Breaking News

Apa Yang Anda Tahu Tentang EOperasi?


Assalamualaikum..

Korang pernah dengar tak EOperasi? EOperasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Tahukah korang apa itu sebenarnya E-Operasi? Nak tahu tak?

Jom Cik Nor terangkan apa itu EOperasi. EOperasi adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk mengemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang juga merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kemudahan para guru. Selain itu juga, kerajaan telahpun membangunkan banyak sistem yang mana masih ramai tidak mengetahuinya. Diantaranya ialah :

1) SAPS Ibu Bapa
2) APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
3)  HRMiS
4) Jawatan Kosong

Bagi yang mengetahui aplikasi- aplikasi di atas, sudi-sudikan lah klik link yang Cik Nor berikan di atas untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Banyak manfaaat dan faedah yang korang akan dapat dari aplikasi diatas. Tak percaya? Cuba klik dulu yer.

Sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Segala data dan maklumat akan lebih teratur dan mudah untuk digunakan. Tidaklah korang meraba-raba lagi di zaman penuh kecanggihan ini. Gunakan  sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk kepentingan kita dimasa akan datang.

E-Operasi ini juga digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG). Bagi guru-guru yang memohon pertukaran, mereka tidak perlu lagi ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetahui status permohonan mereka. Hanya dengan satu klik semuanya akan terjawab. Cepat, mudah dan pantas. Semuanya dihujung jari anda.



Dengan adanya e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah a,b, c semuanya di hujung jari sahaja. Almaklumlah sekarang zaman internet.Semua kena pantas dan cekap. Siapa lambat dia akan ketinggalan. Betul tak korang? Semua data ada dalam satu tempat. Tak perlu lagi bersusah payah untuk mencarinya di tempat lain lagi.

Cik Nor rasa masih ramai para guru yang masih belum mengetahu cara  untuk menggunakan sistem e-Operasi. Betul takl? Di bawah ini adalah cara untuk login e operasi Modul Pengurusan Guru:

Bagi mengetahui panduan untuk login eoperasi secara online sila klik di sini --> eOperasi

Guru-guru digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi laman web tidak dapat diakses. Klik sahaja link yang Cik Nor berikan tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi. Mula-mula online tu memang agak sukar. Dah lama-lama kita akan faham sendiri. Mana- mana pendaftaran secara online untuk kali pertama mesti agak bercelaru sikit tapi bila dah lama dan bertanya pada yang arif semuanya akan berjalan lancar dan mudah tanpa sebarang alasan lagi. Bak kata orang, malu bertanya sesat jalan.




Modul eoperasi ini menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah). Pendek kata yang mana kerja di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia semua data ada di dalam modul eoperasi ini. Pembantu tadbir, penyeliaan asrama, pembantu makmal dan sebagainya ini lah tempatnya untuk korang menguruskan data tanpa perlu bersusah payah ke kementerian lagi. Ada orang kata tak pandai guna, jangan bimbang tutorial cara menggunakannya disediakan. Kalau tak faham lagi ada admin yang sedia membantu korang. Korang jangan bimbang yer.

Harap korang dapat kongsi artikel ini untuk membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai eoperasi 2017 ini dan mereka boleh mengemaskini data-data mereka hanya dalam online.Apa orang kata sharing is caring. Saling membantu untuk kemudahan bersama. Ilmu tak baik digunakan seorang dan lebih afdal dikongsi bersama orang lain. Macam EOperasi ni jugak, kita yang dah tahu ni elok lah kongsi-kongsi supaya lebih ramai lagi tahu. Tak gitu korang?

2 comments:

  1. Saya dah kongsi kan ni di grup watsap.

    ReplyDelete
  2. First time dengar EOperasi.. Hehe..

    - ERAZ FADLI

    Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html

    TQ :)

    ReplyDelete