mangga tak de dalam gambar. Hihi


Oleh kerana kami pergi hari Jumaat banyak kedai makan tutup. Terpaksalah singgah masjid dulu untuk solat zohor. So, kami singgah masjid yang tersohor di Pasir Mas iaitu Masjid Beijing. Mengapa orang panggil masjid tu Masjid Beijing? Ini kerana senibina masjid tersebut mempunyai ciri seakan-akan masjid di Beijing, China. Tak habis-habis korang wefie yer. Hihi



Keluar dari Masjid Beijing tu mencari jugak kedai makan kot-kot jumpa yang best tapi kebanyakan tutup. Hampa lagi. Masa dok tengah cari kedai makan ternampak orang jual putu halba. Singgah beli dulu buat alas perut sementara jumpa kedai makan. Untuk pengetahuan korang, putu halba memang femes kat Kelantan semasa musim tengkujuh. Setiap tempat ada menjual putu halba ini. Kepada yang datang bercuti di Kelantan, jangan lupa untuk mencubanya. Sedap..


Akhirnya Tanah Merah juga la syurga makan tengahari dan makan petang kami. Nama kedai Cik Nor dah lupa tapi harga makanan memang tak boleh blah. Memang tak masuk akal orang kata. Kenapa? Murah sangat. Chicken chop harga rm3.90, chicken grille rm4.90. Pendek kata harga makanan western bawah rm10.00. Mana mau jumpa macam tu zaman sekarang ni. Macam menu sebenarnya kami order tapi yang sempat snap cuma dalam gambar kat atas tu jer. Perut dah menyanyi lagi keroncong untuk ana dah.hehe

Dah la masa kami sampai tu hujan renyai-renyai bertambah lapar la perut kami. Nasib la makanan yang kami order cepat sampai. Kalau tak mengamuk jugak. Hehe. Maya best tak kerabu maggi dia? Apa-apa pon thank to my friend forever Maya coz belanja kami semua. Amoy pinjam phone..gambar dari phone ko cantik-cantik.hihi

Udah-udahla Cik Nor merapu. Kan tak de orang nak baca pulak blog ko. Apa-apa pun tunggu part 3 yer. Kemana lagi kami berjimba... tunggu..

OSTANIA Manggis Amrita | Jus Manggis Penuh Khasiat..


https://store.furleybio.com/

Sebut buah manggis... mesti teringat kulitnya hitam namun isinya manis. Aummm..sedapnya. Tetiba mengidam nak makan buah manggis. Dah macam orang pregnant la pulak Cik Nor ni.hihi. Mana nak cari sekarang bukan musim diaπŸ˜€. Biasa kita makan buah manggi macam tu jer kan?Tapi zaman sekarang penuh dengan teknologi terkini buah manggis  di proses menjadi sejenis minuman berkhasit dan penuh kebaikan kepada peminat buah manggis.

Pernah dengar tak minuman  dari buah manggis ni? Pernah cuba? Tak pernah erk? Cik Nor pun cuba, ni first time cuba? Apakah itu? Jeng jeng jeng......


OSTANIA Mangosteen Amrita | OSTANIA Manggis Amrita, jus manggis masa kini yang penuh dengan khasiat, kebaikan serta manfaat buat peminatnya.

OSTANIA Manggis Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis puri dan kulitnya sekali yang membuatkan ianya kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai "ratu buah", minuman ini penuh dengan "antioksidan" dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan delima.


Kenapa OSTANIA Mangosteen Amrita | OSTANIA Manggis Amrita???


  • Satu cawan kecil OSTANIA Mangosteen Amrita \ OSTANIA Manggis Amrita mampu mengembalikan tenaga anda dan menghilangkan dahaga.
  • Membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan.
  • Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutralan radikal-radikal bebas dalam badan (anti-kanser).
  • Membantu sistem pencernaan anda dengan Vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun.
  • Mempunyai kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi untuk melawan jangkitan kuman, fungi dan yis.
*Menurut kajian yang telah dijalankan, Xanthones mempunyai kesan yang sangat baik untuk organ dalaman manusia kerana kandungan antioksidan-nya tinggi.
OSTANIA Mangosteen Amrita | OSTANIA Manggis Amrita dengan nilai ORAC antioksidan 14186.98, tiada tambahan gula, tiada pewarna tambahan. 

Nilai antioksidan dalam makanan diukur dalam unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) oleh National Institute of Aging. Semakin tinggi nilai ORAC, semakin tinggi kandungan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas. OSTANIA mempunyai nilai ORAC yang sangat tinggi berdasarkan kajian dan telah disahkan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.

Cara Minum???

 Saranan penyajian 30 ml atau dicampur dengan air (nisbah 1:1). Simpan di peti sejuk selepas buka. Jumlah hidangan dengan satu botol (500 ml) OSTANIA Mangosteen Amrita | OSTANIA Manggis Amrita adalah 16 cawan kecil  dengan jangka hayat selama 24 bulan.



Sedikit mengenai Fakta Saintifik OSTANIA, Manggis (Garcinia Mangostana L.) mempunyai kandungan kelas Xanthones semulajadi yang terbanyak iaitu 43 kelas. Manggis merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan kelas. Xanthones terbanyak dalam kategori tumbuhan. Majoriti Xanthones terdapat pada kulit buah manggis. Xanthones adalah sejenis antioksidan yang berkuasa malah lebih berkesan daripada Vitamin C dan Vitamin E. Ramai doktor mengelar Xanthones sebagai "Super Antioxidants".

Penemuan Saintifik OSTANIA

Mempunyai banyak potensi terapeutik seperti anti alergi, anti radang, anti tuberculosis, anti tumor, membantu sistem pernafasan, sistem imunisasi, otot dan sendi dan juga kardiovaskular. 

Xanthones mempunyai aktiviti biologi yang tinggi dan lebih mengejutkan ialah ia masih belum digunakan dalam perubatan moden. Membantu melawan kanser adalah salah satu daripada khasiat baik Xanthones. Menurut kajian saintifik yang dilakukan di Jepun, Xanthones mampu mempengaruhi pertumbuhan awal tumor. Uniknya Xanthones juga mampu merendahkan paras LDL (kolestrol) dengan menghalang LDL dari teroksidasi dengan radikal bebas dan sekaligus menghalang pembentukan kolestrol di dinding salur darah arteri dan aterosklerosis.



Untuk jadi sihat, untuk mengawal kesihatan, untuk menurunkan berat badan anda boleh mendapatkan OSTANIA Mangosteen Amrita | OSTANIA Manggis Amrita dengan harga RM 49.90/ RM39.92 sebotol sahaja. Jika berminat untuk mencuba boleh klik di SINISekarang ada promosi tau. Then Cik Nor siap bagi kupon diskaun tau..hehe Diskaun : FBIO-CRY. Wow jimat bangat korang.


Untuk Maklumat Lanjut:

Monday, January 16, 2017

Impian Cik Nor 2017


Assalamualaikum..

Impian yang dalam gambar kat atas memang dalam list impian Cik Nor. Tapi impian paling besar untuk tahun ni nak naik pelamin. Masalah besar kat sini, nak naik pelamin tu senang. Bab nak cari calon tu yang susah sangat. Silap pilih calon merana hidup nanti.

Doakan Cik Nor cepat naik pelamin dan bertemu jodoh dengan insan yang boleh membimbing Cik Nor hingga ke Jannah. Kalau tahun ni tak naik pelamin jugak Cik Nor pasrah dengan ketentuan Allah.😒😒😒

Sunday, January 15, 2017

Kronologi 1 | Kawan Bercuti Di Kelantan

Assalamualaikum.

Huwaa..betapa rajinnya Cik Nor menulis blog semenjak 2 menjak ni. Hihi. Sampai korang datang blog Cik Nor baca entry yang sama. Blog saper macam Cik Nor, kita geng k. Hehe

Udah-udahla merapu Cik Nor, orang nak baca isi berkaitan gambar tu bukan nak baca ko merapu. Huh. Hujung tahun lepas bestfriend Cik Nor masa kat Uitm, Lendu datang bercuti kat Kelantan. Ingat diaorang main-main. Rupanya serius. Sekali diorang tunjuk booking flight, gelabah Cik Nor cari bilik kosong untuk diaorang. Nasib la bilik dirumah sewa Cik Nor ada lagi kosong. Booking la dengan tuan rumah untuk 2 hari. Alhamdulillah.. berjaya.

Gambar kat atas tu diaorang on the way ke KLIA menaiki KLIA Express. Kemain kan possing.hehe.


Gambar yang ni diaorang dah selamat mendarat di bumi Kelantan. Tengah tunggu Cik Nor datang jemput. Sempat lagi swafoto yer korang.hihi.


Yeayy..Cik Nor dah sampai. Apa lagi cari tempat makanlah. Perut dah bekeroncong. Cik Nor tak tahu sangat tempat makan tengahari kat Kota Bharu ni. Hanya restoren D'Bagan menjadi pilihan. Kat sini jer lah masakan dia kena dengan selera Cik Nor. Dah selesai makan, tanya diaorang nak balik tidur dulu ke nak g mana-mana sebab Cik Nor kena masuk kerja balik. 

Diaorang kata nak jalan-jalan kat bandar Kota Bharu. Apa lagi drop jer la diorang kat sana. Pukul 5.30 petang baru Cik Nor pick up balik. Ciankan korang kena dera ngan Cik Nor. Hehe.


Petangnya dah sampai rumah sewa, tanya diaorang nak stay rumah sewa ke nak balik kampung. Diorang kata ikut jer, Cik Nor apa lagi, bawak balik kampung la. Lagi pun esok dah rancang nak bawak diaorang g Rantau Panjang. Gambar kat atas tu kami singgah makan malam kat D'Amra Chicken Chop. Kami order air, bihun tomyan dan popia satar. Nasi kami dah beli nasi air dingin kat tepi jalan. Selamber dem jer makan nasi air dingin kat kedai orang. Hihi. Nasib tak kena sound dengan owner kedai tu.

Oklah, dah panjang sangat membebel. Tunggu kronologi no. 2 pulak yer. See u soon.πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...