Breaking News

Cuti-Cuti Malaysia | Lost World Of Tambun -Part 4

Assalamualaikum...

Malam tak banyak cerita dalam part ni. Entry ni seisi nak menghapuskan gambar dalam tab yang makin menimbun. Banyak lagi gambar nak masuk. Untuk jadikan kenangan maka blog lah tempatnya.hihi. Gambar kat atas tu kandang kuda belang tapi kuda belangnya jauh di sana.


Bawah ni pulak pak belang. Cik Nor takut nak dekat dengan kandang dia. Buatnya tiba-tiba dia melompat keluar. Imaginasi tinggi kam Cik Nor ni. Padahal sebelum pagar tu ada dia buat macam sungai kecil. Mana boleh dia melompat. Haha

Ni gondolan yang menghayun tinggi. Siapa berani boleh cuma. Cik Nor dah cuba berdebar juga rasa.haha. Tapi ada satu kes seorang minah india, dia punya takut gayat, ya Allah menjerit tak ingat dunia. Sampai kena warning dengan orang yang jaga tempat tu. Cik Nor, anak buah dan adik bantai gelak jer.

Ni kolam tempat mandi yer..macam mandi kat pantai. Siap ada pasir-pasir gitew. Cik Nor tak boleh mandi, masa nak datang tu tiba-tiba bendera jepun. Huwaaa.


Ni kandang burung unta kalau tak silap. Bufung unta ni kecik lagi.

Ni patung badak bukan badak sebenar. Gambar badak sebenar tak snap rasanya. Masing-masing lupa bawa kamera masa naik keretapi.


Yang ni kat atas keretapi nak tawaf semua kawasan Lost World Of Tambun. 


Patung ni salah satu daya tarikan jika korang pusing satu kolam mandi tu. Kalau tak silap Cik Nor patung ni boleh keluarkan air melalui mulutnya. Tapi bukan selalum ada masa-masa tertentu.
Alahai..gambar pak belang lagi.

Hah..tu dia burung unta yang besar. Maaf gambar kecil😀

Burung kakak tua kan tu? Eh tanya orang pulak Cik Nor ni.

Eh..ke yang ni burung kakak tua. Confius hakak dik😂

Yang ni pula iguana. Bapak besar, geli jer Cik Nor tengok.

Malas nak crop dan letak watermark. Gambar kecik lah jadinya..hehe. Cik Nor dengan mak.
Cik Nor tengah meninjau kot-kot ada putera idaman hati ada tersesat disini.haha. Tapu hampa kelibatnya tidak kelihatan.

Gambar lebih kurang sama dengan kat atas tadi.

Bergambar bersama pakcik sabung ayam.😀

Akhir sekali mak saya bersama anak gajah peliharaanya. Eh..sejak bila mak pelihara gajah? Haha.  Entry ni tak ada kira-kira kos sebab tak keluar lagi dari Lost World Of Tambun. Hehe

Jumpa lagi di entry akan datang. InsyaAllah..

18 comments:

  1. eh..haritu ada gak ke Lost World of Tambun ni tapi tak explore byk tempat..tak de masuk kwsn. ni rasanya...Duk bawak anak buah main air je..pakej mak dengan pak sedara joint sekali..haha

    ReplyDelete
  2. bertambah rindulah kakak pada Ipoh.. huu~

    ReplyDelete
  3. dalam listing holiday.. entah bila boleh sampai sini. ahahaha..

    ReplyDelete
  4. Salah satu tempat yang saya nak pergi.. nice sharing sis..

    ReplyDelete
  5. Wow! menarik juga lost world of tambun ni. tak pernah pergi tapi memang ingin pergi suatu hari nanti

    ReplyDelete
  6. Bersiar2 dapat udara segar..kenangan mengusik jiwa ..inshaAllah jiwaraga sihat tu

    ReplyDelete
  7. Wow...menariknya...satu hari nak juga jalan-jalan ke "Lost World of Tambun" ni...

    ReplyDelete
  8. amboiii kemain gigih panjat gajah nooo... jumpa putera gajah laa nampaknya nnt hahahah

    ReplyDelete
  9. ohh macam zoo jugak ehh kat sini.
    ok, boleh masuk dalam wish list tempat bawak budak2 ni ;)

    ReplyDelete
  10. Tambun memang best. Sudah beberapa kali masuk. Lagipun dekat dengan umah mak. Hehehe...Bakal pergi lagi ni.

    ReplyDelete
  11. aira tak pernah sampai sini lagi,harap-harapnya satu hari nanti dapat jejak jugak :D

    ReplyDelete
  12. dah lama nak bw anak2 dtg sini... x sampai2 lagi...

    ReplyDelete
  13. Boleh masuk list bawak anak anak jenjalan sini

    ReplyDelete
  14. Boleh masuk list bawak anak anak jenjalan sini

    ReplyDelete
  15. Hihi....tak main dah bela kambing kambing ni, kita main bela gajah terus....

    ReplyDelete
  16. ada macam-macam dekat lost world of tambun ni..sehari memnag tak cukup

    ReplyDelete