Breaking News

Cuti-Cuti Malaysia | Lost World Of Tambun -Part 1


Assalamualaikum..

Sempena cuti Deepavali 2 minggu lepas Cik Nor dan beberapa orang ahli keluarga sepakat untuk bercuti ke Ipoh, Perak. Percutian ini telah lama dirancang dan akhirnya tercapai jua akhirnya...alhamdulillah. Bukan percutian mewah tapi percutian bajet jer.hehe. 

Pergi bercuti ni bukan apa, saja nk hilangkan tension. Asyik kerja jer, tak tengok dunia luar pun😀😀😀. Kami pergi dengan menaiki 2 buah kereta. Sebuah kereta kakak dan sebuah lagi kereta Cik Nor sendiri. Oppss..terlupa pulak, penginapan telah kami tempah 2 minggu awal dari tarikh kami pergi. Kami sewa homestay jer kat Taman Pinggiran Putra 1 dengan harga RM280.00 untuk 3 hari 2 malam. Murah ke mahal erk?



Kami bertolak seawal pukul 7.00 pagi dari Machang ke Gua Musang dan kami tiba di Gua Musang lebih kurang pukul 9.00 pagi. Singgah sekejap di situ untuk pick up abang ipar yang memang dah tunggu disana. Dalam pukul 9.30 pagi kami bertolak ke Ipoh. Cik Nor drive dari Gua Musang ke Pos Brooke jer...selepas dari Pos Brooke kakak Cik Nor ambik alih sebab Cik Nor tak biasa la dengan jalan yang berbukit dan agak curam.

Memang agak mencabar laluan dari Gua Musang -Simpang Pulai -Ipoh. Sampai hangit bau brek kereta Cik Nor asyik brek jer. Mana taknya dah jalan selekoh banyak lepas tu asyik turun bukit jer. Kalau tak betul-betul jaga stereng memang boleh terbabas tambah-tambah kereta Cik Nor jenis ringan. Memang kebas la tangan pegang stereng.


Oleh kerana kakak bawa kereta agak perlahan kerana berhati-hati kami tiba kat Ipoh, Perak lebih kurang pukul 1 lebih. Nasib senang cari homestay tu dan sampai-sampai kami dah boleh check in. Syukur..boleh rehat cepat, lagi pun Cik Nor bawa sekali adik Cik Nor yang OKU tu. Kesian pulak kat dia hampir 7 jam dalam kereta tak turun-turun. Kami kalau berhenti sekejap boleh keluar dari kereta renggang-renggangkan otot. Dia susah sikit la nak keluar dari kereta sebab kena keluarkan wheelchair dia dulu.

Aktiviti petang tu, aktiviti bebas dan rehat sebab esoknya 1 hari  kami akan berada di Lost World Of Tambun. Kami pusing-pusing taman dan cari kedai untuk cari bahan nak masak.  Nama pun percutian bajet mestilah kena masak. Tak masak..banyak oo nak keluar kan duit beli makanan kat luar. 9 orang tu.hehe. Nasibla Ayam Brand banyak membantu. Terima kasih Ayam Brand.😊

Setakat ini dulu coretan untuk hari pertama. Tunggu part 2 untuk hari ke 2. Penuh dengan gambar yer😀😀😀

Jumlah perbelanjaan hari pertama
1. Sewa homestay ( Hj. BASRI HOMESTAY -0174661772) = RM280.00
2. Petrol ( Machang-Ipoh) =RM44.00
3. Sarapan pagi + jajan dalam perjalanan =RM30.00
4. Makan tengahari + makan malam ( masak sendiri) =RM60.00
JUMLAH KESELURUHAN HARI PERTAMA = RM414.00

10 comments:

  1. wah!menarik sungguh percutian bajet ni!nanti nak pergi boleh refer balik..

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti ya..klik ni https://madey09.blogspot.my/2017/10/nov-dis-2017-hadiah-untuk-blogger-hebat.html

    ReplyDelete
  3. cayalah cik nor drive kat laluan tu.. tp dpt berendam dlm air lupa semua tu kann

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya mesti release tension sekejap kan

    ReplyDelete
  5. Yelah...dah penat bekerja tu eloklah bercuti cutian kan cik Nor. Duit pun banyak lagi tu hihi....

    Betullah tu cik nor ...9 orang bukan sikit punya bajet tu haha...Tak perlah banker blogger kan ada

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa g berjalan tambun. Rasa murah da kot rate hstay tu sbb utk 2mlm kan.

    ReplyDelete
  7. seronok jalan2.. berbaloi dah tu harga homestay tu Cik Nor.. hehe.. memang kena berhenti selalu kan kalo jalan dari or ke pantai timur. kalo CT pun memang akan berhenti kasi kereta berehat. selekoh2 tu bahaya..

    ReplyDelete
  8. pergh berjalan ni..ingt ikut kbba..hehehe..belum pergi lagi ni lwot

    ReplyDelete