Breaking News

RumahTerbuka Datin Rahimah


Assalamualaikum..

Mood raya belum habis lagi weh. Raya kan sebulan tak salahkan kalau Cik Nor buat entry berkaitan rumah terbuka. Ke ada yang marah? hihi. Bagi yang marah tu sila pergi terjah mana-mana rumah terbuka dan jangan lupa buat entry yer.

Gambar kat atas tu Cik Nor dah siap ke rumah terbuka Datin Rahimah. Siapa datin tu? Itu tak penting, dia dah jemput makan kita pergi jer la.haha. Tema rumah terbuka malam tu..black & gold blink2. Tudung bawal Cik Nor tu bukan gold tapi soft yellow. Hentam jer la, malam-malam orang bukan nampak sangat warnanya. Haha. Kurus kan Cik Nor dalam gambar tu. Siapa cakap Cik Nor gemuk sila pergi main jauh-jauh. haha
 
Menu yang ada kat rumah terbuka, sudah semestinya satey dengan nasi impit. Pergi lah mana-mana rumah terbuka menu ini lah yang utama tuan rumah hidangkan.  Maafkan Cik Nor gambarnya gelap gulita. Cik Nor guna tab jer ambik gambar. Nasib nampak nasi impit dengan timun.haha

Alahai gambar ni lagi gelap gulita. Meh la Cik Nor terangkan apa benda tu. haha. Dalam gambar tu Kambing bakar & ayam bakar dengan sos black paper. Mula-mula try sos dia rasa tak sedap sangat, bila dah banyak masuk mulut eh..rasa sedap la pulak. Dasar makan banyak kan? 


Yang ni pulak akok. Makanan tradisional orang Kelantan mana boleh tinggal. Sedap la akok ni sebab dia letak perisa jagung. Biasa akok perisa pandan biasa jer. Banyak lagi makanan lain yang dihidangkan tapi Cik Nor ambik yang betul-betul nak makan jer. Kan ambik banyak-banyak tak termakan la pulak. Dah membazir kat situ. Antara menu lain yang dihidangkan nasi tomato dengan ayam masak merah, mee goreng, popia dan macam-macam lagi lah.hehe 

                                                    



8 comments:

  1. sate memang tak tinggal punye kalau open house besar-besar ni

    ReplyDelete
  2. Cik Nor mmg kurus pun.. tu pakai baju warna apa pun, tetap nampak kurus..hehe

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa pergi rumah terbuka. uyul tak dan nak pi mana mana bile da kerja.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. Lama betul tak makan akok...

    ReplyDelete
  5. nasi impit kuah kacang kelate memey tak tinggal menu wajib tu

    ReplyDelete
  6. salam cik nor..pe habaq?
    wahhh raya sebulan ye...
    pose ckup sbulan tak tu..hehe =p gurau jek..
    makan pun beringat tau..kawal kuantiti..
    nti pewot tlebih muncit..hehe ^o^

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Ada mama fav food satay. Comey ciknor

    ReplyDelete
  8. Untunglah dapat makan rumah terbuka Datin hihi....Hakak, harap rumah terbuka jiran jiran jerlah Cik Nor hihi

    ReplyDelete