Breaking News

Untuk Jejaka Lasak



 DASHING Anytime EDT


Assalamualaikum..

Pstt.. abam-abam sado kat luar tu, mesti korang semua aktif kan? Mesti selalu berpeluh dan ada bau kurang menyenangkan. Nak bawak perfume mesti leceh sebab botol besar kan? Kalau wanita tak apa la boleh letak dah handbag. Abam sado nak letak mana? hihi. Meh baca ni, Cik Nor nak kenalkan korang dengan satu keluaran terkini dari Dashing.  Dashing Anytime EDT mudah dibawa ke mana-mana kerana boleh masuk poket seluar jer. Tak percaya? Jom baca apa kelebihan Dashing Anytime EDT ni.

Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personalit serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari. 


 DASHING Anytime EDT

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,”. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “faktor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.”


                                                           DASHING Anytime EDT
Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa kemana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja. 

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.


                                                           DASHING Anytime EDT
1.      Cool
       Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturise bagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.


2.      Active
Khas untuk si jejaka lasak yang ama tmenggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.


 DASHING Anytime EDT
3.      Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan  seharian lelaki moden. Ultimate Kick berkonsep ala   musim panas yang aktif, menampilkan    rumusan dari  percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan   kesegaran buah pelaga, vanilla  dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


                                                   DASHING Anytime EDT  
4.      Hattrick 
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Di jual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

16 comments:

  1. dashing tak pernah tak wangi.. lea suka bau dia..

    ReplyDelete
  2. utk jejaka je ke?? hukhukhuk.. ina pun suka pakai dashing.ehehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau ada org yg pkai dashing lalu tepi mmg CR akan perasan bau dia sbb wangiii.haha

    ReplyDelete
  4. suka wangian dashing.. mudah tertarik dengan lelaki yang pakai dashing ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. tiada lagi alasan untuk tidak berbadan wangi bagi lelaki.

    ReplyDelete
  6. wangi jugak dashing ni. hasben Qekra suka pakai bedak dia ;)

    ReplyDelete
  7. Husben kita suka benor dengan perfume Dashing ni...Boleh suggest kat dia beli hat mini ni...senang nak bawak travel...

    ReplyDelete
  8. masa sekolah dulu mmg fav dashing wlupun produk laki... hehe

    ReplyDelete
  9. Suka dengan packaging baru Dashing.. Cute sesuai dibawa travel..

    ReplyDelete
  10. Betullah cik Nor kadang tu kalau asyik entry review boring jugak ek...

    Kiranya Dashing lama gak bertahan kat pasaran kan

    ReplyDelete
  11. Abe dulu pakai goni gak loni tukar doh pakai rexona pulok

    ReplyDelete
  12. hehehe alamak tu lah menjadi kegemaran pewangi tu..memang sesuai untuk man

    ReplyDelete