Breaking News

Korang Pandai Bersolek Tak?


Assalamualaikum..

Macam pelik jer tajuk entry Cik Nor malam ni. Hehe. Korang layan kan sahaja apa yang Cik Nor akan tulis nanti. Tak nak baca pun tak apa, Cik Nor tak kecik hati sebab dalam entry sebelum ni korang dah luahkam semuanya kat Cik Nor. So, Cik Nor dah tahu sebab korang tak blogwalking. Hehe. Cik Nor mintak maaf kalau Cik Nor komen pendek-pendek kat entry korang. Cik Nor dah baca semua isi kandungan entry korang tapi Cik Nor kena kejar masa. Setiap hari Cik Nor dah target berapa blog nak blogwalking sehari. Harap korang faham yer😀😀😀.

Eh, panjang pulak Cik Nor membebel.  Pasal tajuk kat atas tu kan, sebenarnya Cik Nor tahu tahu bersolek. Tengok orang bersolek, alahai cantiknya. Nak bersolek sendiri mintak maafla takut jadi mak lampir jer.haha. Pernah baca kat facebook, ada orang tanya berani ke keluar rumah tanpa sebarang solekan? Bagi Cik Nor berani jer sebab Cik Nor tak pandai bersolek. Bagi yang pandai bersolek, memang tak kot. Hehe

Cik Nor jenis simple tapi tak ada lah selekeh. Kiranya sedang-sedang la. Hehe. Kalau keluar pergi pasar just pakai krim untuk elak sinar uv. Kalau rajin pakai lipstik, kalau malas pucat macam tu jer bibir.haha. Kalau pergi kerja just tepek compact powder dan calit lipstik. Itu sudah memadai bagi Cik Nor. Hehe. Jangan tak tahu dalam hadbag Cik Nor cuma ada lipstik, compact powder, lips bam dan mini perfume. Eye line, maskara dan seangkatannya memang Cik Nor tak pernah beli. Jakun kan Cik Nor?😁😁

Masa shooting sebulan lepas first time Cik Nor bersolek,tu pun makeup artis yang solek kan.haha. Kalau harap Cik Nor memang tak la. Tu pun dah habis shooting rasa nak cepat-cepat tanggal makeup. Cik Nor jenis cepat rimas kalau tepek segala macam benda kat muka. Bila dah cuci arhh.segarnya muka.

Kalau kat pejabat, lepas solat memang tak calit apa-apa dah. Balik kerja muka macam kak limah dah, janji tak rimas..haha. Siapa macam Cik Nor kita geng😂😂😂

10 comments:

  1. Sama la kita pakai biasa jer.. Tambah muka loni alergik sbb resdung lagi nakpakai apa 2 takut

    ReplyDelete
  2. kita suka mekap tp tang kening & eyeliner fail hahahahha

    ReplyDelete
  3. Rabia pun tak bersolek jugak dulu..suka muka natural..kalau makeup kan..beza tau muka asal dan muka bermekap..

    tapiiii...sekarang rabia makeup simple jer.biasalah pagi2 rabia pakai moisturezer,pelembab dan compact powder.
    lepas tu pakai eyeshadow,blusher,gincu.Siap!

    ReplyDelete
  4. Saya dulu tak bermekap..Macam cik nor gak, pakai compact powder & lipstick je..Siap..Cuba sekarang memang complete dari foundation, loose powder, eye brow, eye liner, eye shadow, blusher, lipstick & perfume..haha

    ReplyDelete
  5. Saya ok je, asalkan ada foundation, bedak selalu tak pakai jugak, sebab calit foundation, dah cerohh.ahahha~
    memang kje kat kilang, lg mls, just foundation, so kalau keluar, tak kisah sgt ponn x bermakeup..hehehe

    ReplyDelete
  6. tak pandai solek tapi kalau gi dinner solek sendiri je..taram je asal nampak comei

    ReplyDelete
  7. pandai tu tidak la.. haha tapi reti sikit2

    ReplyDelete
  8. Kita x reti bermakeup.. tp suka tgk org yng cntik bermekap.

    ReplyDelete
  9. Hakak suka gak bermekap ni tp macam cik norlah jugak, jenis tak reti nak mekap.
    Setakat pakai lipstik, bedak tu aelah...

    Kang bermekap mekap sangat org ckp buang tebiat pulak hihi..

    ReplyDelete
  10. Suka tengok orang yang pandai make up.

    ReplyDelete