Breaking News

Tupak Dakap a.k.a Ketupat Daun Pisang


Assalamualaikum..

Salam kemerdekaan yang ke 60 dan salam aidiladha. Wah..terasa lama tak update blog. Nak buat macam mana kalau tuan blog cuti maka blog pun rehat jugakla.hehe. Bukan tak ada idea nak updates tapi line internet macam siput sedut masak lemak dengan belimbing buluh.haha

Pagi raya korang masak apa eh? Cik Nor masak nasi putih dan buat kari daging, Goreng ikan masin, pergh..memang walaweh..hihi. Raya ni agak terkilan sikit sebab tak dapat pergi solat sunat aidiladha. Kenapa? Jari kaki kena cengkam kuku. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Masa tulis blog ni masih ada lagi sakitnya. Korang ada petua tak nak hilangkan sakit cengkam kuku ni?

Mesti korang tertanya-tanya apa dalam gambar diatas tu? Cik Nor letak kat facebook hanya orang Kelantan yang tahu.hihi. Ada yang ingat tu burasak. Cik Nor sendiri pun tak tahu apa itu burasak. Hehe. Tu nama nya tupak dakap atau ketupat daun pisang. Ketupat yang dibungkus dengan daun pisang ni best rasanya berbanding dengan ketupat yang dibalut dengan daun palas.

Tupak dakap tu terjadi kerana ketidakcukupan daun palas. Mak dah beli banyak, tapi banyak daun kecil. So, kerugian disitu. Nak beli baru macam tak sempat dah. Sebagai penyelesaiannya mak ambik daun pisang muda untuk menghabiskan pulut yang masih berbaki. Korang pernah rasa tak ketupat yang dibalut dalam daun pisang? 

Korang buat ketupat setiap kali hari raya? Jom  kongsi😀😀😀

8 comments:

  1. Tak pernah makan lagi ketupat daun pisang. Ini pun baru tau ada mcm tu.. nampak sedap dan menyelerakan.. best. Salam Aidiladha :)

    ReplyDelete
  2. Cengkam kuku klu dh teruk sgt mmg kne cabut kuku bru baik. Adik kne bru ni mcm2 cara buat sbb nk elakkn dr cabut kuku. G klinik per1, doc cabut. Kuku sikit n x jln jgk. Last g klinik swasta doc garang, byk jgk kuku yg dia cabut.. Bru la baik..

    ReplyDelete
  3. sakitnya cekam kuku..pergi klinik je cik nor..kang infection bernanah lagi parah tu..

    ReplyDelete
  4. Burasak ni ala ala nasi himpit yg di bungkus dlm daun pisang cik nor... rasanyalah hihi....tu isi pulut ke nasi?

    ReplyDelete
  5. First time mama nengok ni. X pernah Rasa lagi

    ReplyDelete
  6. xpenah rs tp kalu sy dtg ke sn nnt cik nor kn laa buat kn utk sy ya ;-)

    ReplyDelete
  7. Mil cik ash suko sangat tupat dakap ni..

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi makan ketupat dibalut dengan daun pisang

    ReplyDelete