KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, May 11, 2017

Bekas Gula-Gula Ada Juga Gunanya


Assalamualaikum..


Hari ni nak balik kampung, so curi masa kerja sekejap nak updates blog. Kalau balik kampung tu faham-faham jer lah. Cik Nor ke mana blog pun ke mana.haha. Last sekali hari ahad pulak la baru updates. Maka menjunam pulak la traffic blog. Ber huhu pun memang susah nak naik kan balik traffic blog yang tinggi melainkan korang yang memang pandai dah hal-hal SEO. Cik Nor apa pun tak tahu. Yang tahu cuma menulis jer. Nak edit blog pun mintak tolong orang. Kalau Cik Nor edit memang lain macam lah jadinya..haha

Kemainkan Cik Nor membebel, nak sampai ke isi kandungan memang jenuh la menunggu. hihi. Korang kalau pergi kenduri mesti dapatkan bekas-bekas comel macam kat atas tu. Dalamnya mesti isi gula-gula ataupun towel kecik yang diolah menjadi bentuk yang cantik. Banyak jenis bekas macam kat atas tu diorang bagi. Kalau yang plastik Cik Nor buat simpan kerongsang. Yang stail macam tin pun ada. Kiranya kalau dapat tu ada faedahnya. Bukan di biar begitu sahaja.hehe

Yang Cik Nor punya tu entah kakak pergi kenduri kat mana entah..dapat bekas cantik tu. Dia tunjuk kat Cik Nor. Bila Cik Nor belek-belek ada cermin rupanya. Cik Nor apa lagi mintak dengan kakak nak bawak pergi pejabat. Ye lah kat tempat Cik Nor mana ada cermin. Mana tahu Cik Nor terlelap kat meja tetiba ada orang datang. Boleh telek-telek mata kot-kot ada taik mata ke?hihi. Nak letak yang besar kan ada pulak yang kena perli dengan bos. Nak datang kerja ke nak melaram.hihi

Cermin yang ni kira tersorok lah sikit sebab boleh tutup. Orang tak tahu pun dalam bekas tu ada cermin kalau tak buka penutupnya. Hah..gitweww.. Nak simpan duit syiling dalam tu pun boleh jugak. Tapi Cik Nor punya kosong jer tak letak apa-apa pun. Just guna cermin jer. Tu pun kalau ingat. Kalau tak ingat cermin kat tempat solat jugak la jadi mangsa.hehe. Tak puas hati cermin kecik, kalau darurat berguna jugak cermin kecik ni.

Koran kalau dapat bekas macam Cik Nor dapat kat atas tu korang buat apa? Simpan keronsang? Simpan banyak-banyak buat koleksi atau bagi anak buat mainan. Yang plastik jer. Yang kaca ada gak benjol kepala anak korang..hihi

8 comments:

  1. cantiknya bekas gula2 tu
    dah macam kotak cincin pun ada, hehe

    ReplyDelete
  2. wahh kiranya fungsi dia 2 in 1 la yer..;p selamat pulang ke kampung cik nor..

    ReplyDelete
  3. klu nieyl,nieyl akan ambil utk letak pin-pin tudung yg bersepah atas meja mekap tu...hihihi

    ReplyDelete
  4. Amboi..kononya tersebunyi la yrr.. cik nor.tak tgk cermin pun lawa

    ReplyDelete
  5. Comel bekas tu..saya selalunya simpan je....

    ReplyDelete
  6. Kalau saya, baru2 dapat tu saya guna la..letak pin ke apa..rasa dah lama tu, rimas..byk sangat bekas kat dalam lemari, saya buang..tapi lepas dah guna beberapa bulan la...

    ReplyDelete
  7. Org kaya yg bagi tu kot Cik Nor....
    Kalau cantik mcm tu sayang gak nak buang ek

    ReplyDelete
  8. kalu yg kaca sy simpan laa jg kalu yg biasa2 tu ke tong sampah laa gamaknya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...