Breaking News

Cuti -cuti Malaysia | Lost World Of Tambun - Part 3


Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 2, maka bermula lah episod kami satu hari berjimba di dalam Lost World Of Tambun. Nak tahu aktiviti kami kat dalam tu? Korang tunggu lah sampai part berapa Cik Nor tak tahulah. Haha. Gambar atas tu muka excited sebab semua dah dapat tiket masuk. Rabak poket hakak dik.😀😀😀


Seawal pagi lagi kami bersiap. Mak pagi-pagi bangun siap masakkan nasi dan panaskan lauk untuk sarapan. Ye lah kalau tak makan nasi mesti lapar. Kat dalam tu tak boleh bawak masuk makanan luar yer. Kecuali air masakm tu pun kena letak dalam botol kita sendiri. Sebarang boto mineral tidak dibenarkan. Harap maklum...hehe


Kami bertolak dari homestay ke Lost World Of Tambun lebih kurang pukul 9.30 pagi. Mesti korang tertanya -tanya kenapa pergi awal sangat. Kami nak beratur nak beli tiket sebenarnya. Kami tak beli online sebab masing-masing nak dapatkan diskaun. Macam Cik Nor nak tebus hadiah harijadi dari sunway pals. Adik Cik Nor yang OKU tu guna kad JKM dia untuk diskaun. Manakala kakak Cik Nor guna kad Parkson. Yang mana nak ke Lost World Of Tambun jangan lupa cari kad untuk dapatkan diskaun untuk tiket masuk. Jimat sikit belanja. Beratur panjang tak apa janji jimat duit.hehe


Kalau tak silap Cik Nor lebih kurang pukul 10.30 pagi pintu masuk telah dibuka. Mula-mula masuk tu lenggang lagi orang yang datang. Dalam hati Cik Nor cakap, mungkin hari bekerja tu yang tak ramai orang. Huh..silap sangkaan, menjelang tengahari penuh umat manusia yang entah bila masuk pun tak tahu la..hihi


Mula-mula masuk explore dulu cari port best dah rileks dan letak barang-barang. Dah jumpa tempat baru la pergi check mana tempat menarik yang patut dikunjungi dulu. Betul lah ramai kawan blogger cakap kena explore kawasan kering dulu baru lah g berjimba dalam air. Tengok Cik Nor siap mendulang bijih timah lagi.haha


Gambar kat atas tu, dah penat jalan kaki. Tempat dia luas sangat. Dah tak terhayun kaki ini untuk berjalan maka kita naik train lah beramai-ramai untuk tawaf seluruh kawasan Lost World Of Tambun ini. Hehe


Yang dah petang, hari pun dah mendung nak hujan. Oleh kerana dah janji dengan adik yang OKU ni nak bawak dia pergi petting zoo kot nama tempat ni maka bertabah lah Cik Nor menolak kerusi rodanya ke sana. Semua tempat Cik Nor masuk kecuali tempat yang ada ular. Idok la teman pergi. Takut wehhh..


Ni gambar dah nak balik ni. Ingat hari nak hujan cepat-cepatlah berkemas. Apa..guruh dilangit jangan disangka hari mau hujan. Tapi bila dah sampai luar tak jadi la pulak hujannya. Apa lagi bergambarlah dulu. Hehe. Mak  Cik Nor tu selamber jer keluar berkain batik. Buat macam kampung dia pulak yer.haha. tak apa lah mak sekali sekala buat macam tempat sendiri apa salahnya.hihi.  oklah...Cik Nor berhenti kat sini dulu. Tunggu part seterusnya. Sampai korang boring baca. Haha

Yang ketinggalan baca untuk part 1 dan part 2 boleh baca sini : 

Perbelanjaan untuk hari ke 3

Tiket untuk 4 orang selepas diskaun = RM209.00
Makan tengari ( nasi ayam = RM10.00 X 4) + ( air mineral  botol kecik yer...RM4.50 X 5) = RM62.50.
JUMLAH PERBELANJAAN = RM271.50

12 comments:

  1. Pernah pergi Lost World of Tambun ni skali. Masa tu dah beli tiket dengan kawan online. Dah la jem nak masuk situ, dah rugi masa. Terlepas jgak animal show. Anak2 mandi pun selang seli dengan hujan rintik2. Macam nak suruh kami repeat je nanti ni. Best tu best. Tapi keadaan masa tu tak menyebelahi kami kot. Hehe

    ReplyDelete
  2. Bila dapat g lwot ni .. macam beh je bwk Rayyan

    ReplyDelete
  3. ceria muka semua orang.. seronok jalan2.. sesekali memang perlu kita lari sekejap dan berehat. beriadah dengan families =)

    ReplyDelete
  4. bestnya akak.. dapat ke tambun.. busyra tak pernah ke sana..

    ReplyDelete
  5. adui !! bestnya !! lama tak singgah Ipoh !! awak singgah makan nasi vanggey tak ?

    ReplyDelete
  6. Seronoknya ciknor lagi2 pergi ramai2 kan

    ReplyDelete
  7. yuhuu... syoknyer bila bersama fmly cam ni cik nor... murah gak perbelanjaan berhemah

    ReplyDelete
  8. sha belum sampai sini lagi..hopefully one day sampai ke sini...hihihi

    ReplyDelete
  9. wahhhhh cik nor jumpa lee kwang soo (giraffe) laaa hahaha...

    cik nor, jumpa ular laa best... sbb kita kan jarang jumpa beliau hahahaha

    ReplyDelete
  10. Macam menarik je.. tak berkesempatan lagi nak ke sana..

    ReplyDelete