Breaking News

Pulut Mangga


Assalamualaikum.

Malam ni trending kat laman sosial pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017. Cik Nor walaupun penat stiil jugak tunggu sebab nak tengok siapa yang paling popular. Agak-agak Neelofa pulak ke yang menang? Try korang teka. Hehe.

Perghh.. Cik Nor malam-malam tunjuk gambar pulut mangga. Mesti ada yang terliur kan. Maaf la gambar pulut mangga Cik Nor gelap, tab i tak ada flash. Harap mak long. Hihi. Kan tunjuk gambar terang korang jugak marah Cik Nor. Awat tunjuk gambar pulut mangga malam-malam ni. Mana nak cari oii..

Mesti korang pelik awat mukadimah macam dah basi. Memang dah basi pun sebab ni entry terperap kat dalam deraf. Just sambung jer malas nak edit dah. Terbaik lah blogger macam ni. Satu dalam sejuta belum tentu jumpa lagi.haha. Nangis korang dapat kawan serajin Cik Nor nak updates blog walaupun dah terperap kat deraf sehabis lama.

Tajuk entry pulut mangga, citer pulut mangga tak ada. Citer lain pulak yang keluar.😂😂. Sebenarnya Cik Nor makan pulut mangga ni kat Wakaf Che Yeh teman kawan blogger dari KL. Siapa kawan blogger tu? Tunggu entry seterusnya. Hehe. Kawan Cik Nor makan pulut durian, Cik Nor terliur tapi nak buat macam mana Cik Nor dah telam penadol dulu sebelum ambik diaorang kat airport. So, makan pulut mangga sebelum Cik Nor kena mabuk ketum. Haha.

Nak tahu berapa harga pulut durian tu satu pinggan? RM10.00 untuk satu pinggan. Hambik ko. Nasib la harga pulut mangga murah sikit RM 6.00 sepinggan. Alhamdulillah semuanya sedap walaupun mahal. Agak berbaloi disitu. Cuma diorang agak kesal sebab tomyam tak sedap. Tomyam sedap kalau tukang masaknya dari Thailand. Memang mabeles wa cakap lu.hehe.

Weh.apa aku merepek ni dah-dah stop dulu. Next entry siapa kawan blogger yang Cik Nor maksudkan itu. Tunggu..hehe

10 comments:

  1. Adehh mahainya pulut durian.. Tak termakan rasanye..

    ReplyDelete
  2. sajo weiiii wat terliur doh la kito dok pantang lagi ni huhuuu

    ReplyDelete
  3. ha'ah..nasib baik gambar tak clear sgt cik nor..kalau tak, mesti nak cari gak..hehe

    ReplyDelete
  4. kdg² tgk org makan pulut mangga tu..sedap sgt...teringin tapi nieyl xleh makan pulut berangin 1 badan nanti..

    ReplyDelete
  5. kalau dah minat pulut mangga mesti kena makan juga kan...

    saya kurang sikit. tapi wife minat la...

    ke kuala lumpur hari tu...nak bertolak ke penang singgah ke kampung baru dulu untuk beli pulut mangga...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Murni suka pulut durian lg dr pulut mangga

    ReplyDelete
  7. Mahal juga ye pulut durian Cik Nor. Tapi kalau dah teringin tak kisah bayar mahal sikiy pun kan?!

    ReplyDelete
  8. RM10? Perrghhh bleh dpt duriah sebijik... tp yg saiz xxxxs la hhahahaha

    ReplyDelete
  9. Ada masa nanti nak jupo ciknor. Ciknor sila bawa surania gi jale deh.pusing klate. Hiks 😘

    ReplyDelete
  10. Ermm .. Pulut mangga sedap .. Sukaa =)

    ReplyDelete