Breaking News

Disebalik Tabir Shooting - Tumit Tinggi


Assalamualaikum..

Walaupun rancangan ini telah disiarkan pada 30 Julai 2017 di TV1 pada pukul 12.00tgh tapi cerita disebalik tabir shooting tersebut masih banyak ingin dikongsi. Gambar-gambar yang diambil tak tahu nak campak mana. Maka blog lah tempat Cik Nor abadikan semua ini.hehe


Masa ni tengah bincang apa ntah, sempat lagi Cik Nor selfie dengan kakak. Muka perasaan cool padahal fikiran bercelaru. Macam-macam nak fikir.haha. Kata berlakon, Cik Nor pun berlakon nampak cool..hihi 

 Kalau tengok gambar kemain ceria Cik Nor masa shooting tu. Dalam hati Hanya Tuhan yang tahu. Semuanya macam blank. Masa sebelum datang dah plan macam-macam tapi bila sampai tempat shooting habuk pun tarak weh..semuanya macam terbang dibawa angin.haha


Semua gambar ni kakak Cik Nor yang ambik, Cik Nor memang tak sempat nak fikir apa-apa dah. Siap jer makeup jadual dah padat. Iyolah tu..padahal dia nerbes. Dekat 5 jam juga shooting tempoh hari. Tapi Cik Nor rasa macam sekejap jer.


Gambar yang atas ni memang part last dah. Macam-macam aksi ada. Masa ni tengah dengar arahan dari director dan juga jurukamera. Tiada skrip yer. Apa yang Cik Nor cakap dari idea Cik Nor sendiri.


Yeahaa...akhirnya dapat jugak main kertok walaupon nampak agak kekok. Untuk makluman semua tugasan Cik Nor pada hari itu, memperkenalkan permainan tradisional Kelantan iaitu kertok. First time tengok  cara pembuatan kertok dan cara ia dimainkan. Teruja sangat.


Cik Nor in action bersama kumpulan kertok. Diaorang ketuk kuat bunyinya. Cik Nor ketuk macam tak bunyi jer. Ialah kan depan kamera kena lah sopan santun. Kalau tak ada kamera, pecah kertok tu Cik Nor kerja kan.haha. mana ada..acah-acah ganas jer lah.


Part ni yang paling lama. Mula-mula Cik Nor belajar ketuk kertok, kemudian di ikut oleh kumpulan kertuk. Cik Nor pun scene sekejap jer. Kumpulan kertok tu yang lama.


Real tak lakonan Cik Nor? Agak-agak Rosyam Nor & Yusof Haslam nak ambik berlakon tak. Haha. Verangan la Cik Nor ni. Berlakon untuk segmen 6 minit pun haru, ni kan pulak berlakon drama. Jadi tunggul kayu la nanti.haha

Macam-macam action dalam gambar ni. Nasib semuanya Cik Nor sopan. Kalau tak kantoi..haha. Control ayu weh..orang kampung penuh tengok penggambaran ni.

Bagi yang tak berkesempatan tengok hari ahad lepas. Umminani ada rekodkan untuk Cik Nor. So Cik Nor upload dalam youtube. Tengok kat my klik pun boleh tapi episod Cik Nor punya tak ada lagi. Ulangan ada tapi sabtu minggu depan.


                             

19 comments:

  1. nak kena tgk ulangan la kat online.. heheheh

    ReplyDelete
  2. Terlepas tgk rncgn ni mggu lps..cik nor,awat tak update awal2..

    ReplyDelete
  3. tahniah..sempat juga tengok cik nor ari tu hihi

    ReplyDelete
  4. wahhhhh fofular cik nor...nak sainnnn...

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi...
    nieyl dtg singgah pagi...
    amboiii...popular la cik nor...

    ReplyDelete
  6. Lepas ni mana tau rezeki dapat masuk tv lagi... popular tau... Amin...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. :)
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  8. tahniah cik nor.. ulangan bila eh nak tengok cik nor la

    ReplyDelete
  9. Waa.. keluar tv la... popularnya cik nor ni

    ReplyDelete
  10. Wah cik nor ...gelemer gitu..hikhik

    ReplyDelete
  11. wahh seronoknya siap shooting. hehe

    ReplyDelete
  12. Bangga tau I ada kawan retis hihi...
    Mau tak nebes weyh. Dahlah depan kamera, crew ramai pulak tu.
    Kotnya boleh terjumpa jodoh ke mana tau kan..

    ReplyDelete
  13. bestnya masuk tv...hehehe. femes cik nor

    ReplyDelete
  14. ok la tu cik nor... dpn kamera on action leh buat juga.... all the best cik nor :) seronok tgk gambar2 shooting! rindu...

    ReplyDelete