KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, January 6, 2017

Episod Akhir | Lara Cinta Ameena


Assalamualaikum..

Malam Rabu lepas berakhirnya episod Lara Cinta Ameena. Nak kata best tu tak de la sangat. Nak kata tak best tidak jugak. Bak kata omputih so- so gitu. Hehe. Tapi dah Cik Nor dah terlayan maka kena lah layan sehingga episod terakhir. Kalau memang dari first tak layan i dont care.😁

Cik Nor paling tak suka dengan watak Radhuan. Alahai terlalu mengikut perasaan dan membuat keputusan tanpa usul periksa. Suka mengata wife dia sesuka hati macam wife dia tu tunggul kayu, tak ada hati dan perasaan. Huh..memang mencikk la.

Puan Kirana dah macam nenek sihir. Berdendam dengan orang lain tapi semua orang jadi mangsa ketamakan dia. Sampai hati dia buat menantu dia dan cucu dia macam orang luar. Bagi pinjam duit dengan bermacam syarat tanpa ada perasaan. Dah la cucu dia ada kanser tahap kritikal. Memang busuk hati la. Huh

Ameena pula macam tak memainkan peranan utama, asyik nangis jer. Tak ada kekuatan langsung untuk menentang Puan Kirana dan memberitahu perkara sebenar kepada suaminya. Asyik disalah amggap orang jer. Memang tak best la watak Tiz Zakiah kali ni.

Eh. Ter emo pulak Cik Nor ni.haha. Maaf la peminat drama memang macam ni. Betul-betul menghayati orang kata.haha. I'm queen of drama not King Of Coco.😂😂😂

Thursday, January 5, 2017

Viral - Sekumpulan Gadis Panjat Mercu Tanda Ipoh

Gambar ambik dari pakcik google

Alahai minggu ni masih  kecoh pasal minah-minah bertudung dengan beraninya memanjat mercu tanda Ipoh. Perghh..Cik Nor tak mampu tau. Panjat pokok manggis dengan pokok rambutan bolehlah kot.hehe

Mana tak beraninya, panjat mercu tanda tu tanpa sebarang alat keselamatan. Siap letak buaian dan swafoto gitu. Memang terbaik dan mantop lah. Cik Nor puji la keberanian korang tu.

Tapi kan berani memang korang berani, jangan pulak menyusahkan orang kalau terjadi apa-apa. Dah la mercu tanda tu tinggi kalau jatuh, nauzubillah tak ke hancur anggota badan korang. Siapa yang susah? Pasukan keselamatan jugak yang susah. Mana nak cari anggota badan korang yang berkecai tu. So, sebelum buat apa-apa tindakan harap dapat berfikir dengan waras agak tidak menyusahkan sesiapa.

Pesanan Cik Nor kepada adik-adik di luar sana, baik korang g panjat pokok kelapa dari panjat mercu tanda tu. Tak faedahnya. Kalau panjat pokok kelapa lepas tu swafoto kat atas tu then post kat instagram #tolongmak#masaklemakciliapi. Perghh.. memang bakal-bakal mak mentua beratur nak meminang awak. Hehe. Betul tak?

Wednesday, January 4, 2017

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online (SAPS)



Assalamualaikum..

Semenjak seisi persekolahan 2017 dibuka ibu bapa dan anak-anak asyik dok bercakap pasal SAPS.  Apakah itu saps ibu bapa? Mengapa mereka sering memperkata tentang ia. Moh la Cik Nor terangkan serba sedikit SAPS ini. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada ibu bapa dan juga anak-anak diluar sana terutamanya di Malaysia.

Untuk membentuk dan mendidik anak kita supaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat pendidikan amat penting sekali bagi menjamin keterusan hidup yang penuh cabaran. Persoalannya disini bagaimana caranya untuk ibu bapa memastikan ianya berjaya? Disini ibu bapa perlu berkorban sedikit masa untuk memastikan ianya terus cemerlang dalam pelajaran dan masa depan yang penuh mencabar di era globanisasi.

Mengikut kepada yang berpengalaman, cara terbaik untuk memastikan  kecermelangan anak-anak dalam peperiksaan adalah dengan memantau keputusan peperiksaan mereka. Kenapa nak kena pantau pulak? Ya, kena pantau kerana keputusan peperiksaan merupakan kayu pengukur kepada prestasi pembelajaran mereka. Kita hendaklah sentiasa memastikan keputusan peperiksaan mereka berada ditahap yang terbaik.

Cik Nor nak tanya bila kali terakhir anda semak keputusan peperiksaan anak anda. Bila pula anda berbincang dengan pasangan tentang keputusan peperiksaan anak? Apa tak pernah semak dan tak pernah berbincang. Biar betul? Jangan ambil ringan perkara ini kerana ianya melibatkan masa depan anak anda. Kalau dulu memang susah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak kerana perlu ke sekolah setiap kali peperiksaan diadakan. Sekarang tidak lagi dengan adanya pemeriksaan keputusan peperiksaan anak dalam talian. Tak percaya? Cuba semak disini: SAPS Ibu Bapa


Aplikasi ini disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak secara dalam talian.  Dalam sistem SAPS Ibu Bapa  ibu bapa boleh mengakses peperiksaan anak mereka dengan mudah bagi pelajar tahun 1 sehingga ke tingkatan 5.

Kalau dulu sebelum adanya sistem semak keputusan keputusan SAPS ibu bapa  memang agak rumit untuk menyemak keputusan peperiksaan anak. Ini kerana ibu bapa perlu ke sekolah memeriksa keputusan peperiksaan anak setiap kali habis musim peperiksaan. Untuk bertemu guru kelas bukannya mudah kerana ibu bapa perlu membuat temujanji terlebih dahulu, ini sangat memakan masa dan tenaga.



Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan. Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang Cik Nor cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu kecewa sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi. InsyaAllah.

Opps...sebelum terlupa Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses secara dalam talian dan keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ini ialah keputusan setiap peperiksaan, darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan dikemaskini ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Sekiranya anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, harap anda prihatin dan lebih mengambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Mohon kongsi artikel ini  dengan yang lain semoga ianya dapat  membantu lebih ramai orang mengetahui mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara dalam talian.

Siapa King Coco?

Ambik kat pakcik google

Assalamualaikum

Baca tajuk confirm korang pun pelik kan? Kalau korang pelik Cik Nor lagi pelik. Siapa sebenarnya King Coco ni? Buka-buka facebook semua pakat dok cerita pasal dia. Aishh..hati membuak-buak nak tahu siapa King Coco ni. 

Tapi kan bila di google dan di telek-telek siapa King Coco ni memang Cik Nor tak kenal.  Baca kat laman sosial macam dia ni fofular sangat. Jauh panggang dari api. Nak kata artis bukan, nak kata kerja best tak jugak tapi kenapa dia begitu dikenali di laman sosial? Pelik jugak kan? Biasa kalau viral macam ni mesti orang tu artis ke apa.haha

Viral bukan pasal apa..pasal dia kahwin dan jadi isteri nombor 2 jer sebenarnya. Then dengar cerita wife nombor 1 dia sedang sarat mengandung. Kalau salah Cik Nor baca maka salah la maklumat ini. Harap maklong.hihi

Masa Cik Nor google tu jumpa la youtube dia sedang ditemuramah oleh satu rancangan. Cik Nor tak pasti rancangan apa. Perghh..dia punya slang omputih kemain lagi. Ingat kan bapa dia omputih rupanya nama bapa dia Ismail je. Nak kata dok oversea lama macam tak jugak. May be stail dia suka cakap macam tu kot.haha.

Kalau korang nak kenal siapa King Coco ni silalah lah google sendiri. Kalau tunjuk gambar pun korang tak kenal jugak.haha. Kalau Cik Nor tunjuk gambar coco crunch confirm semua kenal dan tahu.haha


 

Monday, January 2, 2017

Apa Itu gogoprint.com.my???

https://www.gogoprint.com.my/



Assalamualaikum…

Hai korang  masih tercari tempat nak buat business kad, flyers, booklets, wedding cards dan macam-macam lagi dengan harga yang murah. Jangan risau Cik Nor ada tempat untuk korang semua tempah semua tu. Tak percaya? Jangan macam tu. Harga serendah RM0.01. Murahkan?

Taraa… https://www.gogoprint.com.my/lah jawapannya. Satu tempat untuk bermacam-macam tempahan untuk korang buat. Anda peniagaa, blogger, bakal pengantin ? Ini lah tempatnya tak perlu susah nak start kerja cari kedai untuk tempat apa yang anda kehendaki. Hanya perlu klik website yang Cik Nor berikan. Pilih apa yang anda ingin tempah.





Sangat simple prosesnya  Cuma pilih apa yang korang nak tempah. Kad kahwin, business card, letterhead dan macam-macam lagi. Pilih saiz dan kerja then tengok harga dia. Kalau nak express mahal la sikit. Kalau lambat memang berbaloi tersangatlah murah. Cadangan Cik Nor better korang tempah awal dari tarikh event or sebagainya untuk dapatkan harga yang amat menjimatkan.

Dah pilih tu masukan order korang dalam cart dulu sebab korang kena hantar design korang untuk designer https://www.gogoprint.com.my/ create lagi cantik, menarik dan kebaboom. Seandai dah siap dan anda setuju dengan design tersebut pihak gogoprint akan menghantar dokumen tersebut dalam bentuk PDF. Anda boleh teruskan dengan pembayaran dan jangan lupa upload bersama design ada supaya tidak ada kesulitan kelak.








Mudahkan? Gogoprint menyediakan perkhidmatan mengikut kehendak kita.  Siapa tak kalau orang ikut kehendak kita. Apa-apa pun jangan lupa sign up dulu untuk kemudahan semasa pembayaran dan juga penghantaran.

Semuanya mudah, cepat dan yang penting dihujung jari.

Untuk Keterangan lanjut hubungi :

Email : info@gogoprint.com.my

Untuk memudahkan kerja korang semua, Cik Nor bagi link setiap  jenis perkhidmatan yang korang mahu.

1.Business Card 
2.Flyers 
3.Leaflets 
4.Booklets 
5.Table Tents 
6.Letterheads 
7. Postcards
8.Wedding Cards
9.Invitation Cards 
10.Greeting Cards 
11.Paper Placemats 
12.Presentation Folder 
13.Bookmarks 
14.Gift Vouchers 
15.Loyalty Cards 
16.Tag 

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...