KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, January 11, 2017

Tahniah Faiz Subri


Assalamualaikum...

Ingat semalam nak buat entry tapi kerja alahai banyaknya pulak. Masuk deraf, malam ingat nak karang tak menjadi jugak. Badan pulak terasa seram sejuk macam nak demam. Telan ubat terus mengantukla. Huhu

Lewat sikit pun tak perlah kan? Yang Cik Nor nak ucapkan sekalung tahniah kepada Faiz Subri kerana mengharumkan nama negara dimata dunia.  Kejayaan anda adalah inspirasi kepada orang lain untuk mencipta kejayaan tersendiri.

Walaupun ramai natizen mengecam anda kerana tidak memakai pakaian kebangsaan iaitu baju melayu dan tidak berucap dalam bahasa ibunda. Jangan peduli kata-kata natizen tu. Itu semua bisa melemahkan semangat anda. Anggaplah kata-kata natizen itu bagai angin lalu. Biarkan kata-kata negatif itu berlalu begitu sahaja.

Teruskan perjuangan dan semoga terus maju di arena bola sepak. 


Tuesday, January 10, 2017

Selfie dan Menang Sehingga RM10,000 dengan MyTown Shopping Centre | Biar Betul???



 ASSALAMUALAIKUM
 
Korang suka selfie? Cik Nor ada berita baik untuk korang semua. Apa dia?  Ni hah... Jom Selfie dan Menang Sehingga RM10,000 dengan MyTown Shopping Centre.... Berminat tak? Confirm la minat kan? Rugi la saper yang tak minat tu. Hadiah lumayan ditawarkan.

Apa itu MyTown Shopping Centre?

MyTown Shopping Centre sebuah pusat membeli belah terbaharu yang bakal beroperasi tak lama lagi..Bakal dibuka pada awal 2017 dan bertempat di sebelah IKEA Cheras. Bangunannya ini memang bersambung dengan IKEA. Kalau siapa tahu IKEA, Cheras memang tak susah la nak cari. hehe.

Bersempena pembukaan MyTown tak lama lagi, mereka ada menawarkan hadiah lumayan sehingga RM 10,000 untuk dimenanngi . RM 10,000  yer, bukan RM 10... mewah weh kalau dapat. shopping sakan la korang..hehe

Caranya mudah je.... Korang cuma perlu selfie je bertemakan #GooseySelfie

Log on : https://www.gooseyselfie.com.my/

1. Klik “Join Now”

2. Klik “Start”

3. Log in menggunakan akaun Facebook korang

4. Upload gambar selfie dari galeri ataupun gunakan hp / webcam

5. Edit gambar korang dengan memasukkan elemen goose

6. Klik “Submit”

Lepas tu boleh share kat FB korang dengan hashtag (#GooseySelfie)


Seramai  10 peserta akan dipilih sebagai pemenang setiap minggu.Manalah tahu rezeki korang selfie, korang dipilih sebagai pemenang..Best apo dok  edit-edit ni muka sendiri jadi muka goosey..hihi.

 (Klik Untuk Sertai ) > JOM JOIN !!




Cik Nor dah join. Cik Nor dibawah squad goosie broashow. Kemain kan Cik Nor..lawa tak Cik Nor?hihi. Korang bila lagi nak join? Cepat la sebelum terlambat..mana tahu rezeki korang...aamiin..:)

 Untuk maklumat lanjut layari :

  Facebook Page : MyTown Shopping Centre


Monday, January 9, 2017

Betul Ke Bohong?


  Assalamualaikum..

Alahai Cik Nor ni dah 2 hari tak updates blog. Maaf sangat-sangat masa amat mecemburui Cik Nor. Banyak sangat kerja kat pejabat sampai tak sempat nak curi masa sekejap nak updates blog. Banya nak cerita sebenarnya tapi harap maklumlah masa nya berkurangan.huhu

Apa-apa pun kerja hakiki perlu di utamakan.  Huhu. Tengok blog orang lain jelesnya setiap masa ada entry baru. Cik Nor 2hari sekali belum tentu ada entry baru. Harap maklong. Hihi.


Korang mesti tertanya-tanya apa kaitan tajuk dengan gambar cili ni. Begini ceritanya..minggu lepas Cik Nor promote cili ni kat wechat.  Ada friend Cik Nor siap perli-perli ingat Cik Nor menipu yang Cik Nor tanam sendiri cili ni. Siap cakap macam ni " kerja pejabat sempat tanam cili" Eh..sempat la. Tanam macam ni tak perlu penjagaan yang teliti sangat. 

Untuk menyiram pokok-pokok cili ni tak perlu tenaga manusia kerana teknik penyiraman secara automatik.  Tak perlu tabur baja bagai yer. Kerana baja di salirkan sekali dengan air penyiraman. Setiap pokok tu ada salur paip kecil untuk aliran air penyiraman. Penyiraman biasa tetap di tetapkan masa dan berapa hari sekali. Manakala air baja pula 15 hari sekali macam tu lah rasanya. Masa meracun serangga perosak ni jer memerlukan tenaga manusia. 

Senangkan? Korang yang kerja pejabat pun boleh tanam la. Sebenarnya tanaman ini di usahakan oleh abang ipar Cik Nor. Cik Nor tolong promote jer. Tapi kebun cili tu memang ada kat rumah Cik Nor. Tak bohong yer, memang betul yer.hehe

Cili ni buat solok sedap tau. Saper suka makan solok?😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...