Breaking News

Cuti-Cuti Melaka | A Famosa Resort




Melaka terkenal dengan tempat-tempat bersejarah peninggalan Kerajaan Melaka dan juga penjajah. Oleh kerana itu ia dikenali dengan nama Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia turut diistihar ole UNESCO sebagai Tapak warisan Dunia. Selain dari tarikan tempat bersejarah , terdapat banyak tempat menarik di Melaka untuk Koran lawati sperti pantai yang cantik, taman tema dan juga tempat-tempat percutian keluarga yang menarik. Dengan pelbagai kemudahan disediakan seperti hotel berprestij, resort yang menarik dan hotel-hotel bajet yang murah, tidak hairalah mengapa Melaka menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia.
Untuk lebih mengujakan korang untuk ke Melaka, jom Cik Nor tunjukkan beberapa tempat menarik yang korang patut lawati sepanjang bercuti ke Melaka.

  1. Maritime Muzium
Muzium Maritime atau Muzium Samudera, berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan. Di sini ini anda berpeluang untuk melihat bagai mana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menuntukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.
Tarikan utama di sini merupaka replika kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi ini. Agaknya harta karun tu masih ada lagi tak dibawah dilaut sumatera?

2. Stadhuys
Telah dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya, Stadthuys adalah contoh terbaik seni bina Belanda pada zaman itu. Ia dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur.

Satu contoh yang baik bagi seni bina penjajah Belanda, bangunan ini kini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi.

Antara yang dipamerkan ialah beberapa pakaian tradisional pengantin dan barang-barang peninggalan dari sejarah Negeri Melaka sepanjang 400 tahun. Kedua-dua muzium disediakan dan memberikan penjelasan terperinci bagaimana pakaian dan peninggalan ini 
memainkan peranan pada zaman kegemilangan Negeri Melaka suatu masa dahulu.


3.  Kota A Famosa
Kota A Famosa ialah salah satu tempat menarik di Melaka yang patut dilawati. Kota ini dibina pleh Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan sebaik sahaja mereka Berjaya menawan negeri ini. Ia berikutan, penentangan dari penduduk Melaka yang tidak henti-henti pada masa itu. Walaubagaimanapun, kota ini Berjaya disiapkan juga dan struktur binaanya cukup kukuh dengan empat menara dan tempoh setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Kota A Famosa telah membantu Portugis mempertahankan Melaka dari serangan luar dan memerintah Melaka selama 130 tahun.
Serangan belanda pada kurun ke 17 telah memusnahkan beberapa bahagian Ko A Famosa dan pihak British yang memerintah pada masa itu tidak berminat untuk membaikinya. Willian Farquhar iaitu Gabenor Melaka antara tahu 1803 hingg 1818 telah mengarahkan agar seluruh Kota A Famosa ini dimusnahkan kerana takut Melaka akan jatuh ke tangan musuh. Atas arahan itu, maka runtuhla Kota A Famosa dan yang tinggal hanya satu pintu kotanya sahaja yang dapat dilihat pada hari ini iaitu Porta De Santiago.
Terletak di Bandar Hilir Melaka, kesan peninggalan sejarah lalu Kota A Famosa kini menjadi tempat pelancongan popular di Melaka yang sentiasa dikunjungi oleh pelancongan setiap hari. Masih segar di ingatan semasa belajar di Melaka dahulu, Cik Nor dan kawan-kawan sanggup menapak walaupun jauh semata-mata untuk bergambar didepan Kota A Famosa ini.



4. A Famosa Resort
Siapa yang tidak tahu A’ Famosa Resort! Apa yang ada di sini? Macam-macam hado! Kalau korang masuk ke dalam, A’Famosa Resort ni dah macam satu bandar. Pernah sekali saya bersama keluarga berkunjung ke Melaka pada hujung minggu dan lepak-lepak di dalam resort ni sahaja – itu pun tidak sempat mencuba semua aktiviti di sini. Di sini terdapat Safari Wonderland (part paling best bagi saya adalah naik gajah), Water Theme Park, Cowboy Town, dan anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain yang menarik seperti memanah, menaiki go-kart, menunggang kuda, bermain paint ballpaintball dan banyak lagi!

Penginapan pun ada banyak pilihan. Anda boleh pilih sama ada ingin menginap di resort hotel, kondominium yang dijadikan hotel (maka apabila ia bergabung, meletup seperti lagu Adam & Stacy, terjadilah “condotel“), rumah banglo mahupun villa. Terdapat ramai pelancong dari dalam & luar negara yang berkunjung ke sini untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Memang sangat menarik A Famosa Resort ini, pelbagai daya tarikan ada. Hendak bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan ini lah tempatnya. Tengok sahaja peta lokasinya pasti korang semua  teruja untuk bercuti disini. Pendek kata memaang korang rasa berbaloi dan gembira kerana di A Famosa Resort semuanya ada.  Sila pastikan korang Online Deal Dengan A Famosa Resort  untuk menikmati dan merasai sendiri pengalaman bercuti di A Famosa Resort. Pasti korang teruja.

5 comments:

  1. Rindu pulak nak ke Melaka. lama tak pergi,

    ReplyDelete
  2. Best cuti-cuti ke Melaka ni tapi jalan jammed all da time..huhu...

    ReplyDelete
  3. lama tak pergi melaka..lepas bersalin, dah habis pantang, jalan puas2

    ReplyDelete