Breaking News

Akhirnya Kau Rebah Jua

gambar sumber google

Assalamaulaikum..

Baca tajuk kemain suspen kan? Mesti korang fikir apa kan?hehe. Tak ada apa sebenarnya cuma nak cerita pasal malam tadi pun kejadian jer. Elok-elok nak tidur dia pulak rebah menyembah bumi. Adoii..memang seksa la nak kemas. 

Ni hah Cik Nor nak cerita pasal almari kain Cik Nor yang dah 5 tahun guna akhir roboh akibat plastik tapak yang sudah uzur dah pecah akibat bebanan terlalu berat. haha. Salah Cik Nor jugak pergi humban semua baju bajan dalam tu. Almari kain macam tu mana tahan kalau dah berat lebih dari yang dikehendaki. Tapi Cik Nor tetap berterima kasih kat almari yang roboh itu sebab selama lima tahun berkidmat tak pernah buat perangai. Bila buat perangai pun dah memang akhir hayat dia.haha

Cik Nor beli almari kat Giant, Kota Bharu. Giant lama dalam bandar Kota Bharu bukan Giant, Tunjong. Yang tu giant baru. hehe. Masa baru jer pindah Kota Bharu. Gigih la bawah naik bas. Semua orang tengok apalah minah ni bawak.Tapi wat rileks jer. Sedih sangat masa mula-mula pindah Kota Bharu, kenderaan sendiri tak ada lagi masa tu. Kawan-kawan kat rumah sewa pun tak kenal sangat lagi. Tak tahu nak mintak tolong kat siapa-siapa. Akhir nya berdikari sendiri.

Orang kata memang bebaloilah dengan harganya RM60.00++ rasanya. Masa tu ada sales kat Giant, terus grab bila promoter tu kata almari tu elok dan tahan lama. Cik Nor asal dengar murah dan tahan lama terus beli la. Yelah.. baru start kerja baru... gaji pun belum dapat lagi. Mana nak bayar rumah sewa, mana nak makan. Semua guna duit kan. Alhamdulillah.. berbaloilah apa yang Cik Nor laburkan sebelum ini.

Apa-apa pun terima kasih buat en. almari kerana berkhidmat selama 5 tahun dengan Cik Nor tanpa jemu dan bosan walaupun Cik Nor humbang segala jenis barang dalam tu.haha. Tengah fikir nak beli almari macam mana pulak lepas ni. Boleh bagi idea tak? Alamari kayu tak nak sebab rugi kalau pindah. Tak bawak sekali dah kot. Jangan tanya baju-bajan tu kat mana? Kat dalam bakul semuanya.haha

14 comments:

  1. 5 tah7n kiranya lama jugak tue , CCL pernah pakai almari ni . Tapi materialnya kain , tak sampai setahun seingat CCL dah pun reput .

    ReplyDelete
  2. yeay...dah rebah boleh beli baru....

    ReplyDelete
  3. Cik Nor, haritu saya & husben beli almari plastik design macamni lebih kurang kat Lazada..murah je..tahan baper hari je..roboh di tengah malam gak..dah satu keja kena susun kain baju malam2..haha

    ReplyDelete
  4. 5 tahun berkhidmat, lama jugak tu...layak dah dapat pengganti :D

    ReplyDelete
  5. lama tak nampak almari mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  6. lama tu berkhidmat Cik Nor.. lima tahun tu dia berbakti.. xpe da sampai masa da diganti baru hehe..

    ReplyDelete
  7. 5 tahun lama tu kena bertukar baru la lepas ni.. Beli yang macam laci tu cik nor

    ReplyDelete
  8. nory plak kayu penyangkut dalam almari tu yang roboh...banyak nau baju kot...hahahah..takleh nak tampung...

    ReplyDelete
  9. beli baru ler - berbaloi pakai lama bebenar

    ReplyDelete
  10. time dah pakai duit banyak ni lah, nak rebah kan..nasib baik jumpa yang harga murah..hehe

    ReplyDelete
  11. nak kena beli yg baru ni cik nor hehe

    ReplyDelete
  12. takziah pada en.almari..
    huhuh ^,^

    ReplyDelete
  13. Ok la 5 tahun mama punya tak sampai setahun. Budak2 panjat masa main nyorok2. Diorg ingat almari Katy gamaknya

    ReplyDelete
  14. Tak de almari susah jugak ye Cik Nor.... nak gantung baju.
    Nak beli yang kayu susah jugak, nak pindah nanti. Beli lagi jerlah almari plastik mcm tu

    ReplyDelete