Breaking News

Bila Iklan Adsense Digantung


Assalamualaikum..

Dua hari tak buka blog, hari ni tiba-tiba terima email dari google adsense. Ingat dapat berita gembira tapi rupanya berita sedih.  Adoii..memang bad news bila iklan adsense Cik Nor digantung 30 hari. Sebab apa? Nanti Cik Nor cerita yer.

Iklan adsense Cik Nor di gantung kerana ada makhluk Allah terlampau rajin klik banyak kali iklan tersebut. Rasanya memang dia sengaja dan hendak kenakan Cik Nor. Iklan adsense ini sebenarnya sentiasa dipantau. Jika mereka rasa dalam banyak klik ada yang mencuriganya. Mereka serta merta menghentikan iklan di blog tersebur. Macam yang Cik Nor kena ni. 

Cik Nor tak tahu la siapa punya kerja yang dengki sangat dengan Cik Nor sampai iklan adsense Cik Nor dia sabotaj. Nak kata Cik Nor femes tak de lah woii. Blogger suam-suam kuku jer. Huhu. Dah la nak apply tu susah. Bertahun Cik Nor bertabah untuk mendapat kelulusan. Alih-alih dapat berita macam ni. Semangat nak menulis tu adalah jugak down. Tapi perancangan Allah itu terbaik, mungkin ada hikmah disebalik pergantungan ini.

Tadi luah perasaan dekat facebok dan ada rakan blogger suruh buat rayuan. Terima kasih kepada yang membantu. Dan Cik Nor telah membuat rayuan. Doakan moga Cik Nor dapat balik iklan adsense Cik Nor dalam masa terdekat. Moga-moga ianya berjaya. Aamiin.

12 comments:

  1. alahai...dugaan utk Cik Nor...bertabah la yer...semoga dapat selesai cepat :)

    ReplyDelete
  2. In Sha Allah. Segalanya akan baik

    ReplyDelete
  3. huhu.. serupa la kita kan cik nor.. apa boleh buat.. bertabah je la.. hmm

    ReplyDelete
  4. Mungkin hikmah di sebalik.. Siapa tahu.. :)

    ----
    ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

    http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  5. ada fraud klik kot.. baru ni HH pun ada laporkan benda tu.. try tgk solusi dia macam mana.

    insyaallah tak ada apa2 tu :)

    ReplyDelete
  6. Ni sbab kja2 jahat dri org luar...hh pun kena click bombing dri negara Malta....cik nor boleh rujuk disini http://www.lokmanamirul.com/2017/06/apa-itu-click-bombing-dan-cara-mengelak.html...semoga membantu!

    ReplyDelete
  7. adoiyai takutla macam-macam skarang ni.. hopefully semua kembali okay..

    ReplyDelete
  8. iye ke?
    camtu pon boleh jadik kena ban ekk?
    strict nyer!

    ReplyDelete