Breaking News

Kenapa Baru Timbul Isu


Assalamualaikum.

Dah masuk 2 minggu laman sosial hangat dengan cerita-cerita pasal Sukan Sea 2017. Ada yang minat dan ada juga yang tak minat. Terpulang pada diri masing-masing. Walau apa yang korang minat jangan lupa sokong pasukan Malaysia.

Sejak isu Yb KJ sertai sukan polo dan beliau menang pingat emas ada jer natizen yang tak berpuashati dengan kejayaan beliau.  Cik Nor bukan nak sokong mana-mana pihak tapi korang patut bangga ada Menteri yang sanggup turun padang untuk harumkan nama negara. Korang yang dok kutuk Yb KJ ni, Cik Nor nak tanya, korang terlibat ke dalam mana-mana jenis sukan ke dalam Sukan Sea 2017 ni? Huhu

Terkini ada pula yang cabar Yb KJ. Aduhai..kenapa awal-awal beliau umumkan hendak sertai Sukan Sea 2017 ni tak ada siapa yang membantah. Bagi cadangan supaya pemilihan dibuat atau apa cara yang membolehkan pakar-pakar sukan polo ini dapat beraksi. Ini tidak dah dapat pingat emas pun masih tak berpuashati.

Tapi kenapa tak ada isu pulak bila Sultan Mizan sertai Kuda lasak? Tak hebat ke orang cabar Yb KJ dalam sukan kuda lasak? Hehe. Cik Nor tanya jer. Apa-apa pun tahniah buat YB KJ dan Sultan Mizan hadiahkan emas buat Malaysia.


5 comments:

  1. alahai macam2.. ada jgk org mcm ni.. kesian KJ..huhu

    ReplyDelete
  2. ada ajer yang x kena diaorang ni kan, walau aper pun tahniah wat YB KJ dan Sultan Mizan

    ReplyDelete
  3. susaH nak puaskan hati semua orang ni..

    ReplyDelete
  4. Kan....tak habis habis nak cemburulah diaorang ni. Hish....

    ReplyDelete