Breaking News

Cekodok Nasi Ala Cik Nor


Assalamualaikum..

Minggu ni Cik Nor tak balik kampung, sebab nak kemas bilik kat umah sewa. Bila dok kat rumah sewa penyakit malas memasak memang teruk melanda. Sebelum zohor Cik Nor masa nasi, tapi malas nak masak lauk. Oleh kerana dah lapar sangat Cik Nor cuma buat telur mata letak kicap dan potong cili makan dengan nasi panas-panas. Sedap sangat. 

Balik dari Aeon Mall petang tu lapar la pulak tapi malas nak masak. Baki nasi ada sikit lagi. Nak masak lauk memang tak la.hehe. Jom tengok resepi apa Cik Nor  buat. Ringkas tapi sedap.

Cekodok Nasi Ala Cik Nor

Nasi ikut suka hati ( sepatutnya di blend tapi Cik Nor letak macam tu jer)
Tepung gandum mengikut banyak mana nasi
Corrot ikut suka 
Ikan bilis ikut suka
Air garam 
Sedikit gula
Boleh letak mauripan untuk lebih kembung ( Cik Nor tak letak sebab mauripan Cik Nor dah expired😀)

Gaul semua bahan diatas sehingga sebati. Kemudian biarkan selama 30 minit sebelum digoreng. Panaskan minyak dan biar minyak betul-betul panas baru masukan adunan tadi. Ini untuk memastikan cekodok tu kembung seperti cucur vira tu. Goreng sehingga kekuningan.  Angkat dan toskan kan minyak. 

Cekodok ini boleh dimakan panas-panas bersama sos cili atau sambal bilis.

Untuk resepi ringkas tapi sedap dari Cik Nor boleh rujuk :


14 comments:

  1. tak rajin buat lagi lagu ni nak try la selalu jugak ada nasi lebih2 tu...

    ReplyDelete
  2. wahhh... kreatif ni..biasa apam guna nasi. Boleh cuba nnt.. tq ya ciknor

    ReplyDelete
  3. makan pulak sambil minum teh o panas...fuhh...hehe

    ReplyDelete
  4. First time dengar cekodok nasi. Nanti boleh try laa. Macam best nyumnyum.

    ReplyDelete
  5. penah baca org buat cekodok nasi,tapi sendiri tak penah buat,nt klu byk nasi nk try buat la

    ReplyDelete
  6. Belum pernah buat lagi, nanti nak try la...

    ReplyDelete
  7. tak buat lai..sellau buat cekodok ikan bilis je

    ReplyDelete