KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, May 12, 2017

Cerita Mistik


Assalamualaikum..

Minggu ni balik kampung tapi gigih jugak menulis entry baru sebab nak naik kan pageview. Dapat 1k sehari itulah impian Cik Nor. Bak kata orang slow-slow kayuh walaupon blog dah lama bertapak. Biasalahkan blogger suam-suam kuku siapalah yang nak pandang.huhu

Kalau balik kampung mesti banyak cerita yang Cik Nor tak tahu tapi keluarga ceritakan. Petang tadi jiran sebelah rumah Cik Nor datang. Dia cerita lah pasal emak dia yang terlantar sakit. Katanya emaknya dan 2 3 kali mengadu ternampak hantu. Masa tu lebih kurang pukul 3 pagi. Tapi dia sendiri tak nampak dan marahkan mak dia. Mengarut jer dia cakap, zaman sekarang mana ada hantu dah sekarang.huhu.

Tapi kami yang dok sebelah rumah ni pelik sebab mak dia tu dah lama sakit. Dah kurus kering tapi bila makan mengalahkan orang sihat. Kadang-kadang tu pukul 2 3 pagi bangun makan lagi. Kami tak tengok sendiri tapi anak dia yang datang cerita. Oleh kerana dia sentiasa lapar maka biskut kering kena sentiasa ada dirumah dia. Kalau tak ada stok rumah Cik Nor la jadi tempat dia memcari stok. Rumah Cik Nor biasa beli banyak stok kalau pergi pasaraya.

Paling membuatkan kami muskil bila dia tunjuk kesan lebam akibat cubitan . Boleh ke orang sakit cubit sampak lebam macam tu. Tu kami syak dia ada saka.huhu. uwaa.. tak nak cerita lagi. Bulu semua berdiri dah ni. Dah la tulis entry ni kat luar rumah sorang-sorang. 

Nanti Cik Nor sambung lagi yer. Dah seriau ni nak sambung panjang-panjang. Korang ada cerita mistik tak? Jom sharing.

8 comments:

  1. aigoo this is super scary! Nisha pun kdg2 balik kg mesti x sah kalau x dgr gosip2 makcik Nisha. Semua dok citer psl yg bela saka/hantu raya. Kdg2 seram gak bila dorang citer psl org yg berdekatan dkt dgn kawasan kitorang tgh stay huhu. Anyway jemput baca cerita seram Nisha pula ^_^ : http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/05/the-amerzing-bloglist-true-horror-story.html

    ReplyDelete
  2. takutnya kalau benda gini berlaku kat abe kie. dlm takut2 tu abe kie n anak2 selalu layan citer seram di channel Boo 404!

    ReplyDelete
  3. kena berubat nanti nak meninggal bukan mudah kalau ada

    ReplyDelete
  4. Dah boleh ikhtiar berubat tu...takut ada yg "menumpang"

    ReplyDelete
  5. Dah boleh ikhtiar berubat tu...takut ada yg "menumpang"

    ReplyDelete
  6. erkk..misteri ni..tak bawak pi berubat ke?

    ReplyDelete
  7. Tulah.... nak percaya mcm tak percaya selagi tak nampak sendiri. Tp seram jugak kalau nampak...hish ngeri ah

    ReplyDelete
  8. kena bw berubat tu... ikhtiar selagi boleh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...